Monday, February 13, 2012

The_Mountain

'The Mountain' yang dimaksudkan ini adalah bentuk litar yang terdapat pada litar Cadwell Park.. bentuk litar yang membolehkan superbike laluinya akan melompat.. ia menarik, tapi cabaran amat berat jika tersalah langkah..

cabaran litar begini terdapat juga pada litar dalam kalender MotoGP seperti Laguna Seca 'The Corkscrew', Le Mans yang dikenali 'Musanne Straight'..The Nürburgring punayi 'The Carousel'.. masing-masing punya cabaran berliku yang menduga para pelumba..


Thursday, February 9, 2012

Al-Ikhlas


sabda Rasullullah yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari..

"..barang siapa yang membaca surah Al-Ikhlas.. sebanyak 100,000 kali.. maka sesungguhnya orang itu telah menebus dirinya dari Allah SWT.."

Rasullullah juga pernah bertanya pada umatnya..

"..siapakah di antara kamu, yang dapat khatam Quran dalam jangka masa 2-3 minit?.."

maka tiada siapa yang dapat menjawabnya..
malah Saidina Umar sendiri menyatakan ianya perkara mustahil untuk dilakukan..

kemudian, Saidina Ali mengangkat tangannya..
Saidina Umar menegur Saidina Ali yang mengangkat tangannya..
sebab pada sangkaan Saidina Umar, Saidina Ali mungkin tidak paham maksud yang ditanyakan Rasullullah itu...

malah pada ketika itu, Saidina Ali masih kecil lagi..
kemudian Saidina Ali membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali..
lalu Rasullullah menjawab dengan memberitahu bahawa jawapan Saidina Ali itu betul...


Monday, January 30, 2012

Darth_Vader & Disneyland

yeah, kota Disneyland adalah tempat yang menarik yang rasa kita nak kunjungi.. apapun, kemampuan kita untuk ke sana amat terbatas.. lagi pun, kalau mampu baiklah buat dahulu rukun islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji terlebih dahulu.. lebih afdal.. lebih mulia tempatnya di sisi Allah.. lepas tu nak pegi mana pun, pegi lah.. ke lubang cacing pun orang dh tak heran dah pas tu..

berbalik pada tajuk asal kita.. darth vader ke Disneyland?.. haha.. aku tengok video mula2 pun dah leh senyum, pastu gelak sorang.. karektor gelap dalam filem francais Star Wars ni amat mendalam dalam jiwa kau sebagai pengemar filem sci-fi.. my favourite.. Darth Vader.. dia jahat, dia cool beb..

Denda naik koc wanita

kat malaysia, Komuter 'pink' adalah untuk wanita.. jadi kaum adam dinasihatkan jangan menggunakan koc tersebut.. jikalau guna juga, macamane?.. setakat ni, yang aku nampak.. wanita Malaysia mempraktikkan lagi budaya timur dengan hanya mampu melihat atas bawah dan biarkan saja.. mereka tiada rasa ingin bertindak atau rasa terancam dengan situasi macam gitu..lagi2 kalau yang naik tu, muka dia ala2 SRK, Hrithik, mahupun Johnny Lever pun jadilah.. depa lagi suka sambil control ayu.. haha..

namun suasana berbeza di india, pendekatan dan caranya amat berlainan skali.. kalau naik, alamatnya makan penampar la kome lelaki.. memang tak kasi can punya.. mendapat peluang menampar bukan selalunya dapat.. jadi ini amat dinantikan wanita india sana.. check it out..



jadi bagaimana.. mahukah wanita Malaysia lakukan benda yang sama?.. bila lagi kome nak praktikkan training karate, silat ngan Taekwando korang?.. renung-renungkan selamat beramal..

p/s: tapikan aku masih tak puas hati gak.. dah ada koc wanita apsal yg wanita ada gak naik koc lain.. menyempit gak dalam koc biasa dengan lelaki.. tensen beb.. depa punya tak leh naik, yg ada untuk laki ni.. depa pun ikut berebut sama.. not fair, aauuuwww...

Modern_Combat3


malam kome kesiangan tak?.. hehe.. dulu aku gamer pc, dan game last antaranya Call of Duty : Modern Warfare adalah antaranya aku sempat main.. siri Call of Duty bagi aku antara terbaik First person Shooter aku pernah main.. jadi orang lain jap kalau main game macam ni.. lepas dah kawin ni, PC memang aku jarang dh pegang.. main laptop jer tu pun nk buka FB n surf apa yg best kat internet.. main game?.. jauh sekali..

tapi aku bernasib baik sejak ada iPhone 4 ni.. aku boleh lah main game jika ada kelapangan on da spot.. dan game yg best bagi aku skng, ni dia.. Modern Combat 3.. aku syorkan pada kome yang ada iP 4 or iP 4s, try main game ni.. layan beb.. grafik dia cun sgt, jalan cerita dia memang layan.. lebih kurang mcm CoD juga.. apa yg tak bestnya game ni, ialah time nak downloadnya.. saiz bagak dia amat besar dan ruang saiz memory pd iP 4 perlu besar jugak.. 1.05 GB..tp kalau dah dapat main.. berbaloi rasanya..