Monday, June 27, 2011

Konsep: Kereta, Motosikal & Basikal yg menarik kot..


Citroën Survolt Concept

Mula dipamerkan pada org ramai pada pertunjukan automotif Geneva pada tahun 2010. setiap mata yg memandang ketika itu akan pasti menarik minat mereka pada rekaan menarik Citroen ini.. apa yg menariknya lagi, walaupun keadaan fizikalnya sporty, ia sebenarnya berkuasa hybrid.. bukanya berenjin petrol sepenuhnya.


Audi D7 Concept

Kave Naser Bakht adalah pereka kereta keluaran Audi ini.. kelihatan mcm biasa jer, tp alur lampu pada depan dan belakang kereta ini, teringat kita pada filem Tron.




Audi Axiom

agak menarik idea pembangunan kereta Audi seterusnya kali ini..
Projek Axiom adalah satu penjenamaan direka untuk memperkenalkan 'kecantikan' kepada implikasi tradisi Audi.. perkara utama adalah untuk mencari jalan di mana kedua-dua boleh digunakan bersama-sama untuk mempromosikan keindahan dunia hari ini. Di samping itu, Axiom adalah satu kajian bahagian mengimbangi, ketegangan permukaan dan emosi estetik untuk jenama Audi itu.



Mercedes benz BIOME concept

Konsep biome telah dicipta oleh pereka dari Mercedes-Benz Advanced Design Studios dan dikatakan bahawa ia diintegrasikan sepenuhnya ke dalam ekosistem. aku tidak tahu bagaimana mereka berakhir dengan kesimpulan bahawa menyebabkan fakta mudah yang ia hibrid tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, kereta mempunyai reka bentuk yang luar biasa dan entah bagaimana mengingatkan daripada Audi RSQ yang telah kita lihat dalam filem Hollywood, i Robot.



GreenGT concept

Ini kereta konsep yang direka oleh Thomas Clavet bukan hanya untuk menunjukkan. Orang-orang di GreenGT merancang untuk membawa kedua-dua mereka ke kejohanan LeMans tahun ini dan menghasilkan 22 model dalam tempoh tiga tahun akan datang. Bunyi berani tetapi jika anda melihat spesifikasi teknikal, anda akan mengetahui bahawa ini tidak sepatutnya menjadi masalah: Ia dikuasakan oleh sepasang sebanyak 100 kW air sejuk enjin elektrik mencapai kelajuan maksimum 275 km / h (171 mph), 0-100km / h (62mph) di bawah 4 saat dan 350-400 kuasa kuda...




Audi D9 Concept

Tidak seperti kereta yang ditunjukkan sebelumnya, yang ini belum dimasukkan ke dalam pengeluaran, yang hanya menyebabkan dicipta dengan imaginasi cemerlang pereka Daniel Garcia. Walaupun kebanyakan daripada kita tidak mampu sesetengah kenderaan konsep, ia akan menjadi menarik untuk mengetahui..



Ferrari Enzo Concept

Peter
Simon telah kembali membayangkan Enzo Ferrari dengan bentuk yang membuat ia kelihatan seperti ia diambil dari filem Transformers a. Model ini tidak wujud dan mungkin Ferrari tidak menerima jenis ini reka bentuk, yang konservatif dan semua itu apabila bercakap tentang kereta mereka.



Basikal Concept...

Fodable Bike (basikal dilipat)

Fodable Bike (Basikal dilipat) mula menjadi satu trend di kalangan pereka produk muda seperti Allen Chester G. Zhang. Sudah tentu, basikal itu tidak hanya itu, ia juga mempunyai reka bentuk menarik dan futuristik.


Synapse Bike

Sylvain Gerber mempunyai laman yang cantik hodoh mencari tetapi apabila ia mengenai reka bentuk produk, dia tahu bagaimana untuk mencipta barangan yang menarik seperti ini di bawah.

Hybrid City Bike

Berbeza dengan model sebelumnya yang ditunjukkan, basikal ini adalah salah satuyang aku ingin lihat dalam kehidupan sebenar. Kesederhanaan adalah sesuatu yang pereka produk tertumpu kepada apabila mahu reka bentuk basikal, itu rodaspokeless yang boleh anda lihat di kebanyakan konsep basikal dan juga ketiadaanDrivetrain tradisional.

City Recumbent bike

reka bentuk yg agak kureng dari perekanya, Jean Davignon yg meletakkan tayar yg agak kecil dan bentuk basikal yg ada sport.. kena ker?..




Eco 7

lagi paten basikal yg boleh berlipat. agak menarik rekaan kali ni dari Victor Aleman. tp takkan sampaikan ke tayar pun leh berlipat?.. angin tayar apa kes..


The Beast

dari nama dia saja, kita leh tangkap skit maksud dr rekaannya. kombinasi basikal dan motosikal. boleh mencapai kelajuan 40 batu per jam. pergh.. aku pun rasa nk satu..


Motosikal Konsep...

Honda CBR 1000F

bermula dr moto biasa jer(standard), Ian McElroy mengambil masa 2 thn mengubah suai motonya ini seakan menjadi moto konsep masa hadapan..


Hyndai Aebulle

dengan ruang pelindung bagi pemandu seperti di dalam kereta. Ini adalah Aebulle (kepompong dalam bahasa Korea), konsep motosikal yang dicipta oleh Shane Baxley. "Idea utama ialah untuk reka bentuk kenderaan peribadi yang memberikan mobiliti dan kelajuan motosikal manakala yang menawarkan keselamatan yang menawarkan kepompong rama-rama. Aebulle yang disasarkan untuk kawasan Los Angeles di mana ia akan menggunakan laluan komuter membolehkan penghuni yang berulang-alik a cepat. " gerek sehh..


Lamborbiker 2

Flavio Adriani mencipta apa yang bagi kebanyakan kita adalah gabungan antara helikopter dan basikal laju. Reka bentuk roda hubless tidak mengejutkan lagi selepas melihat beberapa konsep dengan ciri ini, tetapi produk keseluruhan sekurang-kurangnya kelihatan aneh. Adakah ini masa depan helikopter?

Konsep Bike Custom

Motosikal yang dicipta oleh Jean Baptiste Robilliard mempunyai pandangan yang lebih praktikal dan reka bentuk elegan, dicat dengan hitam mudah dan putih. Motosikal mempunyai drivetrain elektrik dan bateri dan juga ciri-ciri menarik yang anda lihat kebanyakannya di Formula 1, Tenaga Kinetik Pemulihan Sistem (KERS) yang menukarkan berbuka anda kepada tenaga.

900-SD Naked bike

Cukup dengan enjin elektrik, motosikal ini cahaya mempunyai enjin 903 cc dengan suntikan langsung dan diesel turbo yang boleh mencapai kelajuan maksimum 240km / j. Motosikal ini tidak ada perlindungan aerodinamik, berbaring pada tangki semasa memandu pada kelajuan tinggi bukanlah suatu masalah, tapi adalah suatu kemestian..

Thursday, March 10, 2011

Tuesday, March 30, 2010

Setan Merah : ex-1999


ketika aku menulis post ni, pg nanti.. MU akan bertemu ngan Bayern, team yg agak dekat ngan MU dlm kancah pertandingan di eropah satu tika dulu.. 11 thn dulu(huihh.. lama dh kan), saat hampir pasti Bayern akan menang Finale Champion League ngan keputusan 1-0.. tetiba keajaiban berlaku di mana 2 pemain gantian, Sheringham & Solskjaer melakukan pertukaran nasib antara dua kelab ni dgn dramatiknya.. dua sepakan penjuru dr pakar sepakan percuma ketika tu, David Beckham membuatkan keputusan berubah kepada kemenangan pd pasukan Manchester United..

huuu.. bila dtg mood ingin bercerita.. mmg x hingat dh la.. haha.. apa pun, mlm ni yg pasti satu perlawanan yg x sama seperti yg aku ceritakan td.. perlawanan suku akhir di mana dua kelab ni sudah pun berubah wajah dan kedudukan semasa ketika ini.. Bayern yg punyai stadium futuristik pasti mahu mengegarkan musuh lama depa ni..



mengikut jadual kat atas ni sebagai rujukan.. andai kata MU mara ke akhir.. diorg akan main sebagai team 'Home' sama ada bertemu ngan favourite - Barcelona.. atau pun Inter Milan.. tp Arsenal jgn dilupakan wehh.. hehe..



ok geng, jom kita imbau balik ex-1999 dulu.. kat mana depa ni skng dh..

PETER SCHMEICHEL

Final masa tu adalah terakhir buat dia ngan United..

selepas bawa diri ke Sporting Lisbon, Aston Villa & Manchester City, dia bersara pd thn 2003.

Skng dia dh jd personaliti sukan kat TV.

OLE GUNNAR SOLSKJAER

Boss United reserve-team sejak thn 2008.

DWIGHT YORKE

penah bersama Blackburn, Birmingham, Sydney & Sunderland. Bersara thn 2009 dan menerbitkan buku kisah sendiri², hehe..

ANDY COLE

jd Jurulatih Striker utk kelab Huddersfield.

RONNY JOHNSEN

main jap kat Aston Villa & Newcastle. skng jd personaliti TV.

JAAP STAM

berpindah ke Lazio pd 2001 secara dingin. kemudian hijrah ke AC Milan dan pulang smula ke Belanda bersama kelab Ajax. skng berperanan sbg org no.2 kat kelab division 2, FC Zwolle.

TEDDY SHERINGHAM

Bersara selepas bersama beberapa kelab seperti Spurs, Portsmouth, West Ham & Colchester. Skng ligat dlm bidang penasihat pertaruhan dan permainan bola sepak.

RYAN GIGGS

Masih lagi ligat memberi aksi sbg 'ahli sihir' Wales. pd usia 36. sudah memenangi 20 medal bersama United dan terbaru.. PFA Player of the Year & BBC Sports Personality in 2009.

DENIS IRWIN

'da Unsung Hero'.. bersama ngan Wolves, Julai 2002. bersara 2004.

skng dia bersama MUTV dlm menyaji dan menyediakan rancangan menarik utk syarikat penyiaran MU tu..

GARY NEVILLE

Kapten, 35 thn.. ligat lagi walaupun berhadapan siri kecederaan tempoh panjang yg hampir buat dia putus asa.. tp kembali pada prestasi terbaik ketika ni..

DAVID BECKHAM

pindah ke Real Madrid, kemudian LA Galaxy. dipinjamkan pd AC Milan pas tu cedera Achilles, tipis pluangnya utk ke World Cup di Afrika Selatan.

NICKY BUTT

pindah ke Newcastle in 2004. bertungkus lumus pd usia 35 thn utk bantu kelab ke saingan Premier League smula...

JESPER BLOMQVIST

mengalami siri kecederaan serius dan gagal menyinar bersama kelab Everton & Charlton.

pulang smula ke Sweden, pebantu pengurus pada kelab Hammarby.

Paul Scholes

penah mengalami kesukaran penglihatan, namun siri penbedahan yg dijalani berjaya membantu dia melihat ngan baik smula.. masih bermain dan bermain.. sentuhan yg sukar dicari ganti hingga kini..

SUBS NOT USED

Raimond van der Gouw: Vitesse - Jurulatih keeper.

David May: keje ngan MUTV.

Phil Neville: Kapiton Everton.

Wes Brown: masih bersama ngan MU lagi.

Jonathan Greening: bersama kelab West Brom dan dipinjamkan ke Fulham.

Mari kita ke sawah.. oi oi..

Pemandangan biasa ketika musim menanam padi..



Lepas dh tanam.. tinggalkan ajer la..



eh eh.. ada 'sesuatu' di situ..



ek.. masa bila plak jd lagu tu..



haa.. dh jd lagu ni dah..



makin menarik..



huuu.. x sangka beb..



lain².. hasil yg sempoi..



BANZAI!!!..



aik?.. awat Napoleon pun ada kat sini..





padi ni bukan diwarna aka di 'dai'..
tp mmg warna daun dia mcm tu..
kreatifkan org jepun.. sampai ke daun pun buat eksperimen
utk warnakan genetik daun padi ni..



bg aku ni satu usaha di mana para bijak pandai mencipta satu benih padi hitam putih utk memberi kelainan pd para petani utk menyerlahkan bakat terpendam n menambah perasaan pd tanaman mereka(yo or or la tu..) dlm perusahaan tanaman padi di sana.. org Kedah aka jelapang padi, bila lagi nk test power pd padi diorg mcm org jepun ni?.. hehe..


P/S : kredit pd sahabat ku, Ejoy yg men'forward'kan emel menarik ni..

Friday, March 19, 2010

Tips menghalang jenayah di kediaman kita..

wokeh kwn².. seperti tajuk tertera di atas.. aku nk kongsi ngan korg.. tips² cegah jenayah di kawasan rumah kita dr PDRM.. sebenarnya, ni aku dpt dr forward emel dr kawan aku, saudari Eyka.. berikut langkah² perlu bg mengelak jenayah dlm rumah..

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka(rasa mcm menyusahkan pun ada, ikut masing² yer..).

5. Jangan simpan barang-barang kemas atau wang di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala..).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box.
Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Powered By Blogger