Monday, January 30, 2012

Darth_Vader & Disneyland

yeah, kota Disneyland adalah tempat yang menarik yang rasa kita nak kunjungi.. apapun, kemampuan kita untuk ke sana amat terbatas.. lagi pun, kalau mampu baiklah buat dahulu rukun islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji terlebih dahulu.. lebih afdal.. lebih mulia tempatnya di sisi Allah.. lepas tu nak pegi mana pun, pegi lah.. ke lubang cacing pun orang dh tak heran dah pas tu..

berbalik pada tajuk asal kita.. darth vader ke Disneyland?.. haha.. aku tengok video mula2 pun dah leh senyum, pastu gelak sorang.. karektor gelap dalam filem francais Star Wars ni amat mendalam dalam jiwa kau sebagai pengemar filem sci-fi.. my favourite.. Darth Vader.. dia jahat, dia cool beb..

Denda naik koc wanita

kat malaysia, Komuter 'pink' adalah untuk wanita.. jadi kaum adam dinasihatkan jangan menggunakan koc tersebut.. jikalau guna juga, macamane?.. setakat ni, yang aku nampak.. wanita Malaysia mempraktikkan lagi budaya timur dengan hanya mampu melihat atas bawah dan biarkan saja.. mereka tiada rasa ingin bertindak atau rasa terancam dengan situasi macam gitu..lagi2 kalau yang naik tu, muka dia ala2 SRK, Hrithik, mahupun Johnny Lever pun jadilah.. depa lagi suka sambil control ayu.. haha..

namun suasana berbeza di india, pendekatan dan caranya amat berlainan skali.. kalau naik, alamatnya makan penampar la kome lelaki.. memang tak kasi can punya.. mendapat peluang menampar bukan selalunya dapat.. jadi ini amat dinantikan wanita india sana.. check it out..



jadi bagaimana.. mahukah wanita Malaysia lakukan benda yang sama?.. bila lagi kome nak praktikkan training karate, silat ngan Taekwando korang?.. renung-renungkan selamat beramal..

p/s: tapikan aku masih tak puas hati gak.. dah ada koc wanita apsal yg wanita ada gak naik koc lain.. menyempit gak dalam koc biasa dengan lelaki.. tensen beb.. depa punya tak leh naik, yg ada untuk laki ni.. depa pun ikut berebut sama.. not fair, aauuuwww...

Modern_Combat3


malam kome kesiangan tak?.. hehe.. dulu aku gamer pc, dan game last antaranya Call of Duty : Modern Warfare adalah antaranya aku sempat main.. siri Call of Duty bagi aku antara terbaik First person Shooter aku pernah main.. jadi orang lain jap kalau main game macam ni.. lepas dah kawin ni, PC memang aku jarang dh pegang.. main laptop jer tu pun nk buka FB n surf apa yg best kat internet.. main game?.. jauh sekali..

tapi aku bernasib baik sejak ada iPhone 4 ni.. aku boleh lah main game jika ada kelapangan on da spot.. dan game yg best bagi aku skng, ni dia.. Modern Combat 3.. aku syorkan pada kome yang ada iP 4 or iP 4s, try main game ni.. layan beb.. grafik dia cun sgt, jalan cerita dia memang layan.. lebih kurang mcm CoD juga.. apa yg tak bestnya game ni, ialah time nak downloadnya.. saiz bagak dia amat besar dan ruang saiz memory pd iP 4 perlu besar jugak.. 1.05 GB..tp kalau dah dapat main.. berbaloi rasanya..




Bugatti what?


korang kat luar sana kereta paling mahal apa gamaknya.. Bugatti Veyron?.. bukan.. tapi masih jenama Bugatti, iaitu Bugatti Atlantic type 57s.. kereta ini dibina sewaktu pra peperangan dunia dahulu.. sewaktu produksinya, hanya 4 buah saja siap dibina dan kini terdapat hanya 2 buah sahaja seumpamanya di dunia sekarang.. satu milik Ralph Lauren, kedua milik Dr Peter Williamson.. owner ini kemudian menjual semula sewaktu lelongan pada bulan mei 2010 di Mullin Automotive Museum yang terletak di Oxnard, California pada harga $30 hinga $40 juta..





Saturday, January 28, 2012

Kucing punya kekuda

bila gaduh, macam2 gaya kita akan lakukan.. kalau belajar silat ker, taekwando ker.. belum tentu bunganya & kekudanya digunakan.. sempat ker?.. tapi sikit2 ada gunanya.. tengok macam kucing ni.. ilmu yang ada dalam dadanya, digunakan sepenuhnya sewaktu nak fight dengan kucing lain...

Powered By Blogger