Monday, December 19, 2011

Fakta tersembunyi 3_Abdul v.2

ilmu muzik pada seniman Tan Sri P Ramlee, memang tidak boleh dipertikai lagi.. Tan Sri sebenarnya sedia maklum akan hal ini sebelum terlahirnya di dunia ini pelbagai group Rock yang pelbagai macam Heavy Metal, Grunge, dan macam2 alah genre la.. dia memang Legend..

enjoice video kreatif ni..

Sharp Dressed_Man


petang-petang macam ni.. memang slow tahap tepu, memang ngantuk ya amat.. jadi untuk menyegarkan kepala otak.. layan lagu alltimer mcm ZZ Top ni memang terbaek untuk halwa telinga.. segar rasa.. gorengan gitar, tempo lagu yang mengasyikkan.. bertenaga.. yeahh babe..

ada satu clip video tu.. aku tertarik dengan drummer dia yang gila-gila.. sungguh leka melihat aksi bersahaja dia.. terbaek la.. drummer Metallica tengok ternganga gamaknya...



Sunday, December 18, 2011

Infinity Blade 2 : Hack $ big money


terasa bahang dia kian memuncak.. tika aku perlukan senjata yg lebih deadly, kekangan kewangan melampau membuat diri menjadi buntu.. lalu, aku cari pakcik google demi mendapat pentunjuk dan jalan yang lurus.. maka bermulalah penjelajahan nyata..

haha.. ni la citernya yang sebenar, tengah tensen main game yang versi awal leh jual barang yang kita dah MASTERED tapi yang versi II ni, tak leh nak jual semula.. jadi tak leh lah nak rolling modal beli peralatan baru aka upgrade beb.. jadi aku pun menaip kat ruang search ' infinity blade 2 how to sell item'.. kuar memacam jadah usul dan pendapat.. lalu aku ketemu dengan cara ni..

caranya agak menarik, bad news and good news.. kita mula ngan bad news - save game asal korang lenyap, makna kata selama yang korang dok main ni.. dusta semata.. haha.. penat lelah main dulu siang malam.. hilang begitu sahaja.. good news - get new fresh air, dalam kantung gold korang.. $ big money waiting.. dalam hal ni, masa aku buat, aku dapat $49,000,000.. nampak angka tu.. bukannya $0.. tapi million dol..


mengikut citer si google ni, kalau ikutkan leh dapat $100,000,000.. tapi ntah kenapa aku short 1/2 dari angka tu.. mungkin ada crack kat mana2 la.. tapi memadai dah aku ngan $49 million tu.. cukup sangat dah.. haha..

tak payah dipanjangkan citer.. mai kita terus ker tweak IB II ni..

memula, tengok & study video kat bawah..


sudah, kendian download mende ni.. CRACK

lepas tu, download ni DiskAid

aku dah test, berjaya menggunakan apps IB II dengan baik.. untuk rekod, aku guna iPhone 4, iOS 4.3.3 jailbreak.. ikut step yang video tu kasi tau.. ingat study baik2 video tu.. korang pasti jaya..

P/s: bila pikir balik, level 43 / rebirth 15 dah.. lama dah tu main.. pahit maung hadapi musuh bila dikenang balik.. berbaloi juga la ngan $49,000,000.. hehe.. malam ku tidak kesiangan lagi..

Tuesday, November 22, 2011

budak 11tahun bersama Audi_R8

tahukan Audi_R8.. ala yang dok heboh sorang artis tu katanya dia dapat hantaran keter ni.. ada aku kisah.. perkahwinan RM15juta gitu.. memang dapat la keter macam tu jer.. aiihh sejak bila jadi ruang gosip plak..

kenalkan budak 11tahun ni.. nama tak diketahui.. namun dia dengan selamba test drive R8 di padang rumput.. pada pengamatan aku, yang tangkap video ni macam ayah dia.. padang rumput yang luas tu macam kat belakang rumah agam yang besar gitu.. nak save bunga tayar, buat la atas rumput, pastu ko nak spin berapa kali pun tak apa.. tayar tak jejas mana pun.. haha.. impress..

Patukan maut ular Slow_Mo

ular spesis reptilia paling unik dan sempoi.. Allah bagi dia kelebihan yang amat tinggi dan aneh.. tak berkaki tapi mampu bergerak dengan pantas dan merbahaya..

clip kali ni kita tengok macamane patukan ular dalam keadaan slow-mo.. bayangkan ketika itu, patukannya menerjah ke sudut bahagian badan kita.. kenangkan..

Pagani_Huayra on da road


sebelum ni kisah Aventador aku ada sentuh, kali ni mari kita pegi ke cerita keter yang lain plak..

Pagani.. Pagani Huayra.. apa tu Huayra.. kalau nak tahu, kisah lagenda dulu kala masa zaman Aymara - menceritakan Huayra Tata, ialah Tuhan sekelian Angin.. yang menguasai segala jenis angin, udara hingga membelah sekelian gunung ganang dan bukit bukau.. tu yang sekarang ni, bentuk muka bumi beralun dan berbelah sana sini.. semua ni kerja si Huayra la katanya.. hehe..

tu la nama yang digunakan pada edisi kali ni untuk keluaran Pagani.. dulu ramai menjadi siulan Pagani Zonda nya.. kali ni Pagani Huayra mengambil tempat, mampukah momentum dan fenomena Zonda ada kali ni pada Huayra?.. kita tunggu.. berkuasa 720bhp dengan kemampuan enjin 6.0 liter twin turbocharged.. dengan senang mampu mencapai kelajuan jangkaan 235mph iaitu bersamaan 378kmh.. perrghhh.. ketaq pala lutut weehhh.. laju tuh...


makan pelik_Japan

huu.. makanan pelik2 ni aku dah banyak dh tengok.. macam2 ada.. cakap jer, apa yg tak leh makan.. tolak batu dengan kayu pun, istilah ni dah tak leh pakai.. ada apa orang makan kayu dengan batu.. hehe..

kat jepun, usah cakap la.. tapi masih leh diterima walaupun agak keberatan kalau mahu mencuba.. sajian 'odori-don' aka 'Sotong berdansa pada mangkuk' haha.. perrgghhh lalu ker nak makan..

Monday, November 21, 2011

Lamboghini_Aventador lovely

clip kali ni berkenaan sebuah kereta yang amat superb babe.. Lamboghini Aventador.. melalui Top Gear, host rancangan Richard Hammond menceritakan kecantikan dan kegagahan kereta ini.. amat superb.. disamping melihat kemampuan kereta ni, aku sebenarnya amat kagum dengan gaya persembahan diceritakan oleh Top Gear, especially bahagian kerja juru kamera nya yang amat impressive.. angle - shot pada kereta ni membuatkan leka kita melihatnya.. pemandangan yang amat mempersonakan..


Thriller_Bowling


mereka di luar sana.. memperkenalkan, bola bowling yang pastinya memberi satu pengalaman baru dalam permainan bowling anda.. alamilah rasa ngeri dan seramnya pabila membuat balingan bow pada lorong 10pin.. haha.. merapu meraban.. enjoice..








Burung Hantu & Helang : Slow_Motion


ada dua clip video yang amat menarik untuk ditontoni buat peminat burung hantu dan burung helang.. mengunakan camera video HD resolusi, merakamkan aksi terjahan + cengkaman maut yang dilakukan burung2 ini semasa menemui mangsanya.. check it out..



Sesumpah_pascal : )

Sesumpah aka Chameleon adalah binatang yang unik dan menarik.. aku suka haiwan kecil ni.. amat comel dan cool.. super unik yang Tuhan beri pada ia ialah kebolehan ia menukar warna pada seluruh badan.. mata dia yang berkeupayaan memandang pada ruang pemandangan yang luas (stereoskopik).. Igor Siwanovicz telah mengabadikan beberapa gambar sesumpah dengan pelbagai aksi dan ragamnya.. teringat aku kelincahan dan kenakalan watak Pascal yang berupa sesumpah yang disayangi dalam filem Rapunzel..





















Monday, November 14, 2011

Touchdown!

aku penah main game Madden dari EA Sport.. memang layan main game American Football ni.. lasak tapi taktikal.. macam main ragbi juga.. tapi feel dia lebih pada Madden ni sebab, dengan aksesori pada player, formasi dan cara main dia lebih menerujakan..

berbalik pada touchdown kita tadi.. Ankansas lawan Tennessee.. perlawanan antara university di US juga sama hebat dengan acara kemuncak liga NFL mereka.. mendahului 7-0, Ankansas melakukan kejutan pada 40 saat terakhir quarter pertama.. seakan memihak pada Tennessee pada mulanya kerana mereka hanya perlu punted bola tu jauh ke kawasan Ankansas dan mengeluarkan bola itu terus.. tapi dengan sedikit luck yang ada, pemain senior Ankansas - Joe Adams melakukan keajaiban dalam sukan ni..

'Gymkhana's'_Jorian

sekali lagi aku postkan citer mamat Jorian Ponomareff.. mamat yg stylo bila buat skill dengan moto besar dia.. aku suka tengok aksi dia.. kali ni aksi dia melakukan 'Gymkhana' versi dia - drift dengan moto.. memang gempak siot.. aku peminat Ken Block dengan aksi Ford Fiesta dia, tapi Jorian juga berjaya mencuri perhatian aku dengan moto dia.. saksikan sendiri..



Keyakinan & Stylo

hidup kita tak lepas dari sifat perlukan keyakinan.. tanpa sifat ni, walaupun perkara tu tahu.. kita jadi tak tahu.. walaupun kita mampu, ia akan jadi tidak mampu.. sabit itulah keyakinan perlu ada seiring dengan kepandaian dan pelbagai lagi sifat positf yang berpotensi ada dalam diri kita..

ceewaahh... pagi2 mcm dato fadhilah come to me plak.. haha.. ni aku nk kongsi clips sorang mamat ni dari US.. bermain dalam rancangan kuiz 'siapa mahu jadi jutawan'.. dengan gaya bersahaja, dia mencapat soalan terakhir iaitu USD 1million.. tak ada gugup, tak ada kalut.. relak semata-mata.. tu la keyakinan seiring dengan kecerdikan dia.. dia boleh simpan satu talian hayat yang favourite sangat digunakan dalam rancangan ni hingga ke akhir iaitu talian hayat menelefon sesiapa yg dia mahu untuk dapatkan jawapan..

dengan gaya bersahaja, dia meminta talian hayat tu dan mahu menelefon ayah dia untuk soalan terakhir.. bukan mahu menanya ayahnya tapi ingin memaklumkan yang dia akan menang USD 1million.. peerrgghhh.. stylo abis.. impress...

Thursday, November 10, 2011

The real Angry_Birds


bagaimana gamaknya rupa sebenar Angry Birds?.. menggunakan imaginasi yang ada serta kecanggihan teknologi sedia ada.. Mohamed Raoof dari Kerala, India telah menghidupkan watak burung² ni pada dunia nyata.. kelihatan amat asli & real!.. comel aku tgk..

permainan untuk smartphone ni telah dimuat turun sebanyak 500juta kali.. impress...


F-35B supersonic but Hover too


Lockheed Martin's F-35 adalah pesawat tempur canggih yg dimiliki pihak tentera Udara US aka USAF.. canggih ya amat bilamana sistemnya, bila nak berlepas.. tak memerlukan jarak jauh untuk berlepas.. cukup hanya sekakang kera ajer, lebih best.. tak perlu pun tak apa.. naik macam helicopter jer.. huuu... walaupun dia 'helicopter' tapi kelajuan dia mampu mencecah supersonic.. ia mampu terapung statik tanpa sebarang masalah.. perrghh kalau strategi menyerang ni, memang bermacam adegan la boleh dilakukan..

ni baru dikatakan 'Polis dunia'.. kecanggihan kelengkapan depa tak leh disangkal lagi.. dgn kapal pengangkutan berkuasa nuklear, submarine berkuasa nuklear.. macam² lagi la.. impress...




Powered By Blogger