Wednesday, January 7, 2009

::Bola & Kaya::

Top 20 player bola sepak terkaya..

Tu la.. dulu masa kechik² x kasi org main bola.. sapa kata main bola x loaded.. hehehe.. apapun smua tu ikut tuah kaki gak kan..

David Beckham (LA Galaxy) walaupun tua.. tp still masih berada dlm kedudukan teratas singgah sana senarai pemain terkaya dlm arena bola sepak dgn diekori oleh Michael Owen di tempat kedua, bermain utk kelab Newcastle United (dia ni aku tgk injured jer lebih, main x byk kali mana pun utk Newcastle..)

berikut kedudukan top 20 player yg mempunyai kekayaan mengikut senarai dr tinjauan majalah FourFourTwo:-

1 David Beckham £125m (38)

2 Michael Owen £40m (56=)

3 Wayne Rooney £35m (61)

4= Rio Ferdinand £28m (69=)

4= Robbie Fowler £28m (69=)

4= Sol Campbell £28m (69=)

7 Ryan Giggs £23m (77)

8= Michael Ballack £20m (80=)

8= Frank Lampard £20m (80=)

10 Steven Gerrard £19m (86)

11 Cristiano Ronaldo £18m (87)

12 John Terry £17m (88)

13 Didier Drogba £15m (89)

14= Nicolas Anelka £14m (92=)

14= Damien Duff £14m (92=)

16= Dimitar Berbatov £13m (96=)

16= Ashley and Cheryl Cole £13m (96=)

16= Fernando Torres £13m (96=)

19 = Emile Heskey £12m (100)

20 Gary Neville £11.75m (101)

£1 = US$1.50 

Sunday, January 4, 2009

::Mobile Suit Gundam 00::

geng smua.. kali ni aku nk ulas siri anime jepun yg aku skng sdg ikuti.. aku x tau la korg ikut ke atau tak siri ni.. tp klu ada yg rasa nk mencuba layan anime, tgh mencari.. baca la ulasan aku dulu utk rujukan minat korg nk tgk cite jepun ni..

cite anime kali ni, Mobile Suit Gundam 00 bukanlah cite katun jepun biasa yg kita tgk kat tv sbenarnya.. cite dia tak ringan, berkonflik n penuh aksi.. aku suka tgk Gundam bukan sbb aku minat katun sbenarnya.. tp dia salah satu alternatif pd kita sbenarnya.. nk membuat jalan cerita komplicated dgn tech yg tinggi.. mana la kita nk mampu buat siri drama betul (realiti) ngan imaginasi yg tinggi n futuaristik kan (taste aku mmg pd aliran high-tech n futuaristik).. jd platform mcm ni la kita leh zahirkan idea n kreativiti kita utk dpt ditontoni.. klu nk buat real punya pun, dlm filem la gamaknya - tu pun guna gak CGi.. sebenarnya, season pertama siri ni sebnyk 25 episod dh pun lepas ditayangkan pd umum (6 Oct,07).. skng masuk season 2 (5 Oct,08) n dh sampai episod ke 13 (sehingga ditulis ni) masih belum tamat lagi..

Jalan cerita mengambil tempat pada tahun 2307 M mengikut kalender Gregory. Pada zaman ini, bekalan bahan api fosil semakin habis dan pengedarannya menjadi tidak seimbang. Manusia terpaksa bergantung pada sistem janakuasa tenaga suria yang mengelilingi bumi, dan disokong oleh tiga lif angkasa, setiap satunya dikawal oleh salah satu daripada tiga "kuasa besar" dunia

  1. Union of Solar Energy and Free Nations (Union) - Paksi dr Benua Amerika, Australia n Jepun
  2. Human Reform League (HRL) - Pakatan Russia, China dan India slain kumpulan kecil spt. ASEAN
  3. Advanced European Union (AEU) - Benua Eropah dr kalangan kuasa² besar Negara Eropah.

Oleh kerana sumber tenaga yang tidak terhad ini hanya menguntungkan kuasa-kuasa besar serta sekutu-sekutunya, peperangan sentiasa sahaja meletus di seluruh dunia bagi merebut sumber bahan api dan tenaga, membawa kepada terbentuknya organisasi ketenteraan persendirian yang dikenali sebagai Celestial Being, bertugas untuk menghapuskan peperangan dengan menggunakan empat jentera robot humanoid yang dipanggil Gundam.

Mobile Suit Gundam 00 berkisar mengenai empat juruterbang mobile suit yang dipanggil Gundam Meisters, berpihak kepada Celestial Being. Watak utama ialah Setsuna F. Seiei yang berusia 16 tahun, seorang pendiam yang dibesarkan di Republik Kurdi, serta telah menjadi Gundam Meister selama dua tahun. Dia memandu jentera GN-001 Gundam Exia.

WATAK-WATAK

Setsuna F. Seiei

  • Tarikh lahir: 7 April 2291
    Tempat lahir: Republik Krugis

    Nama lain: Soran Ibrahim (nama asal), Kamal Majirif (Episod 8)
  • Unit: GN-001 Gundam Exia, GN-0000 00 Gundam
Setelah ditemui oleh Celestial Being ketika berusia 14 tahun kerana berpotensi istimewa sebagai juruterbang, dia menjadi Gundam Meister bagi pertubuhan mereka. Setsuna yang berat mulut tetapi berpengetahuan tinggi ini menetap di Jepun apabila tidak bertugas bagi Celestial Being.

Nama sebenar Setsuna ialah Soran Ibrahim; Setsuna cuma nama kodnya sebagai Gundam Meister. Enam tahun sebelum menyertai Celestial Being, dia menjadi askar kanak² di Republik Kurdi yang dibelenggu perang. Dia membunuh ibu bapa sendiri atas paksaan Ali Al-Saachez untuk menguji ketaatannya terhadap tuhan, oleh itu amat benci terhadap Saachez. Setsuna tidak percaya bahawa wujudnya tuhan di dunia. Setsuna percaya bahawa peperangan hanya boleh dihentikan melalui konfrontasi secara langsung, oleh itu kurang tahan kerenah diplomat dan ahli politik yang dipercayainya bahawa "rundingan damai" hanya melanjutkan persengketaan dan menyebabkan ramai lagi terkorban.

Sebelum musim kedua, dia menghabiskan empat tahun bekerja secara solo, sambil mampu membaiki Exia ketika itu. Dia direkrut kembali ke Celestial Being oleh Tieria, lalu diberi GN-0000 00 Gundam.









Lockon Stratos
  • Tarikh lahir: 3 Mac 2283
    Tempat lahir:Ireland
    Nama lain: Neil Dylandy (nama asal, musim 1), Lyle Dylandy (nama asal, musim 2)
  • Unit: GN-002 Gundam Dynames, GN-006 Cherudim Gundam

"Lockon Stratos" ialah nama kod Gundam Meister yang dipakai dua orang berbeza.

Neil Dylandy, Lockon yang asal, hendak menyertai Celestial Being setelah kehilangan ibu bapa dan adik perempuannya di tangan pengganas di Ireland; oleh itulah dia amat membenci pengganas. Sebagai juruterbang tertua, dia dianggap sebagai ketua Gundam Meisters, and sports a more easygoing, flamboyant personality as compared to the other Gundam Meisters. Dia memiliki sebiji Haro berwarna jingga untuk mengukuhkan pertahanan dan pergerakan Dynames.

Neil dibunuh di medan peperangan oleh Ali Al-Saachez (yang mengemudi Gundam Throne Zwei) di akhir musim pertama. Empat tahun kemudian, kembarnya Lyle mengganti tempatnya, memakai nama kod yang sama serta menjadi juruterbang GN-006 Cherudim Gundam.











Tieria Erde
  • Tarikh lahir: 9 Disember (tahun tidak pasti)
  • Unit: GN-005 Gundam Virtue, GN-004 Gundam Nadleeh, GN-008 Seravee Gundam
  • Latar belakang watak ini kekal misteri. Di sebalik lemah lembutnya dia boleh menyerlahkan niat yang dingin. Dia lebih menghargai misi dari benda-benda lain, termasuk nyawa sendiri, serta tidak ambil kisah akan rakan-rakan seperjuangannya.

    Sebagai Meister bagi sut Gundam Virtue, Tieria nampaknya amat setia kepada Veda, maka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan rahsia teknologi dan operasi Celestial Being sentiasa terlindung, walaupun terpaksa membunuh Gundam Meisters yang lain semata-mata kerana itu. Berbanding Gundam Meisters yang lain, watak Tieria lah yang paling membingungkan, tanpa apa-apa yang diketahui dari zaman silamnya, lebih-lebih lagi rupanya tak berubah sekerat pun selepas empat tahun antara musim, maka timbulnya keraguan sama ada dia ini manusia.

    Berbanding dengan Meister lain yang terkorban atau hilang di akhir musim pertama, Tieria masih berkhidmat untuk Celestial Being sepanjang jurang empat tahun tersebut.

    Allelujah Haptism
    • Tarikh lahir: 27 Februari 2288
      Nama lain: E-0057 (dipakai dlm organisasi Super Soldier Special Duty Organization), Hallelujah (alter-ego, "meninggal")
    • Unit: GN-003 Gundam Kyrios, GN-007 Arios Gundam

    Allelujah menghabiskan zaman kanak-kanaknya sebagai anak yatim di Human Reform League. Sejak kecil lagi, dia menempuhi pelbagai eksperimen kejam yang dilakukan HRL dalam cubaan menjadikannya askar perkasa impian mereka, tetapi kononnya dibuang setelah disahkan "gagal".

    Mata kiri Allelujah berwarna kelabu, dan selalunya mata kanannya pula dilitupi rambutnya. Walaupun lebih mesra dan rasional berbanding Gundam Meisters yang lain, namun dalam dirinya ada alter ego yang kurang berhati perut bernama Hallelujah. Persona Hallelujah timbul apabila merasai kehadiran seseorang yang seumpamanya, seperti askar Human Reform League, Soma Peries. Apabila ini berlaku, rambutnya beralih untuk melitupi mata kirinya sementara mata kanannya berona emas. Selepas pertempuran terakhir musim pertama, persona Hallelujah seolah-olah "mati" dan bergabung dengan Allelujah.

    Allelujah ditangkap oleh angkatan PBB di akhir musim pertama lalu ditahan selama empat tahun; lambat-laun dia diselamatkan lalu diberi GN-007 Arios Gundam.

    slain itu, apa yg best siri Gundam kali ini, n siri² sblm ni (Gundam SEED, Destiny).. tentang OST dia.. lagu² pilihan produksi ini mmg x menghampakan.. lagu pembukaan musim pertama seperti "Daybreak's Bell" dr L'Arc-en-Ciel juga lagu "Ash Like Snow" dr The Brilliant Green mmg best.. dr segi rating penyiaran, Gundam 00 x brapa nk menonjol sgt berbanding penangan Gundam SEED / Destiny.. namun begitu, dr segi purata tontonan.. siri kali ni adalah lebih tinggi dr mana² Gundam yg ditayangkan sblm ini.. tahniah buat produksi kali ini juga pada studio Sunrise.



    P/S : Credit buat Wikipedia, para updater yg buat entry kat Wikipedia tentang Gundam 00.



    Saturday, January 3, 2009

    ::Imran Ajmain - Selamat Ulang Tahun::

    entry sterusnya, lirik lagu dr penyanyi dr singapura katanya.. Imran Ajmain..

    Imran Ajmain sblm ni penah mendengarkan lagu Seribu Tahun, lagu yg bagi aku mmg class la.. sedap siot.. lentok tuh, lagu yg jd OST drama Kerana Cinta ku Saerah.. dan kali ni mari kita layan plak lagu baru (baru ke?.. yer la kot) dr dia.. terima kasih pd Imran dan pencipta lagu yg skali lagi menghasilkan lagu mengusik jiwa ni..  

    Yang tulus ikhlas
    Ingin sekali sekala dirinya dibalas
    Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

    Yang selalu memberi
    Ingin sekali sekala jadi penerima
    Cukup dengan salam dan manis doa

    Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
    Dan leburkan saja serpihan calar derita

    Selamat ulang tahun sayang
    Kini kau bersayap, pergilah terbang
    Rentaslah langit cita cita mu
    Harap nanti kita 'kan bertemu

    Selamat ulang tahun sayang
    Janganlah engkau tak terbang pulang
    Ku nanti penuh kerinduan
    Selamat tinggal, selamat jalan

    Aku hanya inginkan engkau setia
    Kerana setia yang mencipta bahagiamu 

    ::Setan Merah::



    kita mulakan entry ni ngan berita menarik permulaan bulan januari.. sblm januari, Fergie (Sir Alex Ferguson) maklum yg dia x kan buat sbarang belian utk temph pendek pembelian januari ini.. jeng jeng jeng.. tanggal 3hb Jan. Serbia startlet, Zoran Tosic(21 thn) & Adem Ljajic (17 thn) sah menjadi warga Man Utd.. trick ni aku dah jangka dr Fergie bg mengelak cubaan hijack plyr yg MU tgh captured.. sememangnya tiada sebarang ura² kelab lain mahu potong jln MU bg mendapatkan plyr baru ni..

    Ljajic (kiri) & Tosic bersama Fergie

    belian ni dianggarkan bernilai 17 juta pound utk kedua-dua pemain dr kelab yg sama, Partizan Belgrade.. Tosic bakal mengunakan no jersi no. 14 yg sblm ni digunakan Alan Smith (Newcastle United).. manakala Ljalic akan stay lagi di kelab lamanya, Partizan  hingga baki musim akhir.. berita ini mengembirakan Vidic, yg juga senegara dgn kedua² plyr ni.. Vidic akan membantu Tosic juga Ljajic dlm menyesuaikan diri ngan tempat baru n Liga English yg smemangnya x mudah utk adapt.. 

    kedua² plyr ni bermain wide-man iaitu posisi winger.. Tosic bermain bhgn kiri mempunyai kemampuan mengambil freekick ngan baik slain keupayaan menghidu peluang menjaringkan gol pd jarak jauh.. Ljajic bermain bhgn kanan pula berkeupayaan membaca permainan n membuat gerakan² berbahaya dr bhgn kanan & tgh padang, gaya permainan menyerupai Kaka dr AC Milan.. 

    Fergie percaya, pembelian ini mampu menyelesaikan masalah Rooney yg slalu dimainkan peranan bhgn wide, dan kembali pd peranan asal di bhgn hadapan serangan MU.. Fergie berkata, Giggs tidak akan bermain lagi bhgn wing, dan skng posisi tu tertumpu pd Park Ji-Sung, Nani dan Cristiano Ronaldo.. kehadiran Tosic memberi byk ruang dan pilihan pd Fergie.. kehadiran Tosic juga secara teori, adalah berita kurang baik bg Nani.. selepas kedudukan Giggs terlepas pd Ji-Sung dr dia, kehadiran Tosic bakal menyukarkan lagi persaingan tempat utk posisi kiri MU..

    Thursday, January 1, 2009

    slmt tinggal 2008, 2009 here i come..

    ok.. bermula la kita smua pd tanggal 1hb Januari ya kwn², kali ni pd thn 2009 pula kita bermula, tambah lagi setahun dlm hidup kita.. mlm 1hb Jan 09, aku x kemana mana pun.. ingat nk gak turun kL tgk bunga api.. tp apa kan daya.. siang hari aku disahkan positif demam, hehehe.. aduh potong tol la demam ni pun.. time mcm ni la dia nk dtg.. apapun, mgkn ada hikmah dia gak.. arini, aku demam lagi, demam suam² gitu.. mengenang kembali thn 2008, pd dunia ni.. mgkn bermcm mcm berlaku la kan pd sekeliling kita.. org kata thn 2008 ni la dia punya cabaran pd dunia especially, pd sektor ekonomi ketara sgt.. 

    tu smua dr sudut umum, tp utk diri aku.. thn 2008 ni cukup rencah perisa nya.. bermula awal thn ngan aku slaku penjawat awam, lepas 2 thn aku dlm sektor swasta aku melompat masuk sektor awam.. berkat doa mak ayah aku dimakbulkan Tuhan jua.. dulu cabang kerja aku tertumpu pd dunia perlancongan (masa kat sini, aku sendiri mcm layang² terputus tali).. skang aku lebih kepada teknologi maklumat tertumpu pd komputer, antara mende yg aku minat.. di tempatkan keje aku di sbuah sek kebangsaan, mula aku ingat mcm x sronok je.. tp makin lama, makin happy n sayang aku pd sek ni (syukur sgt² la).. mana mgkn aku akan dpt suasana sekolah, penyelaras ICT, cikgu-cikgu n smua yg ada kat sekolah ni klu aku keje kat tempat lain.. simply the best..

    2008 juga aku aku dpertemukan ngan beberapa kwn lama aku masa sek keb seri kerian, parit buntar.. terima kasih pd Friendster, kat sini la aku jumpa balik kwn aku.. kwn 1st yg halo aku, zairul (dia ni pompuan, dah bertunang dah pun).. yg pelik, dia leh ingat aku tp aku x ingat dia (rupa muka).. ni serius la, aku mmg x ingat rupa dia.. bila tgk profile tgk gmbr dia pun aku x ingat jugak.. aku pun x tau knpa dlm kotak minda aku, x de image dia.. ker ada alien padam kan image dia?.. hahaha.. lain² yg aku jumpa nama mcm ekin, mohana, azizah (eh, apsal smua nama pompuan?)..  hehe.. yg lelaki ntah la.. aku halo gak sorg dua tuh.. x de respon pun.. x pe la.. diorg ngan dunia diorg.. ada komitmen kot.. kot jd suami org ke, jd pilot ke, jd PM ke.. sibuk tu.. hahaha..

    hmmm.. haa.. thn 2008 juga a sweet victory bg team Favourite aku, Manchester United.. buat kali ke-3, diorg juara (King of Europe) ngan menang Champion League kalahkan team Chelsea.. game finale tu, Live aku tgk.. mmg trill la game dia.. leh putus urat jantung ni.. 1st, MU yg gol dulu melalui Ronaldo.. tandukan yg superb.. tp Lampard level kan kedudukan tu ngan gerakan menarik dr depa.. babak seri ni berterusan hingga penentuan penalti.. yg ni la aku mmg x leh nk tgk.. 5 lwn 5 penalti adalah penentuan paling kejam bagi aku.. sbb benda ni ikut nasib la.. akhirnya, MU menang ngan result 6-5.. sapa x mau tgk MU menang wei.. wlupun menang mcm ni.. menang tetap menang.. for Chelsea, better luck next time, hehehe.. terbaru, MU menang Club World Champion kat Jepun.. tp game ni x beri makna pd aku.. mgkn sbb team yg lawan, x popular mcm team kat Europe like Real Madrid, AC Milan, Liverpool and so on..

    azam aku thn 2009?.. aku nk pasti yg lebih baik dr thn 2008.. aku doakan kalian luar sana pun begitu jugak.. apa yg korg nk wish u best of luck.. soal hati n perasaan, thn 2008 x berapa nk menjadi buat aku.. aku dah mencuba, mgkn x de luck aku.. still single till now.. jua nasib serupa ngan sababat aku, Rjuna.. moga 2009 ni.. kita leh perbaiki bab ni, hehehe.. bout life, sasaran aku nk secure job aku.. aku dah pun gi Induksi Umum, Biro Tatanegara pd thn 2008.. aku dah mendaftar exam utk sah jawatan.. moga exam ni aku leh buat yg terbaik.. 2009, here we go...
    Powered By Blogger