Monday, November 14, 2011

Keyakinan & Stylo

hidup kita tak lepas dari sifat perlukan keyakinan.. tanpa sifat ni, walaupun perkara tu tahu.. kita jadi tak tahu.. walaupun kita mampu, ia akan jadi tidak mampu.. sabit itulah keyakinan perlu ada seiring dengan kepandaian dan pelbagai lagi sifat positf yang berpotensi ada dalam diri kita..

ceewaahh... pagi2 mcm dato fadhilah come to me plak.. haha.. ni aku nk kongsi clips sorang mamat ni dari US.. bermain dalam rancangan kuiz 'siapa mahu jadi jutawan'.. dengan gaya bersahaja, dia mencapat soalan terakhir iaitu USD 1million.. tak ada gugup, tak ada kalut.. relak semata-mata.. tu la keyakinan seiring dengan kecerdikan dia.. dia boleh simpan satu talian hayat yang favourite sangat digunakan dalam rancangan ni hingga ke akhir iaitu talian hayat menelefon sesiapa yg dia mahu untuk dapatkan jawapan..

dengan gaya bersahaja, dia meminta talian hayat tu dan mahu menelefon ayah dia untuk soalan terakhir.. bukan mahu menanya ayahnya tapi ingin memaklumkan yang dia akan menang USD 1million.. peerrgghhh.. stylo abis.. impress...

No comments:

Powered By Blogger