Thursday, September 29, 2011

Comei : eh eh mak amik video, tp sy_ngantuk

haha.. comei sungguh baby ni woo.. aku pun suka tgk telatah dia.. ya Allah.. dh x lama lagi aku pun akan dpt baby.. akan jd ayah.. teruja aku.. : )



alaa... comei nya dia....

Friday, September 23, 2011

Nando miss - Fifa_11 edisi

arrgghh persetan ngan bola sepak Malaysia.. makin emo dibuatnya.. ckp2 byk pun.. lagu tu juga la sampai skng.. x de penyudah dgn perubahan radikal pun.. lantak pi la..

mai tgk video ni.. lupakan Malaysia main ngan Jepun, kalah plak tu.. mari tgk miss gol Torres.. layan beb.. hilang rasa geram aku.. haha..versi FiFA 11 : )


Ryohei Yamazaki, Yamaha_FC, Selangor, Jubilo Iwata


Ryohei Yamazaki adalah seorang pemain bolasepak Jepun yang lahir tanggal 14 Mac 1989 di Minamiuonuma, Niigata, Jepun.. Bermain di posisi penyerang atau sayap, pemuda dengan tinggi 171sm dan berat 66kg adalah salah seorang dari pemain skuad Olimpik Jepun yg lawan Olimpik Malaysia aritu, 2-0.. Ketika zaman sekolah beliau bermain untuk Sekolah Tinggi Yachiyo dan sebaik saja tamat persekolahan telah menceburi bidang bolasepak profesional dengan bermain untuk kelab Jubilo Iwata di J. League Division 1..

Bagi para peminat bolasepak Malaysia, nama Ryohei Yamazaki mula dikenali ramai semalam apabila anak muda ini menjaringkan gol kedua Jepun dalam perlawanan kelayakan Olimpik menentang Malaysia..

Sebelum lahirnya Ryohei Yamazaki, bolasepak Jepun bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat oleh rakyat negara matahari terbit itu.. Malahan bolasepak bukan sukan utama mereka, sebaliknya ia tenggelam di belakang bola lisut dan sumo.. Bolasepak di Jepun masa itu dimainkan oleh pekerja-pekerja kilang secara amatur..

Salah satu pasukan bolasepak kilang yang pernah wujud di Jepun ialah Yamaha FC.. Pasukan ini, berdasarkan namanya, sudah pastilah sebuah pasukan bolasepak milik Yamaha dan dianggotai oleh para pekerja kilang Yamaha.. Syarikat Yamaha menaja kos pengurusan kelab sementara para pekerja yang terpilih sebagai pemain biasanya bekerja dari pagi hingga tengah hari di kilang dan kemudian berlatih pula di padang bola..

Percaya atau tidak, pada tahun 1985 kelab Yamaha FC ini telah bertandang ke Malaysia untuk beberapa siri perlawanan persahabatan.. Salah satu lawan mereka ialah Selangor, juara Piala Malaysia 1984 dan tidak syak lagi pasukan bolasepak paling gah dan bongkak di Malaysia ketika itu.. Pada 26 Februari 1985 di Stadium Merdeka, Selangor membuktikan bahawa sekumpulan pekerja kilang bukan lawan mereka apabila menundukkan Yamaha FC 3-1..

Yamaha FC turut bermain menentang Pulau Pinang dua hari kemudian tetapi keputusan perlawanan tersebut sudah hilang ditelan zaman.. Pasukan pekerja kilang ini kemudiannya pulang ke Jepun dan tidak pernah kembali ke Malaysia lagi..


Pada tahun 1992 bolasepak Jepun melalui proses transformasi.. Kebanyakan pasukan bolasepak kilang, pelabuhan, ladang, lombong atau apa saja menyahut seruan FA Jepun dan mula menubuhkan kelab bolasepak secara profesional.. Yamaha FC turut tidak ketinggalan dan berubah menjadi Jubilo Iwata bersempena nama bandar Iwata yang menempatkan ibu pejabat konglomerat Yamaha..

FA Jepun ketika menubuhkan J. League telah menetapkan bahawa kelab bolasepak mesti dikendalikan secara profesional dan nama kelab yang sebelum ini mewakili nama syarikat pemilik mesti ditukar kepada nama bandar di mana kelab itu ditempatkan..

Dengan Jubilo Iwata beransur-ansur berdikari sebagai sebuah kelab profesional, Yamaha beberapa tahun kemudiannya melepaskan hak milik ke atas kelab dan menyerahkannya kepada komuniti Iwata.. Namun nama Yamaha FC dikekalkan pada logo kelab sebagai menghargai tradisi dan asal-usul Jubilo Iwata..

Yamaha kini menaja kelab ragbi Yamaha Jubilo.. Kedua-dua Jubilo Iwata dan Yamaha Jubilo berkongsi Stadium Yamaha untuk perlawanan bolasepak dan ragbi masing-masing..

Hari ini, Jubilo Iwata bukan lagi dibarisi pekerja kilang tetapi sebaliknya pemain bolasepak profesional yang gajinya jauh lebih tinggi dari apa yang diperolehi oleh pemain Selangor.. Jubilo Iwata telah menjuarai J. League sebanyak 3 kali, sama rekod dengan Yokohama F Marinos dan hanya Kashima Antlers dengan 7 kejuaraan mengatasi mereka.. Jubilo Iwata juga pernah menjuarai AFC Champions League 1998/99 sedang pasukan dari liga bolasepak Malaysia pula langsung tidak layak untuk bermain dalam AFC Champions League tersebut, termasuklah Selangor..

Ryohei Yamazaki, yang menjaringkan gol kedua Jepun semalam mungkin tidak tahu tentang Jubilo Iwata selaku Yamaha FC pernah tunduk kepada Selangor.. Kita semua pun hampir pasti ramai yang langsung tidak tahu..

Tapi sekarang kita tahu, Tahu betapa bolasepak Jepun berubah dari pasukan kilang menjadi pasukan bertaraf Piala Dunia.. Tahu betapa bolasepak Malaysia makin hari semakin bangang, macam Selangor dan misi 33 mereka..

kredit : Lucius Maximus_Sokernet

Thursday, September 22, 2011

Malaysia punya bola_sepak

perbezaan jarak masa - 20 tahun, mmg la lama.. amat lama.. tp mengapa Malaysia bermain bola sepak tak pernahnya berkembang dan maju?.. ni soalan mudah sgt untuk difahami..

Jepun, smua tahu sapa tu Jepun.. usah kata la mengenai status depa sbg ranking no.1 di asia.. layak ke Piala Dunia dan Olimpik itu hal biasa bg diorg dan pemain profesional Jepun bersepah di Eropah.. Malaysia?.. tanya Sultan Bola.. apa lagi yg x kena ngan bola sepak malaysia..

ni la luahan hati aku peminat bola sepak, yg frust ngan pekembangan sukan ini di Malaysia.. shingga aku terpaksa berkiblatkan ke Liga eropah.. semata-mata mendapatkan kepuasan bola sepak sebenar.. dh lama aku x tgk bola Malaysia, kali terakhir masa Kedah ada player Olibunmi Adigun..

Dah lebih 20 tahun Tun Dr Mahathir kenalkan Dasar Pandang Ke Timur, kita masih lagi pandang tapi setakat pandang sajalah, buatnya tidak.. Perlawanan semalam dimainkan di stadium sebuah kelab J. League Division 2, Sagan Tosu.. Stadium bernama Best Amenity Stadium (atau Tosu Stadium) ini hanya berkapasiti 24,490, jauh lebih kecil dari Stadium Nasional Bukit Jalil tapi dia punya padang 10 kali lebih kelas dari yang kita ada.. Hanya tiga minit berjalan kaki dari stadium ini ialah Stesen Tosu yang menyediakan perkhidmatan keretapi JR Kyushu dan secara purata mengurus sejumlah 13,000 penumpang sehari.. Kita punya stadium boleh muat maksimum 100,000 tapi kalau baru 10,000 datang Stesen LRT Bukit Jalil dah huru-hara.. Kat sini dah nampak negara mana yang efisien dan mana yang akal pendek..

Dah lebih 20 tahun juga semenjak para pegawai FA Jepun bertandang ke Malaysia untuk belajar dan tengok bagaimana kita mengadakan Liga Semi-Pro dulu, tengok pasukan negeri, tengok stadium, tengok perlawanan liga kita dan tengok Sultan Bola.. Sekarang jumlah kelab profesional dan amatur mereka berjumlah lebih 200, stadium khusus bolasepak berterabur, J. League diberi penarafan Gred A oleh AFC..

rata2 komen dr rakyat malaysia tahu benar mengenai bola sepak , smua tahu mengenai bola sepak moden.. rakyat malaysia tahu nk ulas ngan lebih baik lagi.. tahu mengulas mngenai teknik dan taktikal.. tahu nk sembang pemain pertahanan, midfield dan striker nk main mcmane.. smua depa tahu dr A sampai Z, sbijik mcm pengulas sukan ni dr Eropah.. mmg kelas, x caya tanya Serbegeth Singh aka Shebby..

tp apsal bola sepak Malaysia tak berkembang mcm rakyat2 Malaysia yg berkembang dgn baik mengenai bola sepak moden sekarang?.. apa depa x penah tgk ke Barcelona main?.. x penah tgk Manchester Utd main?..

harap menjadi penganjur, sponsorship terbaek ajer la.. iklan nk gah.. tp perkembangan bola sepak, hampeh ya amat...

Billboard yg mencuri pandangan_mata


penah tgk iklan tepi jalan?.. kat dinding bangunan.. tu la billboard.. aku suka jeling2 kat apa2 je iklan yg ada kat tepi highway bila dlm pejalanan dr kL ke ipOh.. layan jer..















Komik_Seram


perrgghh.. 1st time aku alami seram dlm bacaan komik online.. ni hasil kreativiti org korea.. PERINGATAN: ibu mengandung jgn2 berani nk cuba baca k.. mmg seram.. ni bukan nk tipu ker apa.. ingat, peringatan dh diberikan.. read on your own risk.. slamat membaca..

utk lanjutan komik ni.. sila klik link - Hantu bonceng...

Tuesday, September 6, 2011

pusing_Beraya


hari raya dh pun melabuh tirainya beberapa hari lalu.. tp keseronokan yg kita lalui masih segar di hati.. ceeewwaahh ayat x power aku, haha.. dlm byk2 movie atau drama yg disiarkan kt tv slama aidilfitri ni.. aku tercuit ngan satu citer yg aku rasa paling berbaloi aku dok depan tv - pusing beraya.. klu komer smua luar sana x caya, ater demer try la download nonton sdiri.. enjoisss.. klik link kat bawah klu nk dwld..

-- Klik sini --


Alyah - Kisah_Hati



Hati ku, hati mu..
Menjadi satu cinta..
Ku rasa hadir mu, menyempurnakan aku..
Tapi cinta bukan milik kita..
Semua harus berakhir..

Cinta kau dan aku..
Takkan mungkin bersatu..
Untuk saat ini di dunia ini..
Mungkin kita bersama..
Nanti di atas sana..
Biar ku setia menjaga cinta mu..
Selamanya....

Tapi cinta bukan milik kita..
Semua.. harus berakhir....

Powered By Blogger