Tuesday, March 30, 2010

Setan Merah : ex-1999


ketika aku menulis post ni, pg nanti.. MU akan bertemu ngan Bayern, team yg agak dekat ngan MU dlm kancah pertandingan di eropah satu tika dulu.. 11 thn dulu(huihh.. lama dh kan), saat hampir pasti Bayern akan menang Finale Champion League ngan keputusan 1-0.. tetiba keajaiban berlaku di mana 2 pemain gantian, Sheringham & Solskjaer melakukan pertukaran nasib antara dua kelab ni dgn dramatiknya.. dua sepakan penjuru dr pakar sepakan percuma ketika tu, David Beckham membuatkan keputusan berubah kepada kemenangan pd pasukan Manchester United..

huuu.. bila dtg mood ingin bercerita.. mmg x hingat dh la.. haha.. apa pun, mlm ni yg pasti satu perlawanan yg x sama seperti yg aku ceritakan td.. perlawanan suku akhir di mana dua kelab ni sudah pun berubah wajah dan kedudukan semasa ketika ini.. Bayern yg punyai stadium futuristik pasti mahu mengegarkan musuh lama depa ni..



mengikut jadual kat atas ni sebagai rujukan.. andai kata MU mara ke akhir.. diorg akan main sebagai team 'Home' sama ada bertemu ngan favourite - Barcelona.. atau pun Inter Milan.. tp Arsenal jgn dilupakan wehh.. hehe..



ok geng, jom kita imbau balik ex-1999 dulu.. kat mana depa ni skng dh..

PETER SCHMEICHEL

Final masa tu adalah terakhir buat dia ngan United..

selepas bawa diri ke Sporting Lisbon, Aston Villa & Manchester City, dia bersara pd thn 2003.

Skng dia dh jd personaliti sukan kat TV.

OLE GUNNAR SOLSKJAER

Boss United reserve-team sejak thn 2008.

DWIGHT YORKE

penah bersama Blackburn, Birmingham, Sydney & Sunderland. Bersara thn 2009 dan menerbitkan buku kisah sendiri², hehe..

ANDY COLE

jd Jurulatih Striker utk kelab Huddersfield.

RONNY JOHNSEN

main jap kat Aston Villa & Newcastle. skng jd personaliti TV.

JAAP STAM

berpindah ke Lazio pd 2001 secara dingin. kemudian hijrah ke AC Milan dan pulang smula ke Belanda bersama kelab Ajax. skng berperanan sbg org no.2 kat kelab division 2, FC Zwolle.

TEDDY SHERINGHAM

Bersara selepas bersama beberapa kelab seperti Spurs, Portsmouth, West Ham & Colchester. Skng ligat dlm bidang penasihat pertaruhan dan permainan bola sepak.

RYAN GIGGS

Masih lagi ligat memberi aksi sbg 'ahli sihir' Wales. pd usia 36. sudah memenangi 20 medal bersama United dan terbaru.. PFA Player of the Year & BBC Sports Personality in 2009.

DENIS IRWIN

'da Unsung Hero'.. bersama ngan Wolves, Julai 2002. bersara 2004.

skng dia bersama MUTV dlm menyaji dan menyediakan rancangan menarik utk syarikat penyiaran MU tu..

GARY NEVILLE

Kapten, 35 thn.. ligat lagi walaupun berhadapan siri kecederaan tempoh panjang yg hampir buat dia putus asa.. tp kembali pada prestasi terbaik ketika ni..

DAVID BECKHAM

pindah ke Real Madrid, kemudian LA Galaxy. dipinjamkan pd AC Milan pas tu cedera Achilles, tipis pluangnya utk ke World Cup di Afrika Selatan.

NICKY BUTT

pindah ke Newcastle in 2004. bertungkus lumus pd usia 35 thn utk bantu kelab ke saingan Premier League smula...

JESPER BLOMQVIST

mengalami siri kecederaan serius dan gagal menyinar bersama kelab Everton & Charlton.

pulang smula ke Sweden, pebantu pengurus pada kelab Hammarby.

Paul Scholes

penah mengalami kesukaran penglihatan, namun siri penbedahan yg dijalani berjaya membantu dia melihat ngan baik smula.. masih bermain dan bermain.. sentuhan yg sukar dicari ganti hingga kini..

SUBS NOT USED

Raimond van der Gouw: Vitesse - Jurulatih keeper.

David May: keje ngan MUTV.

Phil Neville: Kapiton Everton.

Wes Brown: masih bersama ngan MU lagi.

Jonathan Greening: bersama kelab West Brom dan dipinjamkan ke Fulham.

Mari kita ke sawah.. oi oi..

Pemandangan biasa ketika musim menanam padi..



Lepas dh tanam.. tinggalkan ajer la..



eh eh.. ada 'sesuatu' di situ..



ek.. masa bila plak jd lagu tu..



haa.. dh jd lagu ni dah..



makin menarik..



huuu.. x sangka beb..



lain².. hasil yg sempoi..



BANZAI!!!..



aik?.. awat Napoleon pun ada kat sini..





padi ni bukan diwarna aka di 'dai'..
tp mmg warna daun dia mcm tu..
kreatifkan org jepun.. sampai ke daun pun buat eksperimen
utk warnakan genetik daun padi ni..



bg aku ni satu usaha di mana para bijak pandai mencipta satu benih padi hitam putih utk memberi kelainan pd para petani utk menyerlahkan bakat terpendam n menambah perasaan pd tanaman mereka(yo or or la tu..) dlm perusahaan tanaman padi di sana.. org Kedah aka jelapang padi, bila lagi nk test power pd padi diorg mcm org jepun ni?.. hehe..


P/S : kredit pd sahabat ku, Ejoy yg men'forward'kan emel menarik ni..

Friday, March 19, 2010

Tips menghalang jenayah di kediaman kita..

wokeh kwn².. seperti tajuk tertera di atas.. aku nk kongsi ngan korg.. tips² cegah jenayah di kawasan rumah kita dr PDRM.. sebenarnya, ni aku dpt dr forward emel dr kawan aku, saudari Eyka.. berikut langkah² perlu bg mengelak jenayah dlm rumah..

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka(rasa mcm menyusahkan pun ada, ikut masing² yer..).

5. Jangan simpan barang-barang kemas atau wang di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala..).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box.
Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Monday, March 1, 2010

Setan Merah : Rahsia menang Carling Cup


Apa kabar rakan² luar sana.. lama aku x updated blog aku kan.. sory².. sibuk skit.. hehehe..

agak lama aku x post cerita pasal team kesayangan aku ni.. kenapa?.. jangan tanya.. haha.. bebaru ni, ada finale Carling Cup antara Manchester United vs Aston Villa.. menang ngan keputusan 2-1.. apa rahsia MU?.. haaa..




Tuesday, January 26, 2010

PRANK : beckham kena raba.. kat anu dia..

hahaha.. gelak aku bila tgk clip ni.. antara plyr yg aku minat satu masa dulu.. sehinggakan disebabkan dia la.. aku adalah fan Manchester United skng.. dan disebabkan dia la aku fan England skng.. tu la dia David Beckham.. tp skng idak dh minat dia.. sbb kurang dedah sgt game yg dia bersama dgn pasukan yg agak asing bg aku selain Manchester United..

pasal dia dia, minyak rambut pun aku pakai Bylcrem.. pasal dia, klu main bola.. 'bend it like Beckham..' sanggup berebut tuh, hanya smata bila ada freekick.. aku pun nk amik tendangan tu sama.. nk buat bola tu melencong tuju pada penjuru tiang gol.. perrrgghh.. pas tu nak main pun, aku nk main belah kanan.. sbb setiap gerakan n cara permainan dia swaktu kat MU.. aku hafal n try buat masa dlm permainan sebenar.. huu.. try pass like him.. try to cross like him.. haha..

ok balik pada tajuk di atas.. kepulangan Beck ke AC Milan bebaru ni dikatakan agak menarik.. seorang wanita telah merancang untuk meraba kemaluan dia.. apa jadi?.. korg layan la clip ni..


Monday, January 18, 2010

Di badai asmara

kali ni, buat kwn aku yang sedang runsing dgn masalah percintaannya.. aku tujukan lagu ni pada dia.. bait² lirik ni cukup mengena ngan story line diorg berdua.. aku doakan korg ditemu jalan penyelesaian.. yg terbaik buat korg.. ish.. sedih la yob..

lagu ni dr kumpulan rock kapak lama dulu, Sera.. berjudul 'di badai asmara'.. huu.. tajuk pun dh kena dh..



Haruskah..
Aku terus merayu padamu
Haruskah..
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubari mu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa..
Dikau meragui keikhlasan
Setelah ku beri
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara..

Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Ku lemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta..

Bisakah..
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah..
Kecewa ku menjadi.. harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia..

Sunday, January 10, 2010

Ketuanan Allah

Sejak beberapa hari ni, timbul suasana yg bagi aku jarang berlaku tetiba berlaku dek beberapa kerat langau² yg timbulkan satu isu sensitif tp saja² buat pandang sebelah mata kononnya isu ni x besar mana bg diorg..

aku x sebut pun pun smua antara korang dh sedia maklum.. iaitu isu pengunaan nama Allah scara bebas bg pihak Kristian.. aku rasa terpanggil nk menulis bg menyatakan pendirian aku sbg umat Nabi Muhammad S.A.W. yg beragama Islam, agama yg diturunkan oleh Allah buat manusia² di muka bumi..

mula² aku nk cite diri aku ni bukan power sgt dlm bab agama.. tp cukup aku katakan dlm hati aku, hanya Islam adalah agama ku.. aku beramal dgn Islam.. aku hidup dlm Islam.. bila timbul isu Mahkamah Sivil meluluskan hal berkaitan Hak penggunaan nama Allah.. berkerut dahi aku.. sepanjang aku blaja kat sekolah dulu, hal agama x kira la apapun.. klu isu Islam, hanya mahkamah syariah jer saluran utk digunakan.. mahkamah sivil hanya utk perundangan sivil semata-mata.. mcmane hal ni leh terlepas ek.. bila aku tanya org tua(kwn²) yg lebih dr aku, depa kata.. isu ni dibawa oleh org bukan Islam.. jd saluran dia ke mahkamah sivil..

bg diri aku sendiri.. nama Allah tu bukan hak sapa².. ni jelas.. sbb Allah adalah Allah.. Allah itu satu.. aku hanya la hambaNya yg mengabdikan diri dgn yakin dan jelas bahawa Allah itu ada dan beriman dlm agama nya iaitu Islam..

tp bila isu ni dtg.. aku tau nama Allah tu bukan hak.. tp kenapa org Kristian sibuk nak pakai perkataan Allah?.. kenapa mesti sekarang?.. aku tau nama Allah tidak bertuan.. depa meminta hak utk mengguna.. tp kenapa sekarang?.. lagi satu, apa matlamat dan cara mereka sebenarnya dgn perkatan Allah itu?.. kan Kristian sendiri dh ada nama tuhan dia Jesus Christ(umum tahu), ada lagi beberapa nama depa guna dlm Bible, dan ada lagi tuhan yg ada dgn nama masing².. nama Allah plak depa nk guna.. apa ni?..

dlm Bible sendiri, ada mcm² nama tuhan depa ada.. tp dlm Al Quran, hanya 1 iaitu Allah.. tu dh jelas sekali berbezanya Islam dan Kristian.. bygkan klu kita bersangka buruk ngan mereka(aku tahu dlm Islam - umatNya x boleh bersangka buruk ngan rakan agama lain), skng depa x guna nama Allah pun, dh brapa byk isu murtad timbul.. bygkan klu nama Allah secara komersil depa guna plak pas ni.. x ke huru hara dan bercelaru dibuatnya nanti..

Bible ada guna nama Allah, udah kata dh setanding Al Quran..

klu Kristian itu Jesus, Islam itu Allah.. klu lepas ni.. klu Allah diguna oleh Kristian, Islam tu Allah.. Kristian itu Allah?.. ahh sudah..

Allah itu satu.. Kristian pulak ada Jesus, anak jesus dan swaktu dengannya.. pas ni.. Allah tu sepupu sepapat dgn Jesus?.. Ya Allah..

nyata dpt mengelirukan sapa² jer.. tu belum lagi hal berkaitan rumah ibadat depa nanti.. hiasan dalaman dlm church.. air holy dikatakan air Allah.. nauzubillah..

jelas skali kita umat Islam secara beramai-ramai bimbang akan isu ini.. kita x usik Kristian.. diorg bebas buat apa aje.. tp kami umat Islam secara baik mahu depa jgn sentuh isu ini.. buat la hal korg.. jgn la timbulkan hal ni.. sensitiviti kena jaga.. pikir la brader² n sister² kristian yer..

P/S: ikut hati aku, ayat² yg aku nk karang dlm ni.. smua maki hamun dan caci cacian.. tp atas kesedaran diri dan sensitif nya.. aku guna la bahasa sehabis baik dr diri aku.. Islam x bermusuh dgn sesapa.. jd jgn la buat Islam ni bermusuh dgn korg..

yg bakar gereja tu.. berfikir la dahulu.. jgn ikut hati, nanti mati.. biar kita berlembut asalkan Islam tu tegak di bumi Malaysia ini.. ni smua akan dijadikan alasan utk org Kristian kenakan org Islam semata-mata(ker yg bakar gereja tu org Kristian juga?.. saja nk konspirasi ngan org Islam.. you better watch out..)

dan aku minta maaf klu terkasar bahasa, sesapa yg terasa.. niat aku x de kelain, hanya beri pandangan dan pendapat aku sbg umat Islam.. klu tersalah ckp tu, tegur la aku yer.. yg buruk dtg dari diri aku sendiri, yang baik hanya untuk Allah..

Saturday, January 9, 2010

2010 & filemnya..

ane haseyo.. hehehe.. berbahasa korea plak aku.. di tahun baru ni, aku x tau nk tulis apa kat blog aku ni.. serba x mengena je bila rasa nk menulis.. jd, bg x menghampakan diri aku sendiri n juga kwn² di luar sana.. aku tulis la skit satu cite yg biasa akan dilakukan oleh blogger bila x de idea yg biasa digunakan.. iaitu, cite filem apa nk tgk, cite kwn² ku & cite pasal kuarga ku @ keje ku..


hehehe.. thn ni, klu diikutkan jadual waktu wajib tayang filem² utk 2010.. x byk sgt yg menariknya.. x mcm 2009, berderet filem yg bernafsu tinggi utk ditontoni.. cuma beberapa kerat je yg buat mata aku terjeling utk melihatnya utk thn ni.. antara, iaitu Ironman 2, Wolfman, Alice in Wonderland & Semp-It (what da hell?..)


kenapa mesti Semp-It?.. hahaha.. sbb aku juga mat moto.. wannabe mat rempit.. hahaha.. cite dia aku tgk da making pun dh lawak.. aksi rempit, tp lawak.. kan best tu.. nanti korg tgk trailer dia mcmane.. pas tu Ironman, da sekuel.. x yah cite pun korg leh bygkan sendiri.. then, Alice da Wonderland.. huhu.. cite omputih kanak² yg paling terkesan dlm hidup aku pd waktu diri bergelar kanak².. arnab bercakap, rumah yg banyak pintu, ulat bulu isap candu, Queen yg cukup aaaa.. apa aku nk kata.. benci la senang, hahaha... dan lagi, ia di produse oleh Disney's Picture.. that it's..


ok geng.. korg leh layan trailer yg aku letak kat bawa ni.. tgk skit, mana tau ada rasa nk tgk ke.. x nk tgk pun ok jugak.. hahaha..







Powered By Blogger