Sunday, January 4, 2009

::Mobile Suit Gundam 00::

geng smua.. kali ni aku nk ulas siri anime jepun yg aku skng sdg ikuti.. aku x tau la korg ikut ke atau tak siri ni.. tp klu ada yg rasa nk mencuba layan anime, tgh mencari.. baca la ulasan aku dulu utk rujukan minat korg nk tgk cite jepun ni..

cite anime kali ni, Mobile Suit Gundam 00 bukanlah cite katun jepun biasa yg kita tgk kat tv sbenarnya.. cite dia tak ringan, berkonflik n penuh aksi.. aku suka tgk Gundam bukan sbb aku minat katun sbenarnya.. tp dia salah satu alternatif pd kita sbenarnya.. nk membuat jalan cerita komplicated dgn tech yg tinggi.. mana la kita nk mampu buat siri drama betul (realiti) ngan imaginasi yg tinggi n futuaristik kan (taste aku mmg pd aliran high-tech n futuaristik).. jd platform mcm ni la kita leh zahirkan idea n kreativiti kita utk dpt ditontoni.. klu nk buat real punya pun, dlm filem la gamaknya - tu pun guna gak CGi.. sebenarnya, season pertama siri ni sebnyk 25 episod dh pun lepas ditayangkan pd umum (6 Oct,07).. skng masuk season 2 (5 Oct,08) n dh sampai episod ke 13 (sehingga ditulis ni) masih belum tamat lagi..

Jalan cerita mengambil tempat pada tahun 2307 M mengikut kalender Gregory. Pada zaman ini, bekalan bahan api fosil semakin habis dan pengedarannya menjadi tidak seimbang. Manusia terpaksa bergantung pada sistem janakuasa tenaga suria yang mengelilingi bumi, dan disokong oleh tiga lif angkasa, setiap satunya dikawal oleh salah satu daripada tiga "kuasa besar" dunia

  1. Union of Solar Energy and Free Nations (Union) - Paksi dr Benua Amerika, Australia n Jepun
  2. Human Reform League (HRL) - Pakatan Russia, China dan India slain kumpulan kecil spt. ASEAN
  3. Advanced European Union (AEU) - Benua Eropah dr kalangan kuasa² besar Negara Eropah.

Oleh kerana sumber tenaga yang tidak terhad ini hanya menguntungkan kuasa-kuasa besar serta sekutu-sekutunya, peperangan sentiasa sahaja meletus di seluruh dunia bagi merebut sumber bahan api dan tenaga, membawa kepada terbentuknya organisasi ketenteraan persendirian yang dikenali sebagai Celestial Being, bertugas untuk menghapuskan peperangan dengan menggunakan empat jentera robot humanoid yang dipanggil Gundam.

Mobile Suit Gundam 00 berkisar mengenai empat juruterbang mobile suit yang dipanggil Gundam Meisters, berpihak kepada Celestial Being. Watak utama ialah Setsuna F. Seiei yang berusia 16 tahun, seorang pendiam yang dibesarkan di Republik Kurdi, serta telah menjadi Gundam Meister selama dua tahun. Dia memandu jentera GN-001 Gundam Exia.

WATAK-WATAK

Setsuna F. Seiei

  • Tarikh lahir: 7 April 2291
    Tempat lahir: Republik Krugis

    Nama lain: Soran Ibrahim (nama asal), Kamal Majirif (Episod 8)
  • Unit: GN-001 Gundam Exia, GN-0000 00 Gundam
Setelah ditemui oleh Celestial Being ketika berusia 14 tahun kerana berpotensi istimewa sebagai juruterbang, dia menjadi Gundam Meister bagi pertubuhan mereka. Setsuna yang berat mulut tetapi berpengetahuan tinggi ini menetap di Jepun apabila tidak bertugas bagi Celestial Being.

Nama sebenar Setsuna ialah Soran Ibrahim; Setsuna cuma nama kodnya sebagai Gundam Meister. Enam tahun sebelum menyertai Celestial Being, dia menjadi askar kanak² di Republik Kurdi yang dibelenggu perang. Dia membunuh ibu bapa sendiri atas paksaan Ali Al-Saachez untuk menguji ketaatannya terhadap tuhan, oleh itu amat benci terhadap Saachez. Setsuna tidak percaya bahawa wujudnya tuhan di dunia. Setsuna percaya bahawa peperangan hanya boleh dihentikan melalui konfrontasi secara langsung, oleh itu kurang tahan kerenah diplomat dan ahli politik yang dipercayainya bahawa "rundingan damai" hanya melanjutkan persengketaan dan menyebabkan ramai lagi terkorban.

Sebelum musim kedua, dia menghabiskan empat tahun bekerja secara solo, sambil mampu membaiki Exia ketika itu. Dia direkrut kembali ke Celestial Being oleh Tieria, lalu diberi GN-0000 00 Gundam.









Lockon Stratos
  • Tarikh lahir: 3 Mac 2283
    Tempat lahir:Ireland
    Nama lain: Neil Dylandy (nama asal, musim 1), Lyle Dylandy (nama asal, musim 2)
  • Unit: GN-002 Gundam Dynames, GN-006 Cherudim Gundam

"Lockon Stratos" ialah nama kod Gundam Meister yang dipakai dua orang berbeza.

Neil Dylandy, Lockon yang asal, hendak menyertai Celestial Being setelah kehilangan ibu bapa dan adik perempuannya di tangan pengganas di Ireland; oleh itulah dia amat membenci pengganas. Sebagai juruterbang tertua, dia dianggap sebagai ketua Gundam Meisters, and sports a more easygoing, flamboyant personality as compared to the other Gundam Meisters. Dia memiliki sebiji Haro berwarna jingga untuk mengukuhkan pertahanan dan pergerakan Dynames.

Neil dibunuh di medan peperangan oleh Ali Al-Saachez (yang mengemudi Gundam Throne Zwei) di akhir musim pertama. Empat tahun kemudian, kembarnya Lyle mengganti tempatnya, memakai nama kod yang sama serta menjadi juruterbang GN-006 Cherudim Gundam.











Tieria Erde
  • Tarikh lahir: 9 Disember (tahun tidak pasti)
  • Unit: GN-005 Gundam Virtue, GN-004 Gundam Nadleeh, GN-008 Seravee Gundam
  • Latar belakang watak ini kekal misteri. Di sebalik lemah lembutnya dia boleh menyerlahkan niat yang dingin. Dia lebih menghargai misi dari benda-benda lain, termasuk nyawa sendiri, serta tidak ambil kisah akan rakan-rakan seperjuangannya.

    Sebagai Meister bagi sut Gundam Virtue, Tieria nampaknya amat setia kepada Veda, maka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan rahsia teknologi dan operasi Celestial Being sentiasa terlindung, walaupun terpaksa membunuh Gundam Meisters yang lain semata-mata kerana itu. Berbanding Gundam Meisters yang lain, watak Tieria lah yang paling membingungkan, tanpa apa-apa yang diketahui dari zaman silamnya, lebih-lebih lagi rupanya tak berubah sekerat pun selepas empat tahun antara musim, maka timbulnya keraguan sama ada dia ini manusia.

    Berbanding dengan Meister lain yang terkorban atau hilang di akhir musim pertama, Tieria masih berkhidmat untuk Celestial Being sepanjang jurang empat tahun tersebut.

    Allelujah Haptism
    • Tarikh lahir: 27 Februari 2288
      Nama lain: E-0057 (dipakai dlm organisasi Super Soldier Special Duty Organization), Hallelujah (alter-ego, "meninggal")
    • Unit: GN-003 Gundam Kyrios, GN-007 Arios Gundam

    Allelujah menghabiskan zaman kanak-kanaknya sebagai anak yatim di Human Reform League. Sejak kecil lagi, dia menempuhi pelbagai eksperimen kejam yang dilakukan HRL dalam cubaan menjadikannya askar perkasa impian mereka, tetapi kononnya dibuang setelah disahkan "gagal".

    Mata kiri Allelujah berwarna kelabu, dan selalunya mata kanannya pula dilitupi rambutnya. Walaupun lebih mesra dan rasional berbanding Gundam Meisters yang lain, namun dalam dirinya ada alter ego yang kurang berhati perut bernama Hallelujah. Persona Hallelujah timbul apabila merasai kehadiran seseorang yang seumpamanya, seperti askar Human Reform League, Soma Peries. Apabila ini berlaku, rambutnya beralih untuk melitupi mata kirinya sementara mata kanannya berona emas. Selepas pertempuran terakhir musim pertama, persona Hallelujah seolah-olah "mati" dan bergabung dengan Allelujah.

    Allelujah ditangkap oleh angkatan PBB di akhir musim pertama lalu ditahan selama empat tahun; lambat-laun dia diselamatkan lalu diberi GN-007 Arios Gundam.

    slain itu, apa yg best siri Gundam kali ini, n siri² sblm ni (Gundam SEED, Destiny).. tentang OST dia.. lagu² pilihan produksi ini mmg x menghampakan.. lagu pembukaan musim pertama seperti "Daybreak's Bell" dr L'Arc-en-Ciel juga lagu "Ash Like Snow" dr The Brilliant Green mmg best.. dr segi rating penyiaran, Gundam 00 x brapa nk menonjol sgt berbanding penangan Gundam SEED / Destiny.. namun begitu, dr segi purata tontonan.. siri kali ni adalah lebih tinggi dr mana² Gundam yg ditayangkan sblm ini.. tahniah buat produksi kali ini juga pada studio Sunrise.



    P/S : Credit buat Wikipedia, para updater yg buat entry kat Wikipedia tentang Gundam 00.



    No comments:

    Powered By Blogger