Tuesday, July 12, 2011

News of da_World


berita menarik minggu ni bg aku selain Bersih 2.0, ialah berkenaan penutupan satu agensi kewartawanan yg paling tua aka old timer skali kat Britain.. sykt terbabit ialah, News International.. swaktu beroperasi, sykt ni yg terkenal dr segi kredibiliti & kemantapan News depa serata UK & dunia.. rupanya depa mengamal satu etika kerja yg kotor dan menyalahi etika kewartawanan - mengodam masuk talian telefon para mangsa (selebriti) yg mereka ingin berita sensasi & hangat..

bukan ngan cara menemuramah, depa mendapatkan berita tanpa mangsa berita sensasi tahu yg dia dh pun kena cantas ngan NOTW utk dipaparkan pd umum keesokan harinya.. bukan sebarangan, aktiviti ni NOTW dh lakukan pd 4,000 lebih mangsa kat luar sana hanya demi menyiarkan berita muktahir & sensasi..

antara berita hangat yg mereka cungkil tanpa mengunakan saluran yg betul - 1. Kecurangan Beckham & Rebecca Loos.. 2. kegiatan seks luar biasa ala Nazi oleh Max Mosley, org kuat F1.. 3. menyiarkan khabar angin bahawa Wayne Rooney dan ketika itu tunang, skng bini dia Coleen yg Wayne penah menampar dia.. 4. Pitt & Jolie menyaman akhbar yg sama sbb siarkan berita x benar pasal hbgn depa masa tu.. perkara ni berterusan sampailah org dpt detect cara kewartawanan NOTW..

Akhbar berkenaan yang dimiliki oleh taikun media Amerika Syarikat (AS), Rupert Murdoch.. Edisi terakhir tabloid nombor satu Britain, dijual di laman lelongan ebay pada harga mencecah AS$47 (RM141) senaskhah.. lebih empat juta naskhah akhbar itu habis dijual kelmarin, sekali gus menjadikannya jualan akhbar paling laris di Britain dalam tempoh satu dekad..

Thank you & goodbye....

No comments:

Powered By Blogger