Monday, July 13, 2009

..semak arah kiblat Khamis ini







TAWAU: Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini, jam 5.28 petang.

Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said, berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.

"Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya," katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri di sini, hari ini.

Kursus anjuran ILIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah itu dihadiri 44 orang peserta yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut Omar, perubahan satu darjah saja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer. - Bernama

Ok geng luar sana.. jgn lupa temujanji kita ngan matahari Khamis ni.. leh la kita betulkan mana yg x betul tu.. kiblat tu.. jgn buat memain.. hehehe.. InsyaAllah.. mudah mudahan ibadat kita diberkati oleh Allah S.W.T.. amin..





2 comments:

H+zizy said...

Oh ya, jangan lupa saksikan gerhana penuh matahari Khamis minggu depan (22-07-2009) jam 10:30pg hihi..

r i J a L said...

iyer ker bro.. thanks yer info ko tu.. aku pun x tau.. hehehe..

Powered By Blogger