Thursday, September 22, 2011

Malaysia punya bola_sepak

perbezaan jarak masa - 20 tahun, mmg la lama.. amat lama.. tp mengapa Malaysia bermain bola sepak tak pernahnya berkembang dan maju?.. ni soalan mudah sgt untuk difahami..

Jepun, smua tahu sapa tu Jepun.. usah kata la mengenai status depa sbg ranking no.1 di asia.. layak ke Piala Dunia dan Olimpik itu hal biasa bg diorg dan pemain profesional Jepun bersepah di Eropah.. Malaysia?.. tanya Sultan Bola.. apa lagi yg x kena ngan bola sepak malaysia..

ni la luahan hati aku peminat bola sepak, yg frust ngan pekembangan sukan ini di Malaysia.. shingga aku terpaksa berkiblatkan ke Liga eropah.. semata-mata mendapatkan kepuasan bola sepak sebenar.. dh lama aku x tgk bola Malaysia, kali terakhir masa Kedah ada player Olibunmi Adigun..

Dah lebih 20 tahun Tun Dr Mahathir kenalkan Dasar Pandang Ke Timur, kita masih lagi pandang tapi setakat pandang sajalah, buatnya tidak.. Perlawanan semalam dimainkan di stadium sebuah kelab J. League Division 2, Sagan Tosu.. Stadium bernama Best Amenity Stadium (atau Tosu Stadium) ini hanya berkapasiti 24,490, jauh lebih kecil dari Stadium Nasional Bukit Jalil tapi dia punya padang 10 kali lebih kelas dari yang kita ada.. Hanya tiga minit berjalan kaki dari stadium ini ialah Stesen Tosu yang menyediakan perkhidmatan keretapi JR Kyushu dan secara purata mengurus sejumlah 13,000 penumpang sehari.. Kita punya stadium boleh muat maksimum 100,000 tapi kalau baru 10,000 datang Stesen LRT Bukit Jalil dah huru-hara.. Kat sini dah nampak negara mana yang efisien dan mana yang akal pendek..

Dah lebih 20 tahun juga semenjak para pegawai FA Jepun bertandang ke Malaysia untuk belajar dan tengok bagaimana kita mengadakan Liga Semi-Pro dulu, tengok pasukan negeri, tengok stadium, tengok perlawanan liga kita dan tengok Sultan Bola.. Sekarang jumlah kelab profesional dan amatur mereka berjumlah lebih 200, stadium khusus bolasepak berterabur, J. League diberi penarafan Gred A oleh AFC..

rata2 komen dr rakyat malaysia tahu benar mengenai bola sepak , smua tahu mengenai bola sepak moden.. rakyat malaysia tahu nk ulas ngan lebih baik lagi.. tahu mengulas mngenai teknik dan taktikal.. tahu nk sembang pemain pertahanan, midfield dan striker nk main mcmane.. smua depa tahu dr A sampai Z, sbijik mcm pengulas sukan ni dr Eropah.. mmg kelas, x caya tanya Serbegeth Singh aka Shebby..

tp apsal bola sepak Malaysia tak berkembang mcm rakyat2 Malaysia yg berkembang dgn baik mengenai bola sepak moden sekarang?.. apa depa x penah tgk ke Barcelona main?.. x penah tgk Manchester Utd main?..

harap menjadi penganjur, sponsorship terbaek ajer la.. iklan nk gah.. tp perkembangan bola sepak, hampeh ya amat...

No comments:

Powered By Blogger