Tuesday, March 30, 2010

Setan Merah : ex-1999


ketika aku menulis post ni, pg nanti.. MU akan bertemu ngan Bayern, team yg agak dekat ngan MU dlm kancah pertandingan di eropah satu tika dulu.. 11 thn dulu(huihh.. lama dh kan), saat hampir pasti Bayern akan menang Finale Champion League ngan keputusan 1-0.. tetiba keajaiban berlaku di mana 2 pemain gantian, Sheringham & Solskjaer melakukan pertukaran nasib antara dua kelab ni dgn dramatiknya.. dua sepakan penjuru dr pakar sepakan percuma ketika tu, David Beckham membuatkan keputusan berubah kepada kemenangan pd pasukan Manchester United..

huuu.. bila dtg mood ingin bercerita.. mmg x hingat dh la.. haha.. apa pun, mlm ni yg pasti satu perlawanan yg x sama seperti yg aku ceritakan td.. perlawanan suku akhir di mana dua kelab ni sudah pun berubah wajah dan kedudukan semasa ketika ini.. Bayern yg punyai stadium futuristik pasti mahu mengegarkan musuh lama depa ni..



mengikut jadual kat atas ni sebagai rujukan.. andai kata MU mara ke akhir.. diorg akan main sebagai team 'Home' sama ada bertemu ngan favourite - Barcelona.. atau pun Inter Milan.. tp Arsenal jgn dilupakan wehh.. hehe..



ok geng, jom kita imbau balik ex-1999 dulu.. kat mana depa ni skng dh..

PETER SCHMEICHEL

Final masa tu adalah terakhir buat dia ngan United..

selepas bawa diri ke Sporting Lisbon, Aston Villa & Manchester City, dia bersara pd thn 2003.

Skng dia dh jd personaliti sukan kat TV.

OLE GUNNAR SOLSKJAER

Boss United reserve-team sejak thn 2008.

DWIGHT YORKE

penah bersama Blackburn, Birmingham, Sydney & Sunderland. Bersara thn 2009 dan menerbitkan buku kisah sendiri², hehe..

ANDY COLE

jd Jurulatih Striker utk kelab Huddersfield.

RONNY JOHNSEN

main jap kat Aston Villa & Newcastle. skng jd personaliti TV.

JAAP STAM

berpindah ke Lazio pd 2001 secara dingin. kemudian hijrah ke AC Milan dan pulang smula ke Belanda bersama kelab Ajax. skng berperanan sbg org no.2 kat kelab division 2, FC Zwolle.

TEDDY SHERINGHAM

Bersara selepas bersama beberapa kelab seperti Spurs, Portsmouth, West Ham & Colchester. Skng ligat dlm bidang penasihat pertaruhan dan permainan bola sepak.

RYAN GIGGS

Masih lagi ligat memberi aksi sbg 'ahli sihir' Wales. pd usia 36. sudah memenangi 20 medal bersama United dan terbaru.. PFA Player of the Year & BBC Sports Personality in 2009.

DENIS IRWIN

'da Unsung Hero'.. bersama ngan Wolves, Julai 2002. bersara 2004.

skng dia bersama MUTV dlm menyaji dan menyediakan rancangan menarik utk syarikat penyiaran MU tu..

GARY NEVILLE

Kapten, 35 thn.. ligat lagi walaupun berhadapan siri kecederaan tempoh panjang yg hampir buat dia putus asa.. tp kembali pada prestasi terbaik ketika ni..

DAVID BECKHAM

pindah ke Real Madrid, kemudian LA Galaxy. dipinjamkan pd AC Milan pas tu cedera Achilles, tipis pluangnya utk ke World Cup di Afrika Selatan.

NICKY BUTT

pindah ke Newcastle in 2004. bertungkus lumus pd usia 35 thn utk bantu kelab ke saingan Premier League smula...

JESPER BLOMQVIST

mengalami siri kecederaan serius dan gagal menyinar bersama kelab Everton & Charlton.

pulang smula ke Sweden, pebantu pengurus pada kelab Hammarby.

Paul Scholes

penah mengalami kesukaran penglihatan, namun siri penbedahan yg dijalani berjaya membantu dia melihat ngan baik smula.. masih bermain dan bermain.. sentuhan yg sukar dicari ganti hingga kini..

SUBS NOT USED

Raimond van der Gouw: Vitesse - Jurulatih keeper.

David May: keje ngan MUTV.

Phil Neville: Kapiton Everton.

Wes Brown: masih bersama ngan MU lagi.

Jonathan Greening: bersama kelab West Brom dan dipinjamkan ke Fulham.

No comments:

Powered By Blogger