Tuesday, February 17, 2009

::Tipah Tertipu dgn US::

"eh, mana bintang² dlm gambar ni?.." soalan yg penah terdetik dlm hati aku waktu sek rendah dulu time dlm pusat sumber sambil membelek buku tentang pengembaraan angkasa.. aku dulu suka baca buku² mcm ni bila dtg pusat sumber sek.. dlm buku² ini, teleskop terbesar kt dunia byk tangkap gmbr bintang kat langit.. tp pd 20 Julai 1969, Apollo 11 bersama anak kapal nya.. Armstrong, Collins and Aldrin dikatakan telah menjejakkan kaki di bulan.. depa la org pertama sampai kat sana.. bersama² dgn mereka merakamkan detik² penting dengan tangkapan beberapa keping gambar sawaktu diorg kat sana..

Paper Kosmo bertarikh 16 Feb baru² ini mengetengahkan smula peristiwa ini.. kali ni diorg mempersoalkan tentang kesahihan peristiwa bersejarah ini.. aku sbg berjuta manusia kat dunia ni pun antara yg mempersoalkan peristiwa ni.. sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun(Area 51).. menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi..

kiri ke kanan: Amstrong, Collins & Aldrin

Dlm persaingan menunjuk sapa lebih hebat ketika itu, Russia aka USSR n Amerika Syarikat berlumba nk tunjuk sapa antara diorg hebat. Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.. Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.. Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi..

Pada tahun 2008, ketika George W. Bush menjadi Presiden, dia mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.. dia diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.. huh, tu NASA yg ckp.. bg korg la.. diorg penah ke bulan.. n diorg kerap ke angkasa (stesen angkasa antarabangsa).. angka jangka masa diperlukan 11 thn utk ke bulan smula tu tak ke terlalu lama utk tunggu kan.. yer la, kita pun tau skng zaman ekonomi meleset.. mgkn munasabah gak la alasan tu kan.. ha’ah yer la tu kan.. mcm bagus sgt la AS ni pun..

Menurut satu kumpulan yg mengelar depa sbg penganut penafian (HB), Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.. kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.. agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut..

Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.. Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.. Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung..

Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan
bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu,
kapal angkasa dan pelbagai jenis batu di permukaan
di situ semua menunjuk pada arah yang sama.


TIDAK ada bintang di belakang seorang angkasawan AS
yang berjalan di bulan pada Julai 1969.


TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan
persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa
kapal angkasa tidak ada dalam gambar.


Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah
yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya
ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang
kesan terhadap permukaan di bawahnya.. kenapakah terdapat
tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan
kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.



Pelancaran Apollo 11 sebenarnya hanya mengelilingi
orbit sebelum ia kembali ke bumi.


bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari
di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya
sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk
bendera
AS di belakangnya.

P/S : credit pd informasi dr surat khabar KOSMO!

2 comments:

mie said...

wahh!!!
bleh dipercayai gak fakta dgn gambar tu...
betul kah kita tertipu..???
isk2...

r i J a L said...

auta atau fakta.. ngahaha..

jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri..