Monday, January 30, 2012

Darth_Vader & Disneyland

yeah, kota Disneyland adalah tempat yang menarik yang rasa kita nak kunjungi.. apapun, kemampuan kita untuk ke sana amat terbatas.. lagi pun, kalau mampu baiklah buat dahulu rukun islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji terlebih dahulu.. lebih afdal.. lebih mulia tempatnya di sisi Allah.. lepas tu nak pegi mana pun, pegi lah.. ke lubang cacing pun orang dh tak heran dah pas tu..

berbalik pada tajuk asal kita.. darth vader ke Disneyland?.. haha.. aku tengok video mula2 pun dah leh senyum, pastu gelak sorang.. karektor gelap dalam filem francais Star Wars ni amat mendalam dalam jiwa kau sebagai pengemar filem sci-fi.. my favourite.. Darth Vader.. dia jahat, dia cool beb..

Denda naik koc wanita

kat malaysia, Komuter 'pink' adalah untuk wanita.. jadi kaum adam dinasihatkan jangan menggunakan koc tersebut.. jikalau guna juga, macamane?.. setakat ni, yang aku nampak.. wanita Malaysia mempraktikkan lagi budaya timur dengan hanya mampu melihat atas bawah dan biarkan saja.. mereka tiada rasa ingin bertindak atau rasa terancam dengan situasi macam gitu..lagi2 kalau yang naik tu, muka dia ala2 SRK, Hrithik, mahupun Johnny Lever pun jadilah.. depa lagi suka sambil control ayu.. haha..

namun suasana berbeza di india, pendekatan dan caranya amat berlainan skali.. kalau naik, alamatnya makan penampar la kome lelaki.. memang tak kasi can punya.. mendapat peluang menampar bukan selalunya dapat.. jadi ini amat dinantikan wanita india sana.. check it out..



jadi bagaimana.. mahukah wanita Malaysia lakukan benda yang sama?.. bila lagi kome nak praktikkan training karate, silat ngan Taekwando korang?.. renung-renungkan selamat beramal..

p/s: tapikan aku masih tak puas hati gak.. dah ada koc wanita apsal yg wanita ada gak naik koc lain.. menyempit gak dalam koc biasa dengan lelaki.. tensen beb.. depa punya tak leh naik, yg ada untuk laki ni.. depa pun ikut berebut sama.. not fair, aauuuwww...

Modern_Combat3


malam kome kesiangan tak?.. hehe.. dulu aku gamer pc, dan game last antaranya Call of Duty : Modern Warfare adalah antaranya aku sempat main.. siri Call of Duty bagi aku antara terbaik First person Shooter aku pernah main.. jadi orang lain jap kalau main game macam ni.. lepas dah kawin ni, PC memang aku jarang dh pegang.. main laptop jer tu pun nk buka FB n surf apa yg best kat internet.. main game?.. jauh sekali..

tapi aku bernasib baik sejak ada iPhone 4 ni.. aku boleh lah main game jika ada kelapangan on da spot.. dan game yg best bagi aku skng, ni dia.. Modern Combat 3.. aku syorkan pada kome yang ada iP 4 or iP 4s, try main game ni.. layan beb.. grafik dia cun sgt, jalan cerita dia memang layan.. lebih kurang mcm CoD juga.. apa yg tak bestnya game ni, ialah time nak downloadnya.. saiz bagak dia amat besar dan ruang saiz memory pd iP 4 perlu besar jugak.. 1.05 GB..tp kalau dah dapat main.. berbaloi rasanya..




Bugatti what?


korang kat luar sana kereta paling mahal apa gamaknya.. Bugatti Veyron?.. bukan.. tapi masih jenama Bugatti, iaitu Bugatti Atlantic type 57s.. kereta ini dibina sewaktu pra peperangan dunia dahulu.. sewaktu produksinya, hanya 4 buah saja siap dibina dan kini terdapat hanya 2 buah sahaja seumpamanya di dunia sekarang.. satu milik Ralph Lauren, kedua milik Dr Peter Williamson.. owner ini kemudian menjual semula sewaktu lelongan pada bulan mei 2010 di Mullin Automotive Museum yang terletak di Oxnard, California pada harga $30 hinga $40 juta..





Saturday, January 28, 2012

Kucing punya kekuda

bila gaduh, macam2 gaya kita akan lakukan.. kalau belajar silat ker, taekwando ker.. belum tentu bunganya & kekudanya digunakan.. sempat ker?.. tapi sikit2 ada gunanya.. tengok macam kucing ni.. ilmu yang ada dalam dadanya, digunakan sepenuhnya sewaktu nak fight dengan kucing lain...

Reel Street Fighter - Wannabe

aku penah main round bonus, game Street Fighter bilamana mana kena hancurkan bata, hancurkan sebijik kereta hingga lerai.. haha.. kalau realitinya.. mampu ker?.. ada sorang mamat ni, minat Ryu gamaknya.. mencuba aksi serupa tapi tak sama.. hampeh, buang tabiat, macam belacan.. haha..


Super_Mario

ramai penah rasai keterujaan main game Mario masa 90an dulu kan.. aku antara pengemarnya.. asal nak main game, mesti ada hadap game ni punya.. layan video ni hasil kreativiti mereka2 yang kreatif.. sungguh awesome..

Awkward Physical_Contacts

korang penah alami situasi begini begitu?.. damn, aku penah beb.. haha.. thats was awkward.. enjoy da video..


p/s: dalam banyak babak tu, yang mana satu aku penah lalui?.. jeng jeng jeng...

Wednesday, January 25, 2012

CNY : iklan best dari BERNAS



iklan CNY kali ni menyentuh perasaan.. buat aku tersentuh, buat aku terasa.. sekarang ni, aku punya ayah lagi, punya abah lagi (mertua ku).. aku amat menghargai kedua-duanya.. cukup bermakna dalam hidup aku.. dan kini, aku punya zuriat - baby boy.. aku doakan dia menjadi insan yang beriman pada Allah yg Esa, berbuat baik pada kedua ibubapanya, menjadi insan yang berguna dan cemerlang dalam kerjayanya kelak.. to son becomes the father, the father becomes the son..

Friday, January 20, 2012

Shunsuke_Nakamura > moving bus


bekas pemain utama Celtic, Shunsuke Nakamura melakukan aksi menarik sewaktu usianya cecah 34tahun.. menyepak bola seumpama sepakan percuma ke tingkap bas yg sedang bergerak.. menarik.. dengan mengunakan bantuan cermin jalan raya, Nakamura mengambil masa yang sesuai dengan melihat pergerakan bas itu melalui cermin.. cool stuff.. bend it like beckham or even better.. haha..

Nakamura antara pemain favourite asia suatu masa dulu selain Hidetoshi Nakata.. penah sekejap kat di bumi Sepanyol bersama Espanyol kemudian pulang ke matahari terbit bersama Yokohama F Marinos..


Thursday, January 19, 2012

Nera - Hati mu milik ku


Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisi mu aku terdiam seribu bahasa
Di hati ku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta pada mu

[**]
Nafas ku terhenti bila melihat diri mu
Terasa batas degupan jantung ku
Mungkinkah hati mu milik ku jua
Ku sayang pada mu

Kan ku abadikan di kau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan ku coretkan kenangan mu
Dalam sanubari ku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidup ku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cinta mu
Mengoncang jiwa ku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cinta ku....

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenangan mu
Dalam sanubari ku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidup ku ini

Tuesday, January 17, 2012

2 Motocycles vs 'Police'

bayangkan babak ini berlaku.. bestkan.. aku syorkan pada Syamsul Yusof andai kata filem aksi kereta n motosikal lepas ini, guna la teknologi macam vidz ni (camera + HD).. it's cool bro.. cantek dan superb.. aku suka vids punya edit & flow dia (tol ker ayat aku ni?).. cukup bijak & terhibur.. idea yang amat aku suka.. kalau aku tengah nonton filem, memang dalam hati kata tak rugi la..

jalan yang rata, tak ada lubang.. suasana jalan yang amazing + cuaca yang superb.. ada babak tu macam masa kita main game NFS.. yang slow mode tu.. huu.. aku suka hasil kerja depa ni..


s o r r y

apa kabar di luar sana.. hope sihat.. aku mohon maaf andai lama sudah blog ini tak ber'update'.. cukup sukar beberapa bulan ini aku tempoh.. aku dan isteri dapat baby.. syukur alhamdulillah atas rezekiNya.. dalam tempoh 3 bulan ni, memang aku tak cukup ruang untuk buang masa dan menulis blog.. hope kome smua paham dan yang tak paham, akan lalui saatnya + mengerti akan kurnia ini.. get well + chill out.. : )
Powered By Blogger