Sunday, September 13, 2009

Goong


apa rasanya bg org pompuan, tetiba ditakdirkan dirinya menjadi sebahagian dr kerabat di raja.. haa.. kali ni, drama korea yg aku nk ketengahkan pd korg, Goong.. sbuah drama cinta darah muda antara org kebanyakan dan kerabat di raja yg menghadapi arus tradisi, politik dan muslihat. diceritakan ketika itu, Korea adalah sebuah negara raja berpelembagaan(mcm Malaysia jer) dan institusi keluarga di raja ditempatkan di kawasan dipanggil, Goong..


Drama ni dimulakan Raja memerintah ketika tu dikatakan gering mengidap penyakit yg mampu menganggu pemerintahan.. keluaraga di raja melalui pemaisurinya berpendapat, putera ketika itu perlu melangsungkan perkahwinan demi menyambung tradisi pemerintahan di raja.. Populariti pd pemerintahan ketika itu yg menunjukkan penurunan dr sokongan rakyat jua adalah satu penyebab perkahwinan itu perlu disegerakan..



Putera aka Tengku Mahkota ketika tu, Lee Shin (Joo Ji Hoon) dipaksa rela utk berkahwin ngan pilihan mendiang Maharaja ketika itu, iaitu cucu pada rakannya yg penah berjasa menyelamatkan Maharaja dr maut.. Putera ketika itu sudah pun mempunyai calon sendiri dr golongan VIP juga dr memilih calon dr org kebanyakan..


Siapakah org kebanyakan yg dimaksudkan?.. seorg remaja perempuan yg sedang bersekolah menengah tinggi, Chae-kyung (Yoon Eun Hye).. seorg yg realistik, keras kepala, dan mempunyai rakan² yg selalu bersamanya ketika keadaan sukar.. tidak di sangka, mereka berdua berada dlm satu sekolah yg sama ketika itu..


jd apa kesudahan nya?.. tgk la sendiri beb.. hehehe.. bg aku cerita ni starting dia x menghampakan.. tp masuk pertengahan episod dlm drama ni.. aku x suka jalan cite dia.. tp still ikut sampai la penyudah dia diketahui.. hehe..




2 comments:

ekin said...

apek, ko ada CD citer ni ke?? klu ada, nak pinjam.. hehe

r i J a L said...

woo.. mau ke.. boleh.. tp aku nya version download dr internet.. klu ko nk, aku leh buat copy utk ko.. tp leh ker aku charge fee perkhidmatan kat ko?.. har har har..

Powered By Blogger