Wednesday, August 26, 2009

Bola Sepak + Puasa di Bulan Ramadhan

haa.. tgk tajuk je udah rasa mcm berkerut di dahi.. ni haa.. aku nk citekan sdikit fenomena pd para plyr bola sepak yg beragama Islam.. berapa ramai player-player(yg berpusat kat eropah) Islam yg korg kenal?.. yg kita tau pasukan kebangsaan kita jer.. sungguh pun di bulan puasa ni, tuntutan kerja sebagai pemain profesional memaksa diorg terus mengerah keringat wlupun di bulan mulia.. pakar kesihatan pasukan masing-masing mesti dok pening apakah ramuan yg sepatutnya diamalkan pemain ni utk terus kekal cergas dlm latihan mahupun swaktu beraksi dlm perlawanan sebenar.. apapun, ni bukan halangan sbenarnya utk kita langkaui ibadah puasa.. puasa tetap puasa.. jgn la jd mcm datuk sorg tu.. kenal Shah Rukh Khan.. udah ngaku terang-terang dia ada beberapa hari x puasa sbb shooting filem.. alasan dia, kena amik ubatan sbb penyakit yg dihadapi.. ok la, sendiri tanggung la kan..


Franck Ribery - Bayern Munich


Hamit Altintop - Bayern Munich


Samir Nasri - Arsenal


Karim Benzema - Real Madrid


Frederic Kanoute - Sevilla


Nicolas Anelka - Chelsea


Robin van Persie - Arsenal


Hatem Ben Arfa - Olympique Lyon


Mahamadou Diarra - Real Madrid


lain-lain player yg beragama islam : Khalid Boulahrouz - Stuggart, Nihat Kahveci - Besiktas, Hasan Salihamidzic - Juventus, Salomon Kalou - Chelsea, Emmanuel Eboue - Arsenal, dan adik beradik Toure - Yaya dengan Kolo - Barcelona / Manchester City

Tuesday, August 25, 2009

T A K E N



seorg pesara government bhgn perisikan (spy) bernama Bryan mempunyai sorg anak perempuan yg dia amat sayangi.. woo.. ayat.. hehehe.. wokeh, geng kat luar sana.. jika anda mencari satu filem yg korg rasa nk penuhi rasa keboringan korg.. aku suggest filem ni, TAKEN.. filem ni mengisahkan Bryan yg on call mendapat tahu anak dia sendiri kena culik smasa bercuti ke kota Paris.. apa tindakan dia selepas tu?.. adakah dia dpt selamatkan anak kesayangan dia tu?.. yg tu smua hang pa kat luar sana kena tgk sendiri.. cite ni best bg aku..




terus terang aku ckp.. cite ni lama dh aku peram.. x de masa nk tgk.. arini, kebetulan aku rasa nk tgk masa tunggu waktu berbuka ngan terus lajak sampai lepas berbuka.. ingatkan cite dia x best mana, rupanya layan gak.. klu kita tgk tonggak utama pelakon ni, Liam Neeson.. leh kata ramai yg kenal terutama peminat² filem aksi mcm The Dark Knight ataupun Star Wars Episode I.. Liam berlakon dlm cite ni bg aku amat class.. korg bygkan watak Jason Bourne dlm filem trilogi Bourne dengan James Bond dlm rangkaian filem James Bond yg ada.. cuma asingnya.. dia dh bersara dr perisikan n ada anak pompuan, hehehe..




moral dlm cite ni amat jelas.. terutama pd anak² gadis yg gedik kat luar sana.. yg tau suka berseronok jer.. haih.. bila tgk gmbr artis yg baru nk nama nk jd artis.. aku cukup risau la.. tu belom top lagi, pakaian.. aduyai.. udah x cukup kain.. dlm cite ni, anak Bryan ni udah la gedik pulak tu menipu ayah dia pegi Paris konon urusan bercuti sambil belajar.. pdhal dia nk berfoya-foya kat sana.. konon it's summers dad.. nasib la ayah ni ni bekas rangkaian perisikan US (staff).. tau la dia apa nk buat pas tu.. huu.. masa tu, dgn semangat kebapaan yg ada pd dia la.. aku jd semangat terus nk tgk filem ni.. bygkan suatu hari nant anak kita kena colek.. apa korg nk buat??...




Tuesday, August 18, 2009

::Selamat Menjalani Ibadah Puasa::

Assalamualaikum.. ya bulan baik makin menghampiri kita.. masa ni la kita nak amik peluang melipat kali ganda kan amalan kita.. smua dah ready?.. set.. semangat ni nk sambut bulan Puasa.. rindu la.. hehehe.. ok geng di luar sana.. selamat berpuasa di bulan Ramadhan ni yer.. jgn nakal² k.. hahaha..






Thursday, August 13, 2009

Dicintai? Mencintai?.. ntah la...


ok ada terbaca satu aritikel menarik pd sesapa yg sedang bercinta.. credit pada adik nurul yg kasi link artikel ni.. bila baca one by one, kena batang hidung aku sendiri bila symptom² ni pernah hadir tika menyintai seseorg(dahulu..).. apapun, pernah ke org yg kita suka tu sedar akan symptom² kita hadapi yg berpunca dr diri dia??.. especially, kaum hawa.. klu korg nk tau diri korg sdg dicintai ke atau tak oleh sang teruna.. nk tau si dia tgh angau kat korg ke tak.. check it out..



  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya..
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya..
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah..
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu..
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat berhujung minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu..
  6. Jika kamu menyambut hari lahir dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS..
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya..
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata kamu di hatinya..
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya..
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu..
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu..
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa..
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya..
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu..
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'..
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih..
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu..
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi..
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu..
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya..
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya..
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu..
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..
haa.. ok apa korg rasa skng.. tepuk dada tanya la hati k.. jika ada alami dan kebanyakannya ada dr list kat atas tu berlaku pd korg dan si dia.. si dia minat kat korg la tu..



Wednesday, August 12, 2009

Asah bakat ngan Photoshop


tak aku sangka.. cempedak jd nangka.. hehehe.. minggu ni aku berjaya meng'upgrade' skil Adobe Photoshop aku selangkah lagi.. apapun, credit aku ucapkan pd Cikgu Sham - Penyelaras Bestari sekolah tempat aku bekerja dan juga rakan² sekerja iaitu Cikgu Azuan, Roslan, Yusman dan Amir.. depa ni antara penyumbang inspirasi aku dlm membuat langkah aku lebih jauh dlm photoshop ni..

utk web sek.. atas kepercayaan Cikgu Sham, disuruhnya aku buat Banner Web sekolah.. kat blog aku plak, ngan kreativiti yg aku ada.. tu la jd nya banner blog aku.. skil yg x seberapa tp bila tgk hasil dia mcm nk riuh sekampung, hahaha.. aku dulu mmg haram langsung x reti photoshop ni.. tp berkat nk belajar n ingin tahu.. skit² ilmu dia aku belajar..

Thursday, August 6, 2009

H1N1 : guna la Sanitizer..


haa.. kali ni aku nk kongsi sedikit info.. berkenaan H1N1.. arini aku diperkenalkan akak² aka cikgu² kat sekolah tempat keje aku.. masa borak hal virus yg x dijemput ni diundang jauh skali la, ada cikgu perkenalkan satu produk kesihatan yg baik utk mengelak dr terkena virus ni.. ya tuan² puan².. perkenalkan Dettol Sanitizer.. huu.. gempak gak nama dia.. leh buat nama band ni.. hahaha..

depa kata.. dengan menggunakan benda alah ni.. leh la kita mempertingkatkan kesihatan dan kebersihan pada tangan kita.. bakteria pun tiada.. hehehe.. dgn setitik aje pd tapak tangan.. pas tu ratakan pada seluruh tangan.. haa time ni best.. korang akan rasa nikmat sejuk je.. huhuhu.. pas tu aroma wangi dr Sanitizer ni pun best.. layan jer.. pas tu biarkan ia kering jap..apa yg menarik benda ni.. benda ni x mendatangkan mudarat pas tu.. walaupun memegang makanan pas tu.. makanan x kena kesan sampingan pe pe pun.. tp molek la kita mulakan makan dgn membasuh tangan dulu baru makan.. tp dia nk tunjuk la betapa Sanitizer ni mesra pada penggunanya..

dan balik dr keje.. terus aku gi Jusco umah aku.. singgah Watson's beli menatang ni.. hehehe.. RM4.50.. ok la.. utk kebersihan.. skali skala beli menda ni utk diri sendiri.. korang pun leh la amalkan cara hidup sihat ngan Dettol ni.. mmg kita sedia maklum Dettol adalah jenama kesihatan sekeluarga yg lama kita kenal dh..








p/s: baik punya promote.. x kan x de pe pe kot Mr. Dettol.. kurang² belanja makan ke utk satu sekolah aku.. ha ha ha..

Wednesday, August 5, 2009

Lirik kali ialah..




Sinaran mata.. cerita segalanya..
luka lara terpendam.. memori semalam..
tinggal segala cinta.. tiada kembalinya..
abadi kasih kita.. kau bawa bersama..

mimpi indah mekar.. saat cinta bersemi..
sedetik asmara syurga, selamanya..

pergilah rindu ku..
hilangkan diri mu..
tak sanggup menanggung..
derita di kalbu ku..

pergilah sayang ku..
bangunlah semula..
semangat cinta ku.. membara..
kerana dia, tiada niat ku..

tersemat jiwa.. setia bersamanya..
cinta murni berdua.. beribu tahunnya..

mimpi indah mekar.. saat cinta bersemi..
sedetik asmara syurga, selamanya..

pergilah rindu ku..
hilangkan diri mu..

tak sanggup menanggung..

derita di kalbu ku..

pergilah sayang ku..
bangunlah semula..

semangat cinta ku.. membara..

kerana dia, tiada niat ku..

maafkan daku, duhai kasih..
izinkan ku pergi..


p/s : bulan ni, pilih lagu Kaer - Izinkan ku pergi.. lagu ni amat kena ngan diri aku skng.. ada cerita yg aku x leh nk cerita.. tp klu dgr lagu ni.. korg leh paham.. cerita lama berulang kembali.. parut baru sembuh, berdarah kembali...

Tuesday, August 4, 2009

dr Jerebu ke H1N1..

agak lama aku x post kali ni.. sory la.. alasan skema mcm biasa, sibuk n malas.. hehehe.. utk bulan ogos ni, pelbagai rencana bakal berlaku dlm hidup aku ngan korang kat luar sana skali ni.. iaitu menyambut bulan ramadhan juga sempena hari kemerdekaan negara kita tercinta, wah wah wah.. ayat.. hehe..

tp cite yg aku nk utara kali ni, tentang masalah jerebu ngan H1N1.. huu.. dua masalah yg bg aku kritikal dlm hidup kita skng ni.. yg jerebu hal sedia maklum la.. pembakaran secara terbuka di sana sini dgn alasan pembangunan serta pertanian.. susah la bg aku nk alami hidup yg sihat skng ni.. segala aktiviti kena diterhadkan dek udara yg x berapa sihat utk kita..

dan lagi, H1N1.. memula smua mcm endah x endah je.. sehingga ke hari ini, 8 dh maut dek penangan virus yg dulu org panggil 'selsema babi' kt Malaysia skng.. dtg nya dr benua Amerika Tengah iaitu Mexico pas tu merebak secara berperingkat ke benua-benua lain termasuk Asia.. aku dh mula x karuan ngan virus ni skng.. ni kira kes naya woo.. x pasal² kena virus ni.. klu AIDS x pa la kita leh elak ngan x lakukan kerja terkutuk.. tp virus ni x kira org, berdosa ke atau x berdosa pukul sama rata jer..

sempena bulan ramadhan yg bakal menjengah tiba ni.. aku harap korang dpt mengerjakan ibadah kali ni ngan sempurna.. tu harapan tu, hehehe.. lain, amalkan la cara hidup yg sihat.. jgn terlampau mendedahkan diri ngan aktiviti luar sgt.. aku doakan seluruh kaum keluarga ku, sanak saudara, sahabat² serta rakan² terhindar dr penyakit H1N1 ni, amin..


p/s : buat sahabat aku, Ejoy.. dia maklumkan pd aku dia bakal menjadi bapa x lama lagi.. huu.. dpt baby la dlm keluarga dia nant.. tahniah bro..
Powered By Blogger