Tuesday, March 30, 2010

Mari kita ke sawah.. oi oi..

Pemandangan biasa ketika musim menanam padi..



Lepas dh tanam.. tinggalkan ajer la..



eh eh.. ada 'sesuatu' di situ..



ek.. masa bila plak jd lagu tu..



haa.. dh jd lagu ni dah..



makin menarik..



huuu.. x sangka beb..



lain².. hasil yg sempoi..



BANZAI!!!..



aik?.. awat Napoleon pun ada kat sini..





padi ni bukan diwarna aka di 'dai'..
tp mmg warna daun dia mcm tu..
kreatifkan org jepun.. sampai ke daun pun buat eksperimen
utk warnakan genetik daun padi ni..



bg aku ni satu usaha di mana para bijak pandai mencipta satu benih padi hitam putih utk memberi kelainan pd para petani utk menyerlahkan bakat terpendam n menambah perasaan pd tanaman mereka(yo or or la tu..) dlm perusahaan tanaman padi di sana.. org Kedah aka jelapang padi, bila lagi nk test power pd padi diorg mcm org jepun ni?.. hehe..


P/S : kredit pd sahabat ku, Ejoy yg men'forward'kan emel menarik ni..

Friday, March 19, 2010

Tips menghalang jenayah di kediaman kita..

wokeh kwn².. seperti tajuk tertera di atas.. aku nk kongsi ngan korg.. tips² cegah jenayah di kawasan rumah kita dr PDRM.. sebenarnya, ni aku dpt dr forward emel dr kawan aku, saudari Eyka.. berikut langkah² perlu bg mengelak jenayah dlm rumah..

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka(rasa mcm menyusahkan pun ada, ikut masing² yer..).

5. Jangan simpan barang-barang kemas atau wang di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala..).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box.
Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Monday, March 1, 2010

Setan Merah : Rahsia menang Carling Cup


Apa kabar rakan² luar sana.. lama aku x updated blog aku kan.. sory².. sibuk skit.. hehehe..

agak lama aku x post cerita pasal team kesayangan aku ni.. kenapa?.. jangan tanya.. haha.. bebaru ni, ada finale Carling Cup antara Manchester United vs Aston Villa.. menang ngan keputusan 2-1.. apa rahsia MU?.. haaa..




Tuesday, January 26, 2010

PRANK : beckham kena raba.. kat anu dia..

hahaha.. gelak aku bila tgk clip ni.. antara plyr yg aku minat satu masa dulu.. sehinggakan disebabkan dia la.. aku adalah fan Manchester United skng.. dan disebabkan dia la aku fan England skng.. tu la dia David Beckham.. tp skng idak dh minat dia.. sbb kurang dedah sgt game yg dia bersama dgn pasukan yg agak asing bg aku selain Manchester United..

pasal dia dia, minyak rambut pun aku pakai Bylcrem.. pasal dia, klu main bola.. 'bend it like Beckham..' sanggup berebut tuh, hanya smata bila ada freekick.. aku pun nk amik tendangan tu sama.. nk buat bola tu melencong tuju pada penjuru tiang gol.. perrrgghh.. pas tu nak main pun, aku nk main belah kanan.. sbb setiap gerakan n cara permainan dia swaktu kat MU.. aku hafal n try buat masa dlm permainan sebenar.. huu.. try pass like him.. try to cross like him.. haha..

ok balik pada tajuk di atas.. kepulangan Beck ke AC Milan bebaru ni dikatakan agak menarik.. seorang wanita telah merancang untuk meraba kemaluan dia.. apa jadi?.. korg layan la clip ni..


Monday, January 18, 2010

Di badai asmara

kali ni, buat kwn aku yang sedang runsing dgn masalah percintaannya.. aku tujukan lagu ni pada dia.. bait² lirik ni cukup mengena ngan story line diorg berdua.. aku doakan korg ditemu jalan penyelesaian.. yg terbaik buat korg.. ish.. sedih la yob..

lagu ni dr kumpulan rock kapak lama dulu, Sera.. berjudul 'di badai asmara'.. huu.. tajuk pun dh kena dh..



Haruskah..
Aku terus merayu padamu
Haruskah..
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubari mu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa..
Dikau meragui keikhlasan
Setelah ku beri
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara..

Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Ku lemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta..

Bisakah..
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah..
Kecewa ku menjadi.. harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia..
Powered By Blogger