file sequel ke-4 kali ni, aku x tau sgt jalan cite dia.. tp aku nantikan kembalinya vin Diesel dan Paul Walker dlm jln cite ni.. mesti happening nya.. 2Fast2Furious, The Tokyo Drift terdahulu pun x menghampakan aku, harap yg ke 4 ni pun sama gak la.. kali ini diarah oleh Justin Lin, pengarah sama digunakan sewaktu The Tokyo Drift rasanya x de masalah utk dia beri kesan yg sama utk filem kali ini.. ok.. korang leh layan trailer cite ni kat bawah yg aku embed dr youtube n myspace.. yeaahh, ''just like old time....''
Saturday, February 28, 2009
Fast & Furious 4
file sequel ke-4 kali ni, aku x tau sgt jalan cite dia.. tp aku nantikan kembalinya vin Diesel dan Paul Walker dlm jln cite ni.. mesti happening nya.. 2Fast2Furious, The Tokyo Drift terdahulu pun x menghampakan aku, harap yg ke 4 ni pun sama gak la.. kali ini diarah oleh Justin Lin, pengarah sama digunakan sewaktu The Tokyo Drift rasanya x de masalah utk dia beri kesan yg sama utk filem kali ini.. ok.. korang leh layan trailer cite ni kat bawah yg aku embed dr youtube n myspace.. yeaahh, ''just like old time....''
Wednesday, February 25, 2009
::gangguan Streamyx::
hari ni, melalui Akhbar KOSMO!.. TM buat kenyataan perkhidmatan Internetnya pulih sepenuhnya menjelang 5 Mac ini. Perkhidmatan streamyx terganggu sejak 18 Februari lalu. Gangguan disebabkan kegagalan litar pada Jaringan Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2) antara Kuantan-Katong di Singapura dan Shantou-Tanshui di Taiwan yang menghubungkan Malaysia ke Amerika Syarikat.. Disebabkan gangguan itu, pelanggan TM yang menggunakan perkhidmatan Internet mungkin melalui perayauan yang perlahan semasa mengakses kandungan yang dihos di Amerika Syarikat (AS), kata TM..
sah la teori aku yg menyatakan mmg ada problem nk surf website yg hosting nya dr Amerika.. website asia senang jer nk surf.. aih.. x leh la nk dwld n segala aktiviti mentorrent terhenti la seketika.. hehehe..
Monday, February 23, 2009
::C A M P::
ni aku selitkan beberapa gmbr sepanjang program tu berjalan..
Thursday, February 19, 2009
::FuLL houSE 2::
pdhal waktu th 2005 ni, ia satu fenomena gak la kat Malaysia sbb smbutan amat hangat pd drama siri Korea.. tp tahun lepas, 2008.. satu fenomena ganjil berlaku pd diri aku.. ntah angin mana dtg menghembus dlm minda aku.. ceeewaahh.. hahaha.. masa tu gi kenduri umah kwn Stesma aku dulu yg melangsungkan perkahwinan.. lagu Izwan Pilus tu bermain waktu dlm kete ngan kwn², Rjuna pun ada skali waktu tu.. aku pun tanya, lagu ni mcm aku penah dgr.. Rjuna kata lagu ni la aku suruh ko dgr dulu.. ohh ya.. lagu Korea yg dialih suara.. mcm lagu Hazami-Sonata Musim Salju.. pas tu aku tanya la scara spontan.. best sgt ke sampai org buat lagu ni dlm version BM dlm hati aku.. mesti ada benda menarik yg sampai leh jd tahap mcm tu..
lepas kejadian tu, kebetulan aku baru langgan Streamyx.. motifnya nk torrent anime jepun ngan filem Hollywood.. teringat plak drama Korea, Full House.. mulanya aku endah x endah jer nk download cite ni.. siap jer download drama Korea ni.. bermula satu fenomana ganjil dlm diri aku pd cite Korea.. hehehe.. mmg best rupanya cite dia.. klu korg nk tau aku dh 4 kali dh tgk ulang main drama ni.. huuu.. mmg hebat la penangan dia.. tu belum cite Winter Sonata n lain².. Rjuna pun mula la perli aku.. yer la dulu jual mahal.. x nk tgk.. konon x best la.. x masyuk la.. x sesuai la.. n seadanya la.. hahaha... moral of story, lain kali apa yg Rjuna ckp klu best tu maknanya mmg ada something la tu, hihihi...
berbalik pd tajuk kita kat atas.. arini aku baca kat KOSMO!.. yg berita tentang sequel drama Korea ni sdg menjalani proses casting.. pelakon terdahulu iaitu Rain n SHK dikatakan enggan aka menolak utk menjd teraju utama kali ini.. huh, x best la mcm ni klu depa ni x berlakon sama.. pasai depa la aku suka tgk cite ni.. x kan yg season 2 nk amik perlakon lain plak.. hilang la serinya nanti.. produksi Kim Jong Hak Production dikatakan cuba mencari penganti SHK dgn merisik Yoon Eun Hye iaitu heroin drama dr siri popular gak, Goong.. minah ni mmg comel, tp aku tetap kata nk gak tgk SHK jd heroinnya.. jika diambil pasangan lain ganti tempat mereka dua ni, aku x rasa impaknya sama mcm season 1st dr season 2 nanti..
satu lagi video.. best gak tgk.. lagu dia sedap..
P/S: baru lepas tgk filem GENG.. perrgghhh... mmg superb lah filem animasi Malaysia ni.. mmg cukup puas hati ngan produksi dia.. cukup bangga la ngan mereka yg terlibat dlm pembikinan filem animasi Geng ni.. sekalung tahniah pd sluruh krew produksi yg terlibat.. korg buat aku bangga menjd rakyat Malaysia..
Tuesday, February 17, 2009
::Tipah Tertipu dgn US::
"eh, mana bintang² dlm gambar ni?.." soalan yg penah terdetik dlm hati aku waktu sek rendah dulu time dlm pusat sumber sambil membelek buku tentang pengembaraan angkasa.. aku dulu suka baca buku² mcm ni bila dtg pusat sumber sek.. dlm buku² ini, teleskop terbesar kt dunia byk tangkap gmbr bintang kat langit.. tp pd 20 Julai 1969, Apollo 11 bersama anak kapal nya.. Armstrong, Collins and Aldrin dikatakan telah menjejakkan kaki di bulan.. depa la org pertama sampai kat sana.. bersama² dgn mereka merakamkan detik² penting dengan tangkapan beberapa keping gambar sawaktu diorg kat sana..
Paper Kosmo bertarikh 16 Feb baru² ini mengetengahkan smula peristiwa ini.. kali ni diorg mempersoalkan tentang kesahihan peristiwa bersejarah ini.. aku sbg berjuta manusia kat dunia ni pun antara yg mempersoalkan peristiwa ni.. sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun(Area 51).. menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi..
Dlm persaingan menunjuk sapa lebih hebat ketika itu, Russia aka USSR n Amerika Syarikat berlumba nk tunjuk sapa antara diorg hebat. Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.. Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi..
Pada tahun 2008, ketika George W. Bush menjadi Presiden, dia mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.. dia diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.. huh, tu NASA yg ckp.. bg korg la.. diorg penah ke bulan.. n diorg kerap ke angkasa (stesen angkasa antarabangsa).. angka jangka masa diperlukan 11 thn utk ke bulan smula tu tak ke terlalu lama utk tunggu kan.. yer la, kita pun tau skng zaman ekonomi meleset.. mgkn munasabah gak la alasan tu kan.. ha’ah yer la tu kan.. mcm bagus sgt la AS ni pun..
Menurut satu kumpulan yg mengelar depa sbg penganut penafian (HB), Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.. kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.. agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut..
Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.. Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.. Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung..
bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu,
kapal angkasa dan pelbagai jenis batu di permukaan
di situ semua menunjuk pada arah yang sama.
TIDAK ada bintang di belakang seorang angkasawan AS
yang berjalan di bulan pada Julai 1969.
TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan
persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa
kapal angkasa tidak ada dalam gambar.
Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah
yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya
ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang
kesan terhadap permukaan di bawahnya.. kenapakah terdapat
tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan
kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.
Pelancaran Apollo 11 sebenarnya hanya mengelilingi
orbit sebelum ia kembali ke bumi.
bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari
di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya
sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk
bendera AS di belakangnya.
Monday, February 16, 2009
::another chapter::
dpt jumpa balik ngan depa ni bg aku janggal tp seronok.. dpt tgk depa version dh dewasa.. dulu time sekolah masing² ngan telatah bdk².. nah bila dah besar, jd lagu ni.. aku jumpa depa ni pun segan gak la sbb aku sorg jer laki yg dtg, x plan pun x buat perjumpaan besar besaran.. takat mana yg ada jer.. klu ikut hati mmg x nk gi.. tp kwn lama punya pasal.. pegi jer la.. bukan mati pun.. hahaha.. next time leh la calling² n jumpa klu ada masa..
Friday, February 13, 2009
::setan merah::
buatnya musim depan dugaan ntah mcmane nya kang.. langsung potong stim plak dia nk bersara.. bagi aku legend mcm dia, biar la dia meninggalkan nama dia waktu nama dia berada di prestasi puncak ngan umur yg sesuaian.. apapun, good luck pd Giggs pd masa mendatang.. sesungguhnya, walaupun aku dok maki n x puas hati kekadang tu.. x bermakna aku x suka Giggs ni.. sesungguhnya bila aje nama United disebut, nama Giggs dulu dlm otak aku.. betapa mendalamnya dia dlm hati United.. the true legend..
Thursday, February 12, 2009
::Saksi Tempat Kejadian::
ok, x de la cite per sgt kan.. cuma nk story la skit.. 11 Feb, dlm Buletin Utama saluran TV3 ada menyiarkan satu berita pd awal skali masa dia nk start news.. berita ketumpahan minyak kat jalan susur kluar kat Sungai Besi - Seri Kembangan.. jln ni mmg aku slalu guna time balik keje.. x sangka plak aritu ada news kat sini..
yg bulat tu aku ler.. hehehe.. huih.. saksi tempat kejadian tu..
yg leceh dia x temuramah aku la.. hahaha..
dpn scoot tu dh ada kete eksiden.. nasib dia brek jatuh awal.. klu tak dah bercium la kat bontot kete tu.. aku la la tu jugak la angkat tangan kasi sign pd kete balakang supaya slow kan kete balakang.. sjibik mcm polis trafik aku buat... ngahaha.. bila aku toleh dpn balik, mamat tu dh berdiri kat bahu jalan dh.. aik pantas tol mamat tu dh tercongok kat situ.. td bukan main syok layan guling².. pas tu aku stop tepi mamat tu, aku tanya ''ok ke bang.." (intonasi tu biar betul k.. bukan gaya lembut.. ngahaha) aku pun tolong la angkat moto dia letak yamaha ego dia ke tepi jalan.. bila aku toleh dia skali lagi.. loh, mat saleh rupanya.. patut la tinggi renjong smcm jer.. dia ckp la, "thanks brother.." woo aku balas la.. "no hal punya.." hehehe... ntah paham ke idak aku pun x tau..
disebabkan aku langkah pertama aku la, kete lain yg kat blakang pun behenti sama.. baru la yg org DBKL berpeluang nk tabur habuk papan atas jalan.. klu dak.. smua main lalu jer, lantak la nk eksiden ke atau terlepas..
Sunday, February 1, 2009
::atas tarikh::
huu... agak lama aku x update blog aku ni.. mcm biasa, alasan yg selalu korg n aku sendiri guna - kesibukan.. muahahaha.. yer la, ni betul punya cerita.. aku mmg sibuk skit bulan Januari.. klu ada kelapangan pun, aku x de mood or idea n tulis kat blog.. n aktiviti aku lebih kepada ushar blog kwn² yg ada.. baca yg depa punya jer.. pembukaan bulan Febuari, aku baru balik dr kampung.. huuu.. mmg satu kesempatan yg x leh dilepaskan.. dok kat kL pun haru biru, balik kampung la kasi reboot smula otak aku ni biar fresh n mantop.. ngahahaha..
bila dok kat kampung, mmg lapang abis la.. hal keje mmg tolak tepi.. yg tau makan tido jer.. mak kite pun x de la bising sgt.. dia pun tau anak aku ni nak balik nk cari ketenangan, ceewwaaahh... tp aku x de la malas abih mcm balak liat.. tolong gak la apa yg patut ngan mak ayah aku kat kampung tu.. cuti ni jugak aku byk abihkan masa kat umah jer.. aktiviti luar mmg x de.. jd anak dara aku.. ingat nk turun manjung gak jumpa sahabat aku, Rjuna ngan sorg lagi ejoy.. tp timing mcm x best.. yer la, cuti CNY.. berapa kerat sgt kedai yg bukak time mcm tu.. nk berfoya foya pun x de tempat, hihihi..
jawapan aku pd mak ayah aku, belum ada.. takat kwn² jer.. mak aku kata, x pe la.. ok la tu.. cari la pelan².. byk masa lagi.. mak bukan nk paksa hang.. ngahaha.. hihihi.. aduyai, mmg x leh blah time tu.. aku mmg segan abih ngan mak ayah aku.. dulu, masa sek rendah.. aku ada la gatal skit.. tp sejak sek men spi la skng.. aku dikategorikan sbg susah nk melekat pd pompuan.. aku ni dah la malu satu hal.. kdg² mcm x de perasaan.. ni masalah dia.. hmm.. ok cukup takat ni jer..
di kesempatan ni jugak aku nk wish slamat pengantin baru pd kwn satu jwtn aku dr kL yg baru melangsungkan perkahwinan dia ngan pilihan hatinya, Zuridan.. moga aman bahgia sejahtera di dunia akhirat..