Monday, May 18, 2009

Top 10 Fergie Decisions


Sir Alex Ferguson x pernah terlepas dr membuat satu keputusan yg sukar dijangkakan..- sapa yg dia nk beli, sapa dia nk jual, sapa yg dia nk simpan, sapa yg dia akan diketepikan..

menjadi perhatian ramai ngan baru mencatatkan bersama United ngan 11 kejuaraan di bawah kendalian dia.. mari kita tgk 10 keputusan sukar yg dia lakukan sepanjang dia menjadi pengurus Manchester United.


Menolak tawaran Spurs dan Arsenal


United bukan satu² nya kelab yg cuba mendapatkan khidmat dia semasa dia mencatatkan keputusan gemilang dengan memenangi Piala Antara Juara Eropah bersama kelab Scotland, Aberdeen..

Tottenham waktu tu mahu mengantikan Peter Shreeves manakala Arsenal lak dikemudi oleh Don Howe pun sama nk digantikan.. tetapi bila United calling dia, dia terus ke bandar Manchester pd November 1986 utk mengantikan pengurus yg baru dipecat, Ron Atkinson(gambar)..


Mari beli Eric Cantona


United ketika itu bergelut di tangga ke sepuluh dlm format baru liga Premier League pd November 1992.. dia membuat keputusan utk membeli pemain berbakat yg x menentu aksi nya, Eric Cantona dr Leeds United..

Cantona membalas kepercayaan yg diberikan Fergie ngan mempamerkan aksi memberangsangkan ngan membantu United bangkit dr aksi hambar liga, menang kejuaraan liga EPL buat kali pertama sejak 26thn.. 10 mata dipisahkan dr pasukan tangga kedua, Aston Villa..


Kena beli! - Roy Keane


fergie berhadapan utk membuat keputusan pd musim perpindahan 1993 - nk beli sapa utk mengantikan Bryan Robson aka Captain Marvel..

memilih Roy Keane ngan pembelian rekod ketika itu, 3.75 juta pound dr kelab Nottingham Forest.. belian berbaloi ngan muncul nya sorg lagi legend, Keano..


Percayakan pd pemain muda


sorg staf United penah kata pd Fergie, "you cant win anything with those kids!.."

hahaha.. semasa musim 1995-1996, "Oh yes we can.." itu la yg fergie kata selepas tu bila memenangi kejuaraan liga yg dibarisi skuad memiliki plyr muda berbakat seperti Gary Neville, Phil Neville, David Beckham, Nicky Butt dan Paul Scholes..

sorg lagi plyr muda yg diserap masuk, Ryan Giggs menjadi gelaran Fab Five kepada Super Six as United meninggal pasukan tangga kedua ketika tu, Newcastle ngan gap mata-14..


Lancarkan senjata super-sub pd German


ketika saat penyokong² Bayern Munich mula bersorak ngan masa sebenar telah pun tamat, cuma menghitung masa kecederaan ajer.. ketika tu mendahului 0-1 untuk menjuarai Champion League di Nou Camp, Barcelona..

memasukan pemain gantian, Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solksjaer.. mereka menjaringkan masing² gol pd setiap minit masa tambahan yg ada menjadikan keputusan berubah sekelip mata - 2-1.. menanglah United Piala yg didambakan setiap kelab eropah.. dan Alex become Sir Alex gelaran diberi Ratu Elizabeth..

Tangguh dr tempoh persaraan



Pretasi x menentu 2001-02 selepas Fergie mengumumkan dia nk bersara pd akhir musim..

dia berubah fikiran smula, dan musim selepas itu mereka merampas smula kejuaraan EPL ngan aksi memukau ngan ketika tu ketinggalan 8 mata di belakang Arsenal mengejar dlm tempoh 2 bulan..

Ruud van Nistelrooy!!...



pembelian ngan rekod british ketika tu, 18juta pound.. Nistelrooy dtg ke MU ngan ketika tu dibayangi ngan rekod kecederaan lama yg amat serius.. namun skit pun x mengugat keputusan Fergie beli plyr ni..

untuk rekod.. selama 5 season dia meledakkan 150 goal.. marvellous..

Beckham?!.. jual dia..



segalanya bermula ngan kehidupan selebriti melampau dan juga perkahwinan glamor nya bersama penyanyi dr kump. Spice Girls - Victoria Adams..

Fergie mmg x gemar ngan kehidupan melampau Beckham yg terlampau ekpos ngan glamor n bling bling.. dia dijual ngan harga 25juta pound kepada Real Madrid selepas kes boot kasut melayang.. hahaha..

Mencari the next 'Seven'



ghairah ngan Fergie masa tu x leh kata la.. bilamana dia beralih arah dr Ronaldinho ketika tu sasaran United yg berpaling pd Barcelona.. Cristiano Ronaldo, plyr muda yg mencuri perhatian dia.. terus United link ngan Sporting Lisbon bg mengeratkan siratulrahim antara dua² kelab.. buat friendly match kt Lisbon, terus United x tunggu lama utk sambar bakat super ni..

Alex membelanjakan 12.24juta pound utk plyr yg baru aje 18thn.. namun kini perlaburan ini berbaloi shingga Real Madrid sanggup kuarkan 80juta pound atau lebih utk beli dia skng..

Kekalkan Ronaldo



walaupun ada penyokong sejati MU dah muak ngan respon dr pemberita Spain yg kerap gembar gemburkan berita yg Real Madrid terus menerus mahukan Ronaldo.. ditambah ngan perangai Ronaldo yg muka², jap nk stay jap nk blah.. namun Fergie terus ngan matlamatnya mahukan Ronaldo kekal selama mungkin di MU..

Real hampir mendapatkan Ronaldo musim 2008 namun, hasil pujukan Fergie nyata.. Godfather MU ni berjaya menyakin Ronaldo utk kekal dibawah kendalian dia..



2 comments:

Rjuna said...

tuh dia apek mengulas, memang best ulasan ko, maveles haha terbaik dari ladang

r i J a L said...

hehe.. thank u..

mcm ko kata.. utk hampa semua.. aku bg kat korg hanya yg terbaik dr ladang utk hampa.. hahaha..