Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri


Assalammualaikum.. dlm beberapa hari lagi nk beraya kita semua ni.. pertama-tama, izinkan aku mohon ampun maaf pd korg kat luar sana.. andai diri ini penah membuat korg terasa tanpa sedar atau sengaja.. penah buat silap dan terlanjur perbuatan + kata.. sepuluh jari aku susun memohon maaf.. huu.. syahdu la plak hehehe..

pada yg akan pulang ke kampung, melalui sendirian berhad terutama-tama nya.. berhati-hati la di jalan raya..ikut hati mati, ingat² la org tersayang(
ni aku tuju pd diri aku jugak, hehe..).. take care la diri korg masing².. sendiri mau ingat ya..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...






Sunday, September 13, 2009

Goong


apa rasanya bg org pompuan, tetiba ditakdirkan dirinya menjadi sebahagian dr kerabat di raja.. haa.. kali ni, drama korea yg aku nk ketengahkan pd korg, Goong.. sbuah drama cinta darah muda antara org kebanyakan dan kerabat di raja yg menghadapi arus tradisi, politik dan muslihat. diceritakan ketika itu, Korea adalah sebuah negara raja berpelembagaan(mcm Malaysia jer) dan institusi keluarga di raja ditempatkan di kawasan dipanggil, Goong..


Drama ni dimulakan Raja memerintah ketika tu dikatakan gering mengidap penyakit yg mampu menganggu pemerintahan.. keluaraga di raja melalui pemaisurinya berpendapat, putera ketika itu perlu melangsungkan perkahwinan demi menyambung tradisi pemerintahan di raja.. Populariti pd pemerintahan ketika itu yg menunjukkan penurunan dr sokongan rakyat jua adalah satu penyebab perkahwinan itu perlu disegerakan..



Putera aka Tengku Mahkota ketika tu, Lee Shin (Joo Ji Hoon) dipaksa rela utk berkahwin ngan pilihan mendiang Maharaja ketika itu, iaitu cucu pada rakannya yg penah berjasa menyelamatkan Maharaja dr maut.. Putera ketika itu sudah pun mempunyai calon sendiri dr golongan VIP juga dr memilih calon dr org kebanyakan..


Siapakah org kebanyakan yg dimaksudkan?.. seorg remaja perempuan yg sedang bersekolah menengah tinggi, Chae-kyung (Yoon Eun Hye).. seorg yg realistik, keras kepala, dan mempunyai rakan² yg selalu bersamanya ketika keadaan sukar.. tidak di sangka, mereka berdua berada dlm satu sekolah yg sama ketika itu..


jd apa kesudahan nya?.. tgk la sendiri beb.. hehehe.. bg aku cerita ni starting dia x menghampakan.. tp masuk pertengahan episod dlm drama ni.. aku x suka jalan cite dia.. tp still ikut sampai la penyudah dia diketahui.. hehe..




Saturday, September 12, 2009

Berita bergambar

haa.. arini gumbira skit hati.. 1st, moto aku dpt baju raya baru nya.. 2nd, berbuka ngan staf opis lama kat hotel.. gila kentang... alhamdullillah dgn segala limpah kurnia rezeki pada bulan ni.. syukur sgt²..



Wednesday, September 9, 2009

Berita gumbira utk 860,000 k'tangan kump. sokongan

masa aku dpt surat pelantikan jwtn dlm k'jaan dulu.. dia tulis aku ni dlm golongan kump. sokongan.. yaa.. Kira-kira 860,000 penjawat awam kump. sokongan akan menerima bayaran khas kewangan yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.

CUEPACS melalui Presiden nya, mengucapkan terima kasih pd kerajaan namun nada kecewa tetap ada kerana berkeyakinan bahawa bonus utk smua kakitangan kerajaan utk satu bulan gaji pd awalnya.. Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Tuesday, September 8, 2009

Kotak Band - Masih Cinta

salam pd di luar sana.. berjumpa kita dgn izinNya.. alhamdullillah, dh masuk ramadhan ke 19 tuk mlm ni.. apa kabar korg smua.. maaf ku hulurkan andai terasa lama aku x menulis kali ni.. hehehe.. alasan mcm biasa, kemalasan.. sungguhpun tu adalah alasan paling utama.. tp ketandusan idea n mood berkarya kureng pun adalah penyumbang utama..

wokeh, kali ni aku nk highlight kan satu lagu dr seberang yg best gak la bg aku.. band yg dianggota oleh 2 gadis dan 2 teruna mengelarkan diri mereka sbg KOTAK(alahai nama..).. vokalis dia pulak yg ditaruhkan ialah si gadis.. yeah, korg search la kat uncle google perihal band dr Indonesia klu nk tau lebih lanjut yer.. wokeh, layan la lagu dr mereka bertajuk 'masih cinta'..




Tik tik tik.. waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Mau mu jadi mau ku
Pahit pun itu ku tersenyum

Kamu.. tak tahu, rasanya.. hati ku
Saat berhadapan kamu..

Tik tik tik.. air mata ku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagia mu

Kamu.. tak tahu, rasanya.. hati ku
Saat berhadapan kamu..

Kamu.. tak bisa, bayangkan rasanya
Jadi diri ku yang masih cinta

Kamu.. tak tahu, hancurnya.. hati ku
Saat berhadapan kamu..

Kamu.. tak bisa, bayangkan.. rasanya
Jadi diri ku yang masih cinta..