Saturday, February 28, 2009

Fast & Furious 4

antara filem yg aku tunggu untuk tontonan umumnya pd tahun ini (april ni tayangan start).. aku antara peminat siri filem fast & furious ni.. cite skit la kan masa memula tgk yg 1st tuh, masa tu aku blaja lagi kat universiti.. masa tu cite ni x pop+ular, x tayang kat wayang taraf blockbuster.. ingat lagi waktu tu, kwn aku baru blk dr pasar malam.. dia kata baru beli vcd cite (masa tu dvd mana ada lagi).. best katanya.. abis study, kitorg pun tercacak la depan PC utk tayangan larut mlm aritu.. perrgghh.. mmg layan beb jln cite dia.. kitorg time tu mmg giler kete.. mula bersembang itu ini hal kete..


file sequel ke-4 kali ni, aku x tau sgt jalan cite dia.. tp aku nantikan kembalinya vin Diesel dan Paul Walker dlm jln cite ni.. mesti happening nya.. 2Fast2Furious, The Tokyo Drift terdahulu pun x menghampakan aku, harap yg ke 4 ni pun sama gak la.. kali ini diarah oleh Justin Lin, pengarah sama digunakan sewaktu The Tokyo Drift rasanya x de masalah utk dia beri kesan yg sama utk filem kali ini.. ok.. korang leh layan trailer cite ni kat bawah yg aku embed dr youtube n myspace.. yeaahh, ''just like old time....''

Fast & Furious


Wednesday, February 25, 2009

::gangguan Streamyx::

Minggu ni sapa² yg guna tenet mmg rasa tertekan n bengang aje.. yer la, asal nk surf n download mesti lembab abih.. dial-up pun x lembab mcm tu.. aritu Rjuna pun sms aku yg kata TM ada masalah ngan line Streamyx diorg.. ada masalah teknikal katanya..

hari ni, melalui Akhbar KOSMO!.. TM buat kenyataan perkhidmatan Internetnya pulih sepenuhnya menjelang 5 Mac ini. Perkhidmatan streamyx terganggu sejak 18 Februari lalu. Gangguan disebabkan kegagalan litar pada Jaringan Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2) antara Kuantan-Katong di Singapura dan Shantou-Tanshui di Taiwan yang menghubungkan Malaysia ke Amerika Syarikat.. Disebabkan gangguan itu, pelanggan TM yang menggunakan perkhidmatan Internet mungkin melalui perayauan yang perlahan semasa mengakses kandungan yang dihos di Amerika Syarikat (AS), kata TM..

sah la teori aku yg menyatakan mmg ada problem nk surf website yg hosting nya dr Amerika.. website asia senang jer nk surf.. aih.. x leh la nk dwld n segala aktiviti mentorrent terhenti la seketika.. hehehe..

Monday, February 23, 2009

::C A M P::


baru² ini, temp keje aku.. Sek Keb Taman Segar buat satu program perkhemahan unit beruniform utk murid² nya.. aku pun x ketinggalan sertai program ni.. mcm² adegan n karenah dr bebudak SKTS ni aku tgk.. teringat la pulak masa zaman baya diorg ni di mana aku pun penah jugak masuk program perkhemahan zaman sek ren dulu.. enjoy ngan program yg ada.. yg best dpt tdo ngan kekawan dlm satu khemah.. bukan senang nk dpt feel mcm tuh.. hehehe...

ni aku selitkan beberapa gmbr sepanjang program tu berjalan..



Thursday, February 19, 2009

::FuLL houSE 2::

dulu aku x de la suka sgt cite korea.. memula dgr lagu Izwan Pilus-Kembali Senyum, aku mmg x de perasaan langsung sdgkan kebanyakkan org tgh angau ngan lagu ni.. kwn aku, Rjuna penah kata lagu ni best..tp aku buat don't no jer masa tu, hehehe.. pas tu timbul cerita lagu tu di ambil dr drama siri Korea, Full House yg dibintangi oleh Rain & Song Hye Kyo (SHK).. Rjuna jugak la yg suruh aku tgk cite ni.. tp mulanya aku x tgk gak.. sbb waktu tu aku lebih berkiblatkan drama dr Jepun & juga anime juga dr Jepun waktu tu..

pdhal waktu th 2005 ni, ia satu fenomena gak la kat Malaysia sbb smbutan amat hangat pd drama siri Korea..
tp tahun lepas, 2008.. satu fenomena ganjil berlaku pd diri aku.. ntah angin mana dtg menghembus dlm minda aku.. ceeewaahh.. hahaha.. masa tu gi kenduri umah kwn Stesma aku dulu yg melangsungkan perkahwinan.. lagu Izwan Pilus tu bermain waktu dlm kete ngan kwn², Rjuna pun ada skali waktu tu.. aku pun tanya, lagu ni mcm aku penah dgr.. Rjuna kata lagu ni la aku suruh ko dgr dulu.. ohh ya.. lagu Korea yg dialih suara.. mcm lagu Hazami-Sonata Musim Salju.. pas tu aku tanya la scara spontan.. best sgt ke sampai org buat lagu ni dlm version BM dlm hati aku.. mesti ada benda menarik yg sampai leh jd tahap mcm tu..

lepas kejadian tu, kebetulan aku baru langgan Streamyx.. motifnya nk torrent anime jepun ngan filem Hollywood.. teringat plak drama Korea, Full House.. mulanya aku endah x endah jer nk download cite ni.. siap jer download drama Korea ni.. bermula satu fenomana ganjil dlm diri aku pd cite Korea.. hehehe.. mmg best rupanya cite dia.. klu korg nk tau aku dh 4 kali dh tgk ulang main drama ni.. huuu.. mmg hebat la penangan dia.. tu belum cite Winter Sonata n lain².. Rjuna pun mula la perli aku.. yer la dulu jual mahal.. x nk tgk.. konon x best la.. x masyuk la.. x sesuai la.. n seadanya la.. hahaha... moral of story, lain kali apa yg Rjuna ckp klu best tu maknanya mmg ada something la tu, hihihi...

berbalik pd tajuk kita kat atas.. arini aku baca kat KOSMO!.. yg berita tentang sequel drama Korea ni sdg menjalani proses casting.. pelakon terdahulu iaitu Rain n SHK dikatakan enggan aka menolak utk menjd teraju utama kali ini.. huh, x best la mcm ni klu depa ni x berlakon sama.. pasai depa la aku suka tgk cite ni.. x kan yg season 2 nk amik perlakon lain plak.. hilang la serinya nanti.. produksi Kim Jong Hak Production dikatakan cuba mencari penganti SHK dgn merisik Yoon Eun Hye iaitu heroin drama dr siri popular gak, Goong.. minah ni mmg comel, tp aku tetap kata nk gak tgk SHK jd heroinnya.. jika diambil pasangan lain ganti tempat mereka dua ni, aku x rasa impaknya sama mcm season 1st dr season 2 nanti..


hehehe.. Three Bears Song in da house..


satu lagi video.. best gak tgk.. lagu dia sedap..

P/S: baru lepas tgk filem GENG.. perrgghhh... mmg superb lah filem animasi Malaysia ni.. mmg cukup puas hati ngan produksi dia.. cukup bangga la ngan mereka yg terlibat dlm pembikinan filem animasi Geng ni.. sekalung tahniah pd sluruh krew produksi yg terlibat.. korg buat aku bangga menjd rakyat Malaysia..

Tuesday, February 17, 2009

::Tipah Tertipu dgn US::

"eh, mana bintang² dlm gambar ni?.." soalan yg penah terdetik dlm hati aku waktu sek rendah dulu time dlm pusat sumber sambil membelek buku tentang pengembaraan angkasa.. aku dulu suka baca buku² mcm ni bila dtg pusat sumber sek.. dlm buku² ini, teleskop terbesar kt dunia byk tangkap gmbr bintang kat langit.. tp pd 20 Julai 1969, Apollo 11 bersama anak kapal nya.. Armstrong, Collins and Aldrin dikatakan telah menjejakkan kaki di bulan.. depa la org pertama sampai kat sana.. bersama² dgn mereka merakamkan detik² penting dengan tangkapan beberapa keping gambar sawaktu diorg kat sana..

Paper Kosmo bertarikh 16 Feb baru² ini mengetengahkan smula peristiwa ini.. kali ni diorg mempersoalkan tentang kesahihan peristiwa bersejarah ini.. aku sbg berjuta manusia kat dunia ni pun antara yg mempersoalkan peristiwa ni.. sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun(Area 51).. menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi..

kiri ke kanan: Amstrong, Collins & Aldrin

Dlm persaingan menunjuk sapa lebih hebat ketika itu, Russia aka USSR n Amerika Syarikat berlumba nk tunjuk sapa antara diorg hebat. Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.. Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi..

Pada tahun 2008, ketika George W. Bush menjadi Presiden, dia mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.. dia diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.. huh, tu NASA yg ckp.. bg korg la.. diorg penah ke bulan.. n diorg kerap ke angkasa (stesen angkasa antarabangsa).. angka jangka masa diperlukan 11 thn utk ke bulan smula tu tak ke terlalu lama utk tunggu kan.. yer la, kita pun tau skng zaman ekonomi meleset.. mgkn munasabah gak la alasan tu kan.. ha’ah yer la tu kan.. mcm bagus sgt la AS ni pun..

Menurut satu kumpulan yg mengelar depa sbg penganut penafian (HB), Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.. kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.. agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut..

Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.. Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.. Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung..

Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan
bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu,
kapal angkasa dan pelbagai jenis batu di permukaan
di situ semua menunjuk pada arah yang sama.


TIDAK ada bintang di belakang seorang angkasawan AS
yang berjalan di bulan pada Julai 1969.


TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan
persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa
kapal angkasa tidak ada dalam gambar.


Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah
yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya
ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang
kesan terhadap permukaan di bawahnya.. kenapakah terdapat
tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan
kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.



Pelancaran Apollo 11 sebenarnya hanya mengelilingi
orbit sebelum ia kembali ke bumi.


bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari
di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya
sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk
bendera
AS di belakangnya.

P/S : credit pd informasi dr surat khabar KOSMO!

Monday, February 16, 2009

::another chapter::

Pd hari minggu baru² ni.. aku berkesempatan berjumpa smula ngan beberapa kwn lama aku.. kwn yg aku maksudkan adalah diorg dr Sek Keb Seri Kerian, Parit Buntar. Perak D.R.. waktu kecik dulu sempat sek ni dr Darjah 1 sampai 6 slps amik UPSR.. dgn diorg ni waktu darjah 6, depa kat 1st kelas lain iaitu 6 Hijau. aku waktu tu 2nd kelas iaitu 6 Biru.. nama depa aku ingat panggilan jer la.. nama penuh mmg aku x ingat woo.. hehehe.. jumpa kat KLCC tu.. dah la aku kadang² je gi sini.. dpt la berborak, huu.. lama woo tatak jumpe.. hampir² 14 tahun.. leh buat segmen jejak kasihan woo.. dpt jumpa ngan depa ni rasa mcm asing pun ada, pas tu seronok pun ada, pas tu rasa mcm nk lari pun ada, pas tu rasa mcm² la.. apapun, aku gembira jumpa diorg.. hehehe..


klu dlm gmbr atas ni.. dr kanan tu Fadhliza, Khairiah, Shikin n Hanim (yg lg sorg tu kwn depa masa sek men, aku x kenal).. antara 4 ni, si Hanim mmg aku x kenal la.. lama sgt kot sampai lupa abih.. yg lagi 3 tu mmg aku familiar skit.. masing² ada jln cite dia.. kenal sbg rakan seangkatan waktu pulun nk target UPSR dulu mmg aku x leh lupa la.. thn darjah 6 tu mcm² la ditempuhnya.. yg paling lekat dlm ingatan, masa sek tu adakan kem dipanggil Kem Mini Asrama khas utk penekanan aspek motivasi n pencapaian UPSR yg nk amik thn tu (1995).. huu.. paling rasa best sgt la time tu jd warga SKSK waktu tu.. program yg bg aku mcm summer camp.. smua aku suka la..klu ada pluang back to the future, saat tu antara yg aku nk rasai smula ngan kwn² masa tu..

dpt jumpa balik ngan depa ni bg aku janggal tp seronok.. dpt tgk depa version dh dewasa.. dulu time sekolah masing² ngan telatah bdk².. nah bila dah besar, jd lagu ni.. aku jumpa depa ni pun segan gak la sbb aku sorg jer laki yg dtg, x plan pun x buat perjumpaan besar besaran.. takat mana yg ada jer.. klu ikut hati mmg x nk gi.. tp kwn lama punya pasal.. pegi jer la.. bukan mati pun.. hahaha.. next time leh la calling² n jumpa klu ada masa..

P/S: ucapan penghargaan terima kasih(mak ayat..) pada cik Shikin sbb aku rasa sbb dia la kitorg dpt pengalaman naik Skybrigde tuh.. dia antara staff Petronas yg berkeje kat dlm KLCC tu.. korg tau opis dia tingkat brapa?.. 64 x salah aku dia kata.. huuu.. kejang kaki klu lift rosak nk naik..

Friday, February 13, 2009

::setan merah::


hola smua.. cite MU kali nih yg aku nk ulas adalah berkenaan plyr yg makin menarik perhatian peminat MU skng iaitu uncle Ryan Giggs.. plyr bernombor 11 ni baru ajer mengikat kontrak tambahan dgn setahun lagi.. dgn umur capai 35, tp prestasi dia musim ni bg aku.. marvellous.. superb, fantastic.. masih bergetah lagi walaupun umur makin meningkat, gol dia ngan West Ham United baru² ni cukup mempesonakan bg aku.. dlm hati aku, alangkah indah jika Giggs ni muda lagi.. skill dribble dia la yg x tahan bg aku.. gol terhebat dia semestinya FA Cup 1999 vs Arsenal ngan larian hebat n genius dr dia..

David Gill bersama Ryan Giggs pd sesi
tandatangan kontrak baru.


secara jujurnya, aku lebih suka klu Giggs besara pd tempoh hujung kontrak skng iaitu tamat musim 2008-2009 ni.. andai kata MU rangkul BPL kali ni.. bersamaan juga ngan nombor keramat dia iaitu kali ke-11.. bg aku, ia cukup beri makna bg diri dia dan keseluruhan fanz dia n MU.. biar dia bersara ngan penuh bergaya.. baru la lebih tinggi org memandang.. keluar ngan rekod bersih, tanpa kecederaan..

buatnya musim depan dugaan ntah mcmane nya kang.. langsung potong stim plak dia nk bersara.. bagi aku legend mcm dia, biar la dia meninggalkan nama dia waktu nama dia berada di prestasi puncak ngan umur yg sesuaian.. apapun, good luck pd Giggs pd masa mendatang.. sesungguhnya, walaupun aku dok maki n x puas hati kekadang tu.. x bermakna aku x suka Giggs ni.. sesungguhnya bila aje nama United disebut, nama Giggs dulu dlm otak aku.. betapa mendalamnya dia dlm hati United.. the true legend..

Thursday, February 12, 2009

::Saksi Tempat Kejadian::

alo smua di luar sana.. aiyaa.. lama sulah tatak jumpe.. lindu sama smua la.. ngahaha.. lu org luar sana lindu sama saya tak?.. uhuk..

ok, x de la cite per sgt kan.. cuma nk story la skit.. 11 Feb, dlm Buletin Utama saluran TV3 ada menyiarkan satu berita pd awal skali masa dia nk start news.. berita ketumpahan minyak kat jalan susur kluar kat Sungai Besi - Seri Kembangan.. jln ni mmg aku slalu guna time balik keje.. x sangka plak aritu ada news kat sini..


yg bulat tu aku ler.. hehehe.. huih.. saksi tempat kejadian tu..
yg leceh dia x temuramah aku la.. hahaha..



betol la apa yg TV3 cite tu.. mmg jln tu licin sbb tumpahan minyak kat jalan, pulak tu time hujan.. masa aku nk masuk simpang tu (atas moto aku sambil dok nyanyi lagu Hoobastank-The Reason dgn penuh perasaan, hehe..) depan mata aku ada satu scoot jatuh.. perghh.. tgk live tu.. dia punya penunggang dok guling dan guling dan guling lagi.. mak aih brapa kali nk guling aku pun x tau.. moto aku masa tu laju la tp tempat aku nk brek masih jauh ngan kwsn minyak.. kira aku bernasib baik n patut terima kasih pd mamat scoot tu.. sbb dia kasi petunjuk aku lebih awal amik tindakan memperlahankan moto aku..

dpn scoot tu dh ada kete eksiden.. nasib dia brek jatuh awal.. klu tak dah bercium la kat bontot kete tu.. aku la la tu jugak la angkat tangan kasi sign pd kete balakang supaya slow kan kete balakang.. sjibik mcm polis trafik aku buat... ngahaha.. bila aku toleh dpn balik, mamat tu dh berdiri kat bahu jalan dh.. aik pantas tol mamat tu dh tercongok kat situ.. td bukan main syok layan guling².. pas tu aku stop tepi mamat tu, aku tanya ''ok ke bang.." (intonasi tu biar betul k.. bukan gaya lembut.. ngahaha) aku pun tolong la angkat moto dia letak yamaha ego dia ke tepi jalan.. bila aku toleh dia skali lagi.. loh, mat saleh rupanya.. patut la tinggi renjong smcm jer.. dia ckp la, "thanks brother.." woo aku balas la.. "no hal punya.." hehehe... ntah paham ke idak aku pun x tau..

disebabkan aku langkah pertama aku la, kete lain yg kat blakang pun behenti sama.. baru la yg org DBKL berpeluang nk tabur habuk papan atas jalan.. klu dak.. smua main lalu jer, lantak la nk eksiden ke atau terlepas..

Sunday, February 1, 2009

::atas tarikh::

assalammualaikum n salam sejahtera smua..

huu... agak lama aku x update blog aku ni.. mcm biasa, alasan yg selalu korg n aku sendiri guna - kesibukan.. muahahaha.. yer la, ni betul punya cerita.. aku mmg sibuk skit bulan Januari.. klu ada kelapangan pun, aku x de mood or idea n tulis kat blog.. n aktiviti aku lebih kepada ushar blog kwn² yg ada.. baca yg depa punya jer.. pembukaan bulan Febuari, aku baru balik dr kampung.. huuu.. mmg satu kesempatan yg x leh dilepaskan.. dok kat kL pun haru biru, balik kampung la kasi reboot smula otak aku ni biar fresh n mantop.. ngahahaha..

bila dok kat kampung, mmg lapang abis la.. hal keje mmg tolak tepi.. yg tau makan tido jer.. mak kite pun x de la bising sgt.. dia pun tau anak aku ni nak balik nk cari ketenangan, ceewwaaahh... tp aku x de la malas abih mcm balak liat.. tolong gak la apa yg patut ngan mak ayah aku kat kampung tu.. cuti ni jugak aku byk abihkan masa kat umah jer.. aktiviti luar mmg x de.. jd anak dara aku.. ingat nk turun manjung gak jumpa sahabat aku, Rjuna ngan sorg lagi ejoy.. tp timing mcm x best.. yer la, cuti CNY.. berapa kerat sgt kedai yg bukak time mcm tu.. nk berfoya foya pun x de tempat, hihihi..


dan buat pertama kali sbg anak bujang dlm family aku, julung kali nya soalan "hmm.. skng ni x de pe pe lagi ke?.." dr mak ayah aku.. hahaha.. soalan yg buat kite kang layu kejap, pas tu tersipu sipu n buat muka x bersalah.. korg pun slalu gak kan tgk cite mlayu.. bila adegan mak ayah yg x sabar nk tgk anak dia berumah tangga.. mula la merisik pd anak sendiri, dah ada calon ke?... dan skng aku dh terasa bahang hal ni.. slalu tgk tv jer, nah skng jd pd batang hidung sdiri..

jawapan aku pd mak ayah aku, belum ada.. takat kwn² jer.. mak aku kata, x pe la.. ok la tu.. cari la pelan².. byk masa lagi.. mak bukan nk paksa hang.. ngahaha.. hihihi.. aduyai, mmg x leh blah time tu.. aku mmg segan abih ngan mak ayah aku.. dulu, masa sek rendah.. aku ada la gatal skit.. tp sejak sek men spi la skng.. aku dikategorikan sbg susah nk melekat pd pompuan.. aku ni dah la malu satu hal.. kdg² mcm x de perasaan.. ni masalah dia.. hmm.. ok cukup takat ni jer..

di kesempatan ni jugak aku nk wish slamat pengantin baru pd kwn satu jwtn aku dr kL yg baru melangsungkan perkahwinan dia ngan pilihan hatinya, Zuridan.. moga aman bahgia sejahtera di dunia akhirat..

::dinding kertas::

ok geng di luar n dalam sana, hehehe.. kali ni aku nk kongsi ngan korang satu yg aku suka kumpul dr surf internet, wallpaper.. aku ni ada simptom di mana aku suka mengumpul gmbr² yg sedap mata aku memandang.. mcm biasa, smua nya yg terbaik dr ladang.. hehehe.. korang sendiri leh copy n paste dlm komputer korg n set sendiri gmbr tu jd background desktop korg..











p/s: credit pd mereka yg punya idea n kreativiti yg tinggi shingga terhasil wallpaper class mcm ni.. ucapan terima kasih dr aku, hehehe..
Powered By Blogger