Thursday, August 13, 2009

Dicintai? Mencintai?.. ntah la...


ok ada terbaca satu aritikel menarik pd sesapa yg sedang bercinta.. credit pada adik nurul yg kasi link artikel ni.. bila baca one by one, kena batang hidung aku sendiri bila symptom² ni pernah hadir tika menyintai seseorg(dahulu..).. apapun, pernah ke org yg kita suka tu sedar akan symptom² kita hadapi yg berpunca dr diri dia??.. especially, kaum hawa.. klu korg nk tau diri korg sdg dicintai ke atau tak oleh sang teruna.. nk tau si dia tgh angau kat korg ke tak.. check it out..



  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya..
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya..
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah..
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu..
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat berhujung minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu..
  6. Jika kamu menyambut hari lahir dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS..
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya..
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata kamu di hatinya..
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya..
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu..
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu..
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa..
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya..
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu..
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'..
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih..
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu..
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi..
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu..
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya..
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya..
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu..
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..
haa.. ok apa korg rasa skng.. tepuk dada tanya la hati k.. jika ada alami dan kebanyakannya ada dr list kat atas tu berlaku pd korg dan si dia.. si dia minat kat korg la tu..



11 comments:

ekin said...

lama tak jejak kaki kat cni..
aku dh mls la beb nak tulis blog..huhu

Unknown said...

adik nurul??
siapa plak ni?
jeles2..
ha ha ha..

btw,bersyukur lah kerana diri anda pernah dicintai oleh orang yg anda cintai..

sekurang-kurangnya, memori-memori indah itu tetap xkan terpadam..

dan tak semestinya setiap yg bercinta akan berakhir dgn perkahwinan..

Allah penentu segalanya..

krul, jom turun times square sok. ada event..kalo free dtg r..
hehe

r i J a L said...

thanks 4 the advice.. hehehe..

time square?.. alahai.. sy ada kt kampung minggu ni.. amik ketenangan.. reboot kpala kasi refresh semangat..

r i J a L said...

ekin - alahai.. malas plak dia.. hihihi..

jgn gitu beb.. tp apa kan daya klu nafsu nk berblog udah x de..

H+zizy said...

Aiseh, tak dapat dinafikan sumer tu releven hehe..

r i J a L said...

releven?.. hehehe.. ko pernah bercinta yer petai.. hehehe.. gurau jer bro.. dont take your heart k..

H+zizy said...

Hihi.. tada hal lah bro. Tapi kalo orang lain baca "Petai bercinta" mesti orang pikir ulam petai in love haha!

r i J a L said...

sah.. mmg sah.. ko sedang bercinta yer petai.. chaiyok chaiyok.. hahaha..

erni said...

hehe..wei apek, ko ada rasa cam tu ke..kan ko dah peminat yg jauh dimata..jgn ingat aku xtau a..budak tu tanya aku dulu pasal ko..tapi sbb aku dah ada suami..aku kata aku xtau pasal laki lain..bleh tanya pada en jamil..kan jamil kan..hehehe..

r i J a L said...

ehh.. pn erni di sini yer.. hehehe..

yup.. aku ada rasa mcm tu, tp tu cite lama la..

psl peminat tu.. dlm proses berkenalan.. x de pe pe pun lagi.. tgk la nant mcmane.. x berani nk ckp lebih² lagi..

Mus said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa