Sunday, July 24, 2011

Antonov AN-225


apakah kapal terbang yg paling besar yg penah korg tgk?.. mesti kebanyak kata Boeing 747, ke Airbus A380.. tp terdapat dua pesawat yg lagi besar, yg jarang² kita dpt lihat.. iaitu Antonov AN-225.. nickname - Mriya, sebuah pesawat kargo, milikan dr Ukraine, Antonov Airlines..
dan sbelum tu - Hughes H-4 Hercules, dibina pd thn 1947 oleh Hughes Aircraft..

sejarah Antonov bermula pd zaman Soviet Union aka USSR pd tika tu.. dibina atas tujuan utk transporst pesawat angkasa lepas Soviet - Buran.. Buran ni lebih kurang serupa mcm siri Space Shuttle US - Columbia, Discovery, Challenger, Enterprise, Endeavour dan Atlantis.. siri persaingan menjelajah angkasa lepas antara USA & USSR amat menarik.. perlumbaan utk ke bulan, mempertingkatkan teknologi sedia ada waktu itu, dan lain² amat menjadi perhatian umum pd waktu tu..



AN-225 & Buran

Antonov adalah hasilnya.. mengantikan Myasishchev VM-T, pada awal pembuatan.. objektif awal utk membina 2 buah Antonov tetapi hanya 1 sahaja dpt disiapkan oleh Soviet kerana zaman kejatuhuan USSR bermula dan perbehentian program angkasa Buran, dan kini.. pemilikan pesawat mega ni adalah sepenuhnya pd Antonov Airlines,Ukraine bekas sisa² USSR.. enjin pesawat ini dibuat oleh sykt. Ivchenko-Progress ZMKB.. dikhabarkan, Antonov kedua telah pun direka bentuk smula ciri² nya sperti design smula ekor pesawat menjadi sperti pesawat biasa, mempunyai pintu belakang cargo, penstrukturan smula bhgn cargo.. kerja² sambungan smula projek tu dilakukan pd thn 2006 namun terkandas hingga thn 2009 dan shingga kini ia tertangguh kerana peruntukan kewangan terhad.. tetapi klu ada sesapa mahu menyumbang, kerja² ini akan dijalankan smula dan Antonov ke-2 mgkn akan menjadi kenyataan..


September 2008


in 2010.. dh cat jalur bendera Ukraine..



di Manchester Airport, Proses pemunggahan cargo - thn 2006.

No comments:

Powered By Blogger