Saturday, July 23, 2011

History Robert_Kuok Supreme


£3 billion aka USD$4.5 billion aka RM13.38 billion.. itu adalah angka yg dibayar oleh billionaire Malaysia.. x lain x bukan ialah Robert Kuok.. perrrgghhhhhhh....

bayar apa?.. haaa... aritu aku baru je citer hal Roman Abramovich nk tawarkan kapal mewah dia utk disewa.. tp Robert pasti kali ni membuatkan Roman terdiam sejenak memikirkan hal ni.. History Supreme, ini la nama yg diberikan pada sebuah kapal yg berharga RM13 Billion milik Robert Kuok.. Eclipse Roman pasti tiada tandingannya lagi.. mengapa?..

menurut laporan Daily Mail dr UK, Kuok yg memiliki kemewahan kekayaan sekitar USD$12.5 billion bersamaan RM37.2 billion itu adalah bakal pemilik kapal mewah tersebut dr Malaysia.. Kuok adalah pengasas kepada Kumpulan Shang-ri La Hotel yg beroperaso seluruh Asia.. selain dr kekayaan sumber dr dunia perhotelan, dia juga menumpukan bisnesnya pada Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yg tersenarai di bursa saham..

berbalik pada citer kapal History Supreme milik Kuok, kapal tu mengambil masa selama 3 tahun utk disiapkan.. Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.. Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.. Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.. mmg kelas la.. superb hasil kerja tangan depa..

tp dr pemikiran akal ak la.. klu org dh tau, kapal ni penuh ngan besi, batu meteor, logam platinum & emas padu.. tu belum lagi aksesori² mewah mcm iphone, laptop, LED, & lain².. mesti kapal ni 'hot' di perairan jika ia beroperasi.. maka lanun² akan sedia maklum kapal ni mmg berbaloi klu dirompak.. aku x tahu sama ada kapal ni sedia ada unit pertahanan dalaman atau kecemasan jika berlaku perkara x diingini.. x mcm Eclipce Roman yg siap ada peluru pepandu & set kapal selam lagi.. tp mungkin hal ni pihak Kuok sedia maklum kot.. ker terlepas pandang..


No comments:

Powered By Blogger