Wednesday, March 25, 2009

Super Bagak Railway Model


Sapa kat sini dulu masa kecik² ada set model kereta api??.. hehehe.. aku antara yg bertuah la penah dpt hadiah set mainan nih.. berwarna merah n siap masa memula beli tuh, serombong asap dia mampu keluarkan asap utk beberapa kali main.. pas tu.. mana asap dia??.. ayah aku geleng kepala.. hihihi..

hari ni, melalui website The Sun dr UK ada menyiarkan satu berita menarik perhatian aku.. berita ni dr Hamburg, Jerman sana ada satu tempat di mana menjadi tarikan pelancong utk dikunjungi.. diberi nama
Miniatur Wunderland, tempat di mana satu set replika laluan keretapi - The most biggest in the world and paling terperinci aka paling detail la senang kata..

Set dianggarkan £8 juta pound sterling ni, dibuka pada pengunjung utk menyaksikan sendiri set ini secara lebih dkt.. memiliki
6 batu panjang track keretapi di dalam kawasan 1,150 meter persegi.. hah, apa lagi.. 700 jenis keretapi beroperasi dlm set ni..


Frederik and Gerrit Braun, adalah adik beradik kembar dan juga org yg bertanggungjawab dlm mewujudkan set dunia khayalan ciptaan mereka ini..tempoh yg mereka berdua ambil adalah 9 thn utk membentuk set yg seadanya skng.. huuu.. lama tu..

byk gambaran seakan beberapa bandar di dunia.. dan tempat yg menarik perhatian sekali adalah sperti pergunungan Rushmore (yg ada muka Abraham Lincoln bersama muka bekas² di awal pemerintahan US..), Las Vegas n Grand Canyon..

selain kereta api.. set lain yg terdpt dlm model ni adalah 4,000 pelbagai jenis kenderaan, 160,000 bentuk mcm manusia contohnya, boat, cable car pun ada woo..

tempat ni masih lagi dlm pembikinan dlm memperbesarkan lagi kawasan nya sehingga mencapai 1,800 meter persegi.. dijangkakan siap pd thn 2014 dgn 13 juta pelbagai track siap..

korg klu berkesempatan melancong ke Jerman.. jgn lupa gi sana yer.. ushar sendiri ngan mata kepala sendiri.. aku pun teringat gak la nk tgk tempat mcm ni klu ada pluang..


ada kapal terbang lalu di kawasan Grand Canyon..

satu pemandangan menarik..

jgn memain, siap ada sistem kawalan berkomputer tuh..
dikawal oleh petugas diorg..

Konon² di satu kawasan kat Switzerland,
yg selalu kawasan nya jd tapak konsert..

hah.. perhati n ushar la sendiri model ni ngan lebih dkt..

ni la Mount Rushmore,
hah.. mana satu Abraham Lincoln klu korg pandai..

huh.. mmg nampak real woo.. ni di kala mode malam..
bandar ngan kilauan lampu mmg menaik seri model ni..

ni la adik beradik kembar tu.. Gerrit & Frederik Braun..

Monday, March 23, 2009

Di mana 'kan ku Cari Ganti


Bintang Lagenda.. itu la kita berikan panggilannya skng pd Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.. yg pergi tidak berganti² lagi..

kenapa aku tetiba ungkit cite ini.. bebaru ini, kwn sekolah lama (
ekin) minta carikan lagu 'Di mana 'kan ku Cari Ganti' utk digunakan pd satu majlis syarikat dia.. aku pun tolong la sedaya yg aku mampu.. n aku jumpa lagu yg dicari melalui pertolongan satu portal pop+ular bg aku, hehehe..
'Di mana 'kan ku Cari Ganti' adalah lagu yg dimainkan dlm filem 'Ibu mertua ku', klu dlm bahsa omputihnya.. Ohh.. my mother in-Law.. hehehe.. filem ni pun layan gak.. huu..

"ku hairan mengapa Tuhan menjadikan dikau sbg manusia.. adalah lebih baik jikalau kau menjadi haiwan.."

lagi..
''Alaaa Kassim maafkan aku, Kassim?!.."

lagi..

''mari combi.. mari kita pergi.. pergi jauh dan tak kembali lagi di sini..''


di antara dialog filem yg aku ingat dlm ingatan aku yg aku seakan ingat² lupa, hehehe..


dan di sini aku nak kongsi la satu cebisan menarik utk kita tatap bersama.. pertama kali aku hayati dan dgr lagu instrumental 'Di mana 'kan ku Cari Ganti' ni.. terus tangkap jiwa aku.. Bolshoi Orchestra lah yg memainkan smula ngan gaya mereka lagu Tan Sri ni.. diorg mmg leh kata masuk la.. kejap rasa mcm syahdu jer some part tuh, some part tu lak mcm naik jer bulu roma aku.. huu... bila aku search guna pakcik google, Okestra ni mcm dr Russia.. huu.. Lagu Tan Sri sampai ke sana org bawa lagu dia..

bg yg nk dgr lebih lanjut lagu instrumental ni.. korg download la melalui link yg aku dpt ni.. n cuba hayati.. peerrgghh.. terkasima korg mendgr bawakan dr Okestra ni.. 2nd link tu lak adalah lagu asal dia.. saja kasi skali.. haa.. layan la lirik dia skali..

oleh: P.Ramlee/S.Sudarmaji


Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalau dah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesunyian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hati mu membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkan di syurga
Untuk teman ketawa
Menangis bersama
Selama-lama..


Bolshoi Orchestra - Di mana 'kan ku cari ganti[instrumental]

Tan Sri P. Ramlee - Di mana 'kan ku cari ganti


mari sedekahkan Al-Fatihah pd Arwah..

P/S: credit pd nonfinger, jwg geng sharing crew atas mp3 instrumental...

Friday, March 20, 2009

Setan Merah : Champions League Draw


kita lupakan seketika kekalahan MU pd Liverpool.. kita beralih lak pd Champions League yg baru aje berlalu proses cabutan bg peringkat suku akhir nanti.. tempat berlangsung nya proses ni berlaku kat Nyon, Switzerland.. huu.. aku x jangka la cabutan kali ni jd mcm ni.. agak menarik utk diperkatakan tentang kedudukan pasukan yg akan bertemu antara satu dgn yg lain..


yg menarik perhatian tentulah quarter-final 3 di mana Liverpool akan bertemu Chelsea skali lagi dlm kejohanan yg sama buat kali ke brapa?... ntah.. rasa aku kali ketiga la campur yg ni.. huu... mmg trill abih la.. niat Lampard utk elak bertemu awal ngan KOP ternyata meleset.. Frank & Co. terpaksa melalui mimpi ngeri ni awal lagi dlm buruan mereka ke final.. mampukah mastermind taktikal Rafa Benitez bersaing ngan kehebatan Nujum Guus Hiddink yg berjaya menukar tuah kelab milik Roman Abramovich..


pas tu, Manchester United.. hmm.. bertemu ngan Porto dr Portugal.. Title holder 2004 bertemu ngan juga juara 2008, Manchester United.. sewaktu thn 2004, Jose Mourinho memimpin Porto menunjukkan MU jalan kluar awal.. dan kali ni, tanpa Mourinho yg baru ajer kalah ngan MU ketika ngan Inter, Porto sendiri akan bertemu ngan Red Devil.. huu.. memula bertemu ngan ex-manager.. skng ngan kelabnya sendiri..

lain-lain.. Barcelona vs ngan Bayern Munich.. Villareal vs Arsenal.. let the game begin..

Glory Glory Man United..

Wednesday, March 18, 2009

Saya : Manusia Robot

menarik bg kali ialah, tercipta satu inovasi baru dr Jepun selepas Asimo.. iaitu model pertama (x pasti adakah ini adalah ciptaan pertama manusia..) manusia robot "cybernetic human" HRP-4C yg dicipta oleh Hiroshi Kobayashi seorang professor dr Universiti Sains Tokyo.. robot bermimik muka seorang wanita jepun mampu melakukan beberapa raut bentuk wajah seperti wanita sebenar.. elemen marah, terkejut, sedih, senyum dan lain-lain boleh dilakukan oleh robot wanita ini selain mampu berinteraksi secara bersahaja.. robot ini akan bekerja untuk Universiti sbg receptionist at the university's front desk in Tokyo, Japan.. perrgghh.. dh ada kerja dah utk dia di sana.. hmmm.. ohh yer.. klu sapa nk tau nama dia.. dia bernama Saya..

Saya

dipamerkan pada para wartawan..

melakuan demo pengucapan awam.. wah wah wah..

gerrrr..... hhmmm.... oohhh....

haa.. dia dia versi x de kulit muka.. ngeri siot...

bersama penciptanya.. Professor Hiroshi Kobayashi

''Selamat datang ke universiti Sains Tokyo.. boleh saya bantu anda..''
haa.. gitu la kot lebih kurang ayat sambut tetamu dr dia.. hahaha..


Monday, March 16, 2009

kUaNTaN'09


hehehe.. ni post ketiga aku berturut turut lepas baru jer post aktiviti sekolah aku n cerita kekalahan MU.. & cerita seterusnya kali ialah pemergian aku ke rumah sahabat aku, Ejoy di Kuantan Pahang sana.. huu.. klu nk ikut cite, mmg lama dah Ejoy ni ajak aku bermalam di rumah dia.. dan sempena dia dh nk kawin ni, aku penuhi la hajat dia bertandang ke rumah dia swaktu dia tgh bujang lagi ni, hehehe.. bersama-sama sorg lg shabat aku, Rjuna kami plan cuti sama² gi umah Ejoy.. alhamdulillah.. apa yg kami rancang bersama akhirnya terlaksana juga.. hahaha..

aku pun sbenarnya x penah gi Kuantan ni.. pantai timur mmg asing buat aku kerana faktor terbesarnya, kaum kerabat aku bukan dr belah sana.. klu ada pun, mak ngah belah ayah aku.. tu pun kat area Jengka.. hhmmm.. lama dh aku x lawat mak ngah aku kat sana.. aku smpi Kuantan seawal 5.30pagi.. aku bertolak dr KL kul 1.00pagi.. hmm.. leh tahan gak kan pemandu bas nya.. dan pagi² tu Ejoy dh plan bawa kami berdua bersiar² kat area Terengganu.. huuiiyyooo...

sepanjang jalan kitorg ke Terengganu.. suasana jalan amat tenang n lapang.. aku rasa best jer sepanjang melalui jalan raya menuju ke T'ganu.. lalu area kampung, lau area pantai, lalu area petronas.. huuu.. best je feel dia.. sambil sembang² ngan dua sahabat aku n dgr radio.. mmg x boring la.. ada singgah tempat jual keropok lekor kelelut.. huuu.. betol la kata Ejoy, dia punya keropok mmg tip top.. marvellous.. masih lagi aku terbayangkan aroma dan rasanya keropok lekor tu, hahaha.. aku borong la skit keropok ni buat bekalan kami berjln ke T'ganu.. mmg terisi sungguh masa kami sepanjang berjalan kat sana.. gi Pantai Kemasik, Masjid terapung T'ganu, Muziumnya, Masjid Kristal nya.. pasar Kepayang.. huu.. naik lengah la kaki ni berjalan ajer..

bg aku , saat² berkualiti mcm ni la aku amat hargai dan ingati.. bersama² ngan sahabat aku, Ejoy n Rjuna.. bukan senang kami nk kumpul sama² ni lagi.. pada Ejoy, aku cukup berasa terharu la ngan layanan dia buat kami berdua.. huu.. cukup bersyukur aku bilamana Tuhan bagi aku sahabat mcm dia.. x lupa juga buat Rjuna.. ko pun sama.. moga kita dpt jumpa mcm ni lagi...

Setan Merah : Kalah


pd hari sabtu baru² game paling mendebarkan yg perlu dilalui oleh MU berlawan ngan Liverpool.. aku pulak aritu x berpluang nak menonton siaran secara langsung perlawanan ni disebabkan aku berada di tempat lain pd mlm tu.. jd aku, pd waktu tu.. hanya mengharapkan keputusan berpihak pd MU la kan.. dlm x tgk game tu, bermacam² aku dok pikir akan result game ni.. waktu aku x tgk game ni, aku bersama ngan sahabat aku Rjuna yg juga peminat setia MU dan juga Ejoy..

dan sepak mula dimulakan.. apa yg aku harap ketika tu pd mulanya berjalan ngan baik.. dikatakan Ronaldo berjaya mendapatkan gol pertama MU pd ketika itu.. tetapi Liverpool menunjukkan karekter sebenar mereka swaktu menundukkan Real Madrid tetap ada dlm jiwa plyr nya.. mereka x mudah patah semangat.. hmm.. pengajaran paling berguna buat MU..

sblm dan selepas perlawanan, Fergie telah memboikot sidang media bg pihak MU.. Fergie sbenarnya x puas hati ngan FA sbb game diadakan pd hari sabtu.. jadual dikatakan berkelebihan pd Liverpool sbgmana pd hari selasa bertemu Real Madrid tetapi MU berhadapan Inter Milan pd hari Rabu.. Liverpool lebih bersedia n segar utk berhadapan barisan MU yg lewat utk mendapatkan stamina dan rehat spertimana KOP..

Analisis: Man utd v Liverpool

dan ulasan aku utk kekalahan ini, bg aku molek gak la la MU kalah buat seketika.. ada pro n kontra dia bagi kekalahan ini.. bg aku, aku pandang dr sudut positif.. kekalahan ni ada makna nya.. dan aku harap MU can bounce back on track n get their momentum to get higher.. MU kalah bukan ngan kelab bodo².. the only Rival that always give a push n harder to MU.. baru la plyr kembali berpijak pd bumi yg nyata.. kang lama sgt dongak ke langit pun x leh gak.. moga kekalahan ni akan memberi impak sbgmana MU penah kalah ngan Arsenal 2-1 then their running best ever had.. the question is, can their response from this defeat?.. wait n see..


on spot.. Ronaldo..

meraikan gol sblm malang menimpa..

Vidic kena kad merah..

Rooney tunduk hampa..
hmm.. tu la ckp deras sgt..

Kem Kepimpinan


ok smua.. kali ni aku nk cite skit tentang aktiviti tempat keje, sekolah aku bebaru ini.. kem motivasi kepimpinan diadakan utk murid² nya bagi yg memegang jawatan penting di sekolah seperti pengawas sekolah, pengawas perpustakaan.. kem ni dijalankan di satu tempat yg agak best gak bagi aku.. kem yg diberi nama Seri Raudhah, Gombak ni dkt area UIAM n Lebuhraya Plus KL-pantai timur.. huuu.. leh kira, masih terpelihara lagi la kawasan dia ngan keindahan alam.. masa mcm ni la aku nak utk release tensen n menikmati keindahan alam.. hehehe..


murid² diberikan motivasi dan keilmuan daya kepimpinan bg persediaan mereka memimpin kwn² mereka yg lain.. dengan ini moga makin terserlah sifat pemimpin dan ketokohan masing².. itu la yg diharapkan dan matlamat pihak sekolah terutama cikgu² diorg sendiri bg murid² ni smua.. dan lagi, ni la kelebihan nya bila aku berpeluang bekerja dlm aliran pendidikan.. klu sekolah tu ada aktiviti luar mcm ni leh la aku join sekaki.. klu duduk kat tempat lain mana mungkin ada pluang mcm ni nk ikut aktiviti luar.. huuu...

Thursday, March 12, 2009

Setan Merah : Maybe next time Jose!

Wokeh.. aku x tau mana nk mula.. but i feel what?.. it was fantastic Jose Mourinho?!!.... hahaha.. ok geng, Man Utd telah mencatatkan keputusan 2-0 mengatasi Inter Milan di Old Trafford. sblm perlawanan bermula, bermacam² news n kenyataan psikologi dr pelbagai pihak especially, the special one Jose Mourinho.. buat fanz MU di luar sana, sapa x kenal mamat bernama Jose ni kan.. dia antara villian MU paling menarik n psiko setakat ini selepas Arsene Wenger.. 5 thn sblm ini ngan Porto n Chelsea, pelbagai cara n cerita diterjemahkan antara Mourinho n Man Utd.. n mlm smlm, moment of truth..

sblm sepak mula, game mlm tu aku x jangka nk tgk live sbb mlm tu aku ada kerja kat tempat kerja aku.. slalunya, klu ada live cast pagi.. aku akan tdo awal utk bekalan bertahan di pagi tu.. tup tup, terjaga kul 3.30 pagi.. perghh.. tetiba mcm terminum air Red Bull.. awak terus cergas pdhal tdo baru 3 jam jer.. mata jd terang terus bgn tdo capai remote control tv, hehehe.. ini la dikatakan, klu dah minat tu.. usahlah nk kata apa.. mmg semangat smcm jer walaupun x cukup tdo..

barisan diturunkan oleh Fergie pagi tu bg aku amat balance.. kehadiran Scholes n Giggs memberikan sdikit kelebihan pengalaman dlm pasukan.. Ronaldo n Carrick is ok for me.. they great lads.. back four plak, O'Shea-Ferdinand-Vidic-Evra.. mmg diduga barisan mcm ni.. gagah lagi kukuh bersama van Der Sar.. forward plak mcm biasa target-man Dimitar Berbatov n braveheart Wayne Rooney.. hehehe.. Inter Milan plak mcm biasa melalukan beberapa perubahan posisi n pemain utk 2nd leg ni..

Man Utd v Inter Milan


0-0 1st leg, MU perlu memulakan permainan tu ngan gol awal.. nyata diorg x menunggu lama apabila minit ke-4 permainan.. dr sepakan penjuru yg diperoleh dr Giggs.. Vidic memperdayakan n melepaskan diri dr marking Vieira, tandukan menarik dr Vidic menghasilkan gol pertama MU mlm tu.. meloncat aku masa tu jugak.. hahaha.. gegar la jaring Inter buat seketika.. sepanjang 1st half.. dua team ni bg aku main berani.. main open game, saling serang balas antara satu sama lain.. aku ingat ke ada la gol ke-2 menyusul tp hampa hingga tamat babak pertama..

2nd half, awal babak mula serangan MU menjadi lagi.. bermula dr kiri serangan MU, Rooney memperdayakan pertahanan Inter ngan melakukan crossing n Ronaldo x semena mena in right time in right place.. GOOLLLLL?!!!... tandukan menarik dr Cristiano Ronaldo.. huuu.. lagi gol awal dtg mengejut pd 2nd half.. Inter lom panas lagi kot, dan MU mengambil kesempatan dr kelekaan lawan.. hohoho.. sory Jose, your r not fantastic anymore...


game mlm tu, plyr yg mencuri tumpuan aku.. Ryan Giggs.. huu.. i cant stop thinking if he still young.. mlm tu dia mmg all out form.. klu 10 tu, 9 markah pd dia.. sabit la dia berstatus kapten pasukan.. memberikan tenaga n visi dlm permainan genting mcm ni.. makin tua, makin menjadi plak pakcik Giggs ni..

ok, jom layan beberapa keratan gambar dr ManUtd.com..


Gol pertama, dr Vidic..

Ronaldo mlm td asyik jd bahan bentesan dr plyr Inter

Evra make a challenge to Stankovic..

heyyy yeaahhh...

Wooooo.... another goalll..

Sunday, March 8, 2009

Zawazi - Di Setiap Nafas Ku

Ok, skali lagi aku post lirik lagu utk kali ini, lagu kali ini bertajuk di setiap nafas ku nyanyian pendatang baru Zawazi.. mulanya aku pun x tau wujudnya penyanyi bernama Zawazi ni.. sama sitausi bilamana lagu Sonata Musim Salju bermain di corong radio tp org blur sapa la mamat yg nyanyi lagu tu iaitu Hazami.. klu korg nk tau lebih lanjut info tentang penyanyi ini, korg leh guna google n search aje guna nama dia, akan menunjuk profile dia melalui laman Myspace..

memula aku dgr lagu ni, aku ingatkan lagu lama.. sbb melodi dia.. mmg nampak lentok melodi 90an.. aku mula dgr melalui rakan sekerja aku kat sekolah yg selalu dgr melalui laptop dia, Cikgu Roslan.. memula aku x suka lagu ni, pas tu bila asyik dgr n tanya dia.. baru tau lagu ni adalah lagu baru.. apa lagi, mencari la aku lagu ni.. hahaha... lagu ni mmg lain la dr lagu balada era skng mcm dr penyanyi Kaer, Imran Ajmain, Faizal Tahir n seangkatan.. sbb melodi dia yg ketara sangat n lirik dia yg mmg nampak lama (lirik mcm lagu era 90an).. lagu ini gubahan dr Rosli Ahmad.. ok jom layan lirik dia plak..

di setiap nafas ku.. yang ada hanya kamu..
dan di tiap penjuru.. di situlah wajah mu..
jadi penyeri kalbu.. penyembuh luka ku dulu..
aku.. rindu kepada mu..

bukan hanya ungkapan.. atau madah hiasan..
diserah keikhlasan.. kejujuran..
sudilah kau terima.. diri ku seadaanya..
moga.. kita 'kan bahagia..

segunung emas dan permata..
pasti tiada berharga..
andai.. kita tidak bersama..
meski sedetik bersama mu..
ternyata berharganya bagi ku..
jadi kenangan seumur hidup ku...

[c/o]
pasti ku genggam erat..
dengan seluruh kudrat..
cinta mu 'kan terpahat..
ku jadikan azimat...

takkan ku lepaskan lagi..
cinta mu yang nyata suci..
moga ia 'kan abadi..
di bawa ke sana nanti..

repeat c/o

di setiap helaan.. nafas yang ku hembuskan..
diserah keikhlasan.. ketulusan..
sudilah kau terima.. diri ku seadaanya..
moga.. kita 'kan bahagia..

repeat c/o

PDRM Hot Pursuit

baru² aku ada dpt satu mel menyatakan yg Polis DiRaja Malaysia akan menerima beberapa buah kereta Mitsubishi Lancer Evolution X.. perghh... memandangkan saban hari asyik kuar jer kete meningkat prestasi di pasaran, nampaknya PDRM melangkah setapak dlm menyaingi dan meningkatkan prestasi kereta peronda mereka.. dikatakan kereta peronda Evo 10 ini akan ditempatkan dan tumpuan operasinya pd jalan² lebuhraya sekitar Malaysia tidak lama lagi..


nampak gaya, para pemandu kereta berenjin tinggi sperti BMW, Mercedes Benz mahupun hot import tuner mcm Skyline, Fairlady, RX8 dan seangkatannya akan mula diburu bayangan kekuatan Polis Peronda PDRM (Helang).. boleh la diorg melupakan hajat mereka meng'ayam-ayam'kan kete Polis terdahulu mcm Waja n Perdana..

Wednesday, March 4, 2009

cAmELiA

Camelia ini bukan dr Sweet Charity.. Camelia ini juga bukan anak Puan Kamariah yg duduk area Shah Alam sana.. hahaha.. apa aku ckp ni..

wokeh geng smua.. kali ini aku nk post satu lirik lagu yg berjaya menarik perhatian aku.. lagu yg dinyanyikan oleh Irwansyah.. aduh, lagu baru dia kali ni yg tajuk dia 'ku tunggu janda mu' mmg aku x leh terima.. mcm tu pun leh jadi tajuk lagu dia.. hehehe mgkn kreativiti terlampau sgt kot..

dan lagi, apasal la kat indon ni byk benor buat lagu berbau skandal yek.. teman tapi mesra, kekasih gelap ku, Sephia.. Irwansyah-Camelia pun sbuah lagu skandal yg liriknya secara terang menceritakan pujukan si lelaki pd bekas kekasihnya agar melupakan dia..


Camelia... maafkanlah aku
Karena ku tak bisa temani tidur mu
Camelia... lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku

Kau... wanita terhebat
Yang pernah singgah di hati ku
Kau... wanita yang tegar
Aku mohon lupakan aku

[*]
Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati

[**]
Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasih ku pun tahu
Kau pernah menjadi simpanan ku

Camelia…

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hati ku

Back to [*][**]

Back to [**]

Camelia…

Monday, March 2, 2009

Setan Merah


yeah, bulan mac ini Manchester Utd memulakan langkah kanan diorg ngan mengondol Piala Liga (Carling Cup) ngan menewaskan Tottenham Hotspur di Stadium Wembley ngan berkeputusan penentuan sepakan penalti 4-1.. aksi babak penuh kelihatan kedua-dua pasukan saling mengasak tanpa segan n malu utk membuktikan kejaguhan masing².. permainan yg menghiburkan amat jelas skali dipamerkan oleh kedua-dua pasukan ngan beberapa percubaan menarik dr plyr utama seperti Cristiano Ronaldo n Aaron Lennon..


ewah, ulasan.. hahaha.. smlm aku antara peminat MU yg menonton siaran langsung perlawanan finale Carling Cup ni.. aku memilih tgk kat kedai sbb ramai peminat berkumpul kat situ.. tgk sorg² kat umah rasa x de feel.. mmg rasa x rugi gak la tgk game ni (sbb menang, cer kalah tgk..) wlupun ada sorg dua ply MU menunjukkan aksi dibawah keupayaan sebenar (cukup bengang tgk Tevez main smlm).. hold ball serba x kena.. bila ada org assist ntah mana² dia duduk.. bila nk mula magik dia mcm bodoh² alang.. apa kena la Tevez ni.. bila kasi pluang main, main la tol².. aku rasa x lama dia ngan MU ni.. owner dia mintak 30juta pound utk dia kekal ngan MU, aku x rasa Fergie akan pertimbangkan..

plyr lawan yg berjaya menarik perhatian aku semestinya Aaron Lennon.. winger Spurs ni mmg x ingat speed dia.. brapa kali Evra ter miss marking dia sbb speed n vision yg ada pd Lennon ni.. dia mmg guna sepenuhnya kudrat dia yg kecik tu utk memperkotak katikkan sebelah kiri MU bila Spurs mulakan serangan.. sapa kata badan kecik x leh main bola (perli plyr Malaysia ni, kasi boo pd FAM..).. klu kena cara n mindset betul, mmg leh main..

ok, Glory Glory Man United.. kita ikuti beberapa keratan aksi yg diambil dr manutd.com..
2 down, 3 to go...

fuhh... api tuh..

amik feel dulu..

Cup yg menjadi rebutan sblm perlawanan bermula..

Ronaldo dikenakan Kad Kuning dikatakan sengaja rebahkan badan..
yer la tu Ref..


Ben Foster, GK Man Utd beraksi cemerlang
ngan menidakkan cubaan Jamie O'Hara


Reaksi selepas....

Wooo... kita juara..

Ole, Ole, Ole...

the new hero is born..

bakal ditawarkan kontrak 200,000 pound per week
pakcik kayooo...


coming up next, FA Cup.. UEFA Champion League
and Barclays Premier League..

Cari Kerja

bulan mac, aku mulakan entry blog aku kali ni ngan fenomena yg tak asing lagi yg sedang berlaku di seantero dunia ketika ini.. bukan kerana penyu menangis kerana menetas telur nya, bukan juga kerana kejap hujan kejap panas di kawasan kita.. tapi sbb makin ramai org skng menganggur sbb x de keje.. huhuhu (apa yg aku ckp kan ni..).. pagi ni aku terbaca berita menarik kat KOSMO! (aku mmg suka baca paper ni kat tenet pagi²..)

Kehadiran beribu-ribu pencari kerja termasuk bekas bos syarikat menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya sejauh lapan kilometer di sini untuk 'merebut' hanya 150 kerja kosong di sebuah zoo, lapor sebuah akhbar UK semalam.. Lebih 3,000 daripada mereka beratur panjang untuk mencari kerja di Zoo Twycross di wilayah Warwickshire, Britain bermula pukul 9 pagi kelmarin walaupun sesi temu duga hanya bermula dua jam kemudian dan berakhir pada pukul 3 petang..

tgk betapa sukarnya ketika ini utk dpt kerja.. aku jua penah lalui sgt mcm ni.. mmg perit bila dipikirkan kembali.. jd aku bersyukur sgt la ngan kerje aku skng wlupun x de la semegah mana, tp janji ia adalah pekerjaan.. kdg² terpikir gak ngan gaji seciput jer, tp kena rasional dlm dunia skng yg x leh sgt demand dlm kerja.. ker ja jer ngan ikhlas n jujur.. pesan mak ayah aku, aku akan ingat sampai bila²..

Powered By Blogger